Ahad, Oktober 02, 2016

Sama ada mahu menerimanya atau tidak, ramalan yang dibuat oleh Si Chagubard berhubung kedudukan PKR di Sabah bakal menjadi semakin tergugat semakin menjadi kenyataan.

Ianya berlaku ekoran ketidak-yakinan dikalangan pemimpin parti itu terhadap dasar perjuangan PKR yang dilihat semakin hari semakin bertambah terumbang ambing pada ketika ini.

Nak pulak apabila Presiden PKR sendiri memberikan 'Lampu Hijau' kepada pemimpin parti itu untuk bertindak meninggalkan parti dan sekaligus melumpuhkan kedudukan parti itu di Sabah.

Dalam laporan media yang disiarkan hari ini, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin mengesahkan keluar daripada PKR yang berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan Lajim itu turut disertai oleh ADUN Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani.

Sementara itu, ADUN Likas daripada DAP, Wong Hong Jun yang menyatakan hasrat mengikuti perjuangan politik Lajim turut mengumumkan keluar daripada DAP.

Lajim berkata, beliau akan memberi fokus dalam politik tempatan selepas ini kerana hilang keyakinan dengan kemampuan PKR untuk mendapat sokongan rakyat Sabah dalam pilihan raya umum akan datang.
“Saya bukan keluar seorang diri. Saya disertai oleh barisan pimpinan kanan dan pimpinan muda PKR serta DAP Sabah.
“Saya percaya akan lebih ramai pemimpin dan aktivis politik bersama kita tidak lama lagi,” katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 300 penyokongnya di sini hari ini.
Tindakan Lajim itu secara tidak lansung bukan sahaja membuktikan bahawa PKR bukan sebuah parti Politik yang boleh diharapkan untuk menjaga kebajikan rakyat di Negeri Sabah. Sebaliknya, parti itu hanya sekadar menjaga kepentingan Politik Peribadi pihak tertentu sahaja!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kak wan bleh comolot dgn kak mah.. jd bff pon xpe..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping