Jika dibaca dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir ni seolah - olah memberikan gambaran kepada rakyat bahawa PAS merupakan sebuah parti yang hanya pentingkan diri mereka sendiri.
Tun Mahathir cuba membayangkan kepada rakyat bahawa PAS merupakan sebuah parti yang masih menyimpan dendam kesumat terhadap DAPigs sehingga parti itu melupakan agenda asal perjuangan mereka.
Penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dalam keadaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang semakin hampir ini, beliau akan cuba memujuk PAS dalam menyatukan kesemua parti pembangkang.
Tambahnya, apatah lagi kedua-dua parti tersebut pernah bersama dalam beberapa siri PRU sebelum ini, malah kemenangan PAS di beberapa kerusi juga turut dipengaruhi oleh DAP.
"Ini sangat menyedihkan kerana sebelum ini PAS bersama DAP. Undi PAS juga bertambah kerana DAP. Kerana undi Cina membantu PAS untuk menang. Di kawasan di mana kaum Cina pengundi tertinggi. Saya harap boleh berbincang dengan PAS untuk memberi penerangan, " katanya dalam satu sidang media hari ini.
Sebelum ini Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menjadi orang tengah untuk menyatukan PAS dengan parti pembangkang yang lain. Malah beliau mendakwa mendapat sokongan positif daripada kepimpinan tertinggi parti itu.
Namun Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan berkata, parti itu tidak akan menjalinkan apa-apa kerjasama dengan mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
Mengulas lanjut, Tun Mahathir turut mengingatkan PAS supaya mengenepikan sengketa mereka dengan DAP untuk memberi fokus kepada PRU yang akan datang bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN). Tambahnya, perbezaan pendapat tersebut boleh diselesaikan setelah memenangi pilihan raya akan datang.
"Terdapat perbezaan antara kita, tetapi jika kita fokus pada perbezaan, kita tidak boleh bekerjasama. Jadi, kita patut tumpu kepada perkara penting, mengubah kerajaan. Selepas itu, kita selesaikan kemudian masalah sesama kita (pembangkang)," katanya lagi.
Semakin usia bertambah semakin galak dok ligan dunia. Terserlahlah sifat seorang mantan PM Malaysia 22 tahun disebalik wawasan yang hanya untuk temolok keluarga dan kroni2 nya.
BalasPadamLambat laun akan segala muslihat akan memakan diri sendiri.
Klu madey rasa kuat sangat tak payah la nak tagih sokongan pas. Teruskan apa yg kamu rasa nak buat. Tengoklah nanti mcm mana respon rakyat.
BalasPadamBerat nanang orang tua ni bekerjasama dahulu lepas menang baru fikir nak selesaikan persengketaan.
BalasPadamORANG BODOH DAN HILANG AKAL SAHAJA YANG AKAN DENGAR DAN IKUT CAKAP orang tua ni.
Entah entah selepas menang duk berebut jawatan dan mengumpul kekayaan serta membiarkan rakyat banyak ternanti nanti apa faedah duk sokong dan undi parti bolog sering.
Pandai LA ko nk kencingkn pas, pas sudah bnyk berubah.
BalasPadamKesian dia...
BalasPadamPas dah letih dikencin dan dikudakan...
BalasPadamPas sudah tetap pendirian...
Pas sudah serik dan letih ber'u-turn'..