Selasa, Oktober 04, 2016

Hahaha!!! Kalau kita kata Si Wan Azizah ni dah semakin tua dan bertambah nyanyuk, ramai pulak yang marah. Nanti diorang kata kita cuba nak membuli dan mengutuk orang tua pulak.

Tapi itu la hakikatnya. Dia bukannya bertambah muda seperti sebelum ini. Malah simptom yang menunjukkan ke-nyanyuk-kan Si Wan Azizah tu sendiri pun semakin hari kian terserlah.

Jika sebelum ini, sewaktu Naib Presiden PKR Sabah tu mengumumkan tindakannya keluar dari parti dan akan menyertai parti baru pimpinan Shafie Apdal, Si Wan Azizah tu merelakannya.

Malah Si Wan Azizah tu didakwa memberikan alasan kononnya tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR Sabah tu sebagai betul dan wajar dilakukan bagi menumpukan perhatian kepada isu tempatan.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Wan Azizah "Menghalalkan" tindakan Naib Presiden PKR Sabah itu merupakan satu penghinaan kepada parti yang hanya akan merugikan PKR sendiri.

Kata mereka, apa yang telah dilakukan oleh Si Wan Azizah itu seolah - olah memberikan gambaran yang kepada rakyat Sabah bahawa PKR selama hari ini tidak menumpukan kepada isu tempatan.

Apabila dakwaan sedemikian mula dibangkitkan, mula la Si Wan Azizah tu menggelupor tak tentu arah dan mengubah pendiriannya terhadap isu keluar parti yang dilakukan oleh pemimpin PKR di Sabah.

Terbaru, Si Wan Azizah tu mula mempersoalkan tindakan Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin yang bertindak keluar dari parti bersama - sama beberapa orang lagi pemimpin Pakatan yang lain.

Kata Si Wan Azizah, amalan keluar parti seperti yang telah dilakukan oleh Lajim Ukin itu tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Malah Si Wan Azizah tu juga turut berasa kesal dengan tindakan tersebut.

IRONIKnya, masa Si Lajim Ukin tu bertindak keluar dari UMNO sebelum ini dan mengumumkan penyertaannya dalam PKR, takde pulak Si Wan Azizah tu meluahkan rasa kesal.

Bahkan tindakan beberapa orang lagi pemimpin parti lain yang bertindak keluar dari UMNO dan menyertai Pakatan Haprak tu takde pulak menerima sebarang kritikan dari Si Wan Azizah ni.

Sebaliknya, dia hanya mendiamkan diri dan meraikan tindakan mereka dengan memberikan alasan bahawa ianya satu tindakan yang betul. Itu membuktika yang pendirian Si Wan Azizah serta Pakatan Haprak tu memang berat sebelah!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Maafkanlah nak Jah tu...dah lama dia menaupose macam tule peel dia..jap kata ini jap lagi kata itu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping