Ahad, Ogos 21, 2016

Takut dengan bayang - bayang sendiri ATAU khuatir partinya tak sempat diluluskan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 diadakan telah membuatkan mereka mula terdesak tak tentu arah.

Walaupun sebelum ini, bakal pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah pun menghantar borang permohonan untuk menubuhkan parti baru, tapi itu masih tidak mencukupi.

Mereka kini dilihat semakin terdesak seperti cacing yang kepanasan bercadang nak mengambil tindakan drastik dengan 'Mencuri' parti yang sedia ada untuk dijadikan sebagai parti baru.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pemimpin parti BERJASA yang mendakwa ada pihak cuba mengambil alih kepimpinan partinya secara paksaan yang dianggap tidak Demokratik.

Malah, pimpinan parti itu juga turut menyifatkan tindakan yang cuba diambil oleh pemimpin PERKASA dan PPBM itu sebagai satu langkah yang jelas tidak menghormati ahli BERJASA.

Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) menegaskan pihaknya menolak 'pinangan' Persatuan Pribumi Perkasa dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mahu mengambil alih parti itu bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang. 

Pemangku Presidennya, Datuk Seri Mustapa Kamal Maulut, berkata BERJASA juga tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau rundingan dengan PERKASA dan parti yang sedang menunggu pengesahan penubuhannya dari Pendaftar Pertubuhan (ROS). 
"Orang hendak rampas 'rumah' kita, mestilah kita tentang habis-habisan. Kami tidak berminat untuk meneruskan perbincangan dengan PERKASA dan Parti Pribumi.
"Saya menyeru mereka supaya berhenti 'merisik' BERJASA kerana tindakan mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai peringkat merimaskan," katanya pada sidang media sebentar tadi.
Mustapa Kamal berkata, alasan utama BERJASA menolak hasrat kedua-dua pihak itu kerana mereka mahu mengubah 90 peratus Perlembagaan parti selain mahu meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden.

Walaubagaimana pun, langkah yang mahu mengambil alih parti secara paksaan ini bukannya baru. Perkara yang sama juga pernah dilakukan oleh PAN dan juga PKR sebelum ini.

Secara kesimpulannya, tindakan pihak yang cuba nak 'Hijack' parti BERJASA ni tak ubah macam perangai Haramjadah yang ditonjolkan oleh puak Pakatan Haprak tu sebelum ini. Semua kerana diorang sesak nak menjaga kepentingan Politik Peribadi sendiri je!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. siapa yg hijack siapa.. siapa mustapa kamal.. tiada jawatan langsung dlm parti..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping