Sabtu, Oktober 01, 2016

Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 tidak perlu dipolitikkan kerana ia jelas merupakan satu usaha bagi memartabatkan agama Islam.

Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad berkata, sokongan daripada semua pihak amat diharapkan apatah lagi daripada golongan agamawan.  
"Kita harapkan supaya semua golongan agamawan memberikan sokongan kerana ini adalah untuk memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah. Perkara yang baik perlu disokong, tidak perlu dipolitikkan," katanya kepada Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bahawa RUU 355 tidak boleh disama taraf sebagai undang-undang Allah kerana ia usaha manusia.

Wan Salim dalam kenyataannya semalam juga meminta mana-mana pihak agar tidak mengkafirkan orang yang tidak bersetuju dengan usul yang bakal dibawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi meminda akta berkenaan.

Menurut Wan Salim lagi, seseorang tidak wajar memaksa mana-mana ahli parlimen menerima RUU 355 dengan apa jua cara termasuk mengugut.

Enggan mengulas lanjut, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut bersetuju dengan padangan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menyangkal kenyataan mufti berkenaan.

Mohd Khairuddin dalam reaksinya menyifatkan kenyataan Wan Salim seolah-olah menjaga kepentingan politik parti tertentu. Sebaliknya, usul yang bakal dibawa oleh Hadi pada sidang Dewan Rakyat akan datang adalah bagi menegakkan perintah Allah. 
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. Mufti pon dah ada yang Bangkang..Nnt jangan orang Gelar Mufti Pembangkang dah lah. Perlis ada satu Mufti Pelik ibnu Ajaib dengan Tadjid baru dia..haru haru. Anyway Mufti Peneng tu baguh sangat kah?

    BalasPadam
  2. Kadang2 mufti pun payah nak faham situasi semasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak faham tak payahlah buat ulasan. Nanti menunjukkan diri tu bebal. Yg faham tapi buat ulasan yg nampak pro DAP tu kenapa? Hal agama jangan campurkan dengan politik puak kafirun harbi tegar, nanti jadi sesat sama wallahuaalam...

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping