Sabtu, Januari 07, 2017

Bekas ahli DAPigs, Shamsher Singh Thind mempersoalkan keperluan dan kewajaran pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Shamser membangkitkan dua persoalan berhubung pelantikan itu, iaitu sama ada ia kerana strategi politik tertentu atau ia bertujuan membawa manfaat untuk rakyat Pulau Pinang secara keseluruhannya.
“Jawatan yang perlu angkat sumpah, seolah-olah jawatan yang akan dibayar (gaji) oleh kerajaan negeri. Soalan saya, adakah jawatan ini dibayar oleh kerajaan negeri?
“Pelantikan ini berdasarkan ‘political reason’. Andainya beliau dibayar oleh kerajaan negeri, maka soalan kedua saya adalah, mengapa kerajaan negeri hendak bayar Saifuddin atas ‘political reason’?
“Kerajaan negeri sepatutnya bayar untuk hal-hal yang membawa faedah kepada rakyat Pulau Pinang. Jika untuk ‘political reason’, ia memang tak betul,” katanya kepada Antarapos, hari ini.
Ujar Shamsher, pelantikan Setiausaha Agung PKR itu dilihat ‘janggal’ memandangkan Guan Eng boleh sahaja mendapat khidmat nasihat dalam pelbagai hal daripada barisan exco, pengurusan kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyatnya.

Shamser merupakan bekas perwakilan DAPigs dari Taman Chai Leng yang keluar parti pada awal Disember tahun lalu kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan DAPigs, terutama Penasihatnya Lim Kit Siang.

Shamser mendakwa kredibiliti Kit Siang tercalar apabila membuat keputusan untuk menjalin hubungan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengulas lanjut pelantikan Saifuddin itu, Shamser percaya ia juga sebagai ‘usaha berbaik-baik’ antara DAP-PKR selepas beberapa insiden dalaman yang memberi kesan terhadap hubungan politik pembangkang.

Ianya merujuk kepada ketegangan yang berlaku pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Mei tahun lalu dan keengganan PKR untuk mempersetujui rancangan DAP Pulau Pinang untuk mengadakan pilihan raya mengejut ekoran kes rasuah Guan Eng.
“PKR dan DAP dari dahulu nampak baik. Namun apa yang terjadi di PRN Sarawak, hubungan mereka teruk. Apabila mereka hendak bertanding sesama sendiri di Sarawak, Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik daripada DAP katakan ‘go to hell, PKR’.
“Inilah realiti hubungan PKR dan DAP. Tidak tahu mereka berdua bersatu atau tidak. Ketika Guan Eng didakwa di mahkamah dan beliau mahu buat pilihan raya mengejut, PKR nampak tidak bersetuju. Nampak PKR dan DAP di Pulau Pinang semakin goyah.
“Apabila dua ADUN PKR menentang projek penambakan laut di negeri ini, dua wakil rakyat berkenaan telah hilang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya merujuk kepada pemecatan dua ADUN PKR Pulau Pinang, Ong Chin Wen dan Cheah Kah Peng sebagai Pengarah Penang Invest and Island Golf Properties Sdn Bhd dan Pengarah Perbadanan Bukit Bendera.
Selain itu, Shamsher juga turut beranggapan bahawa pelantikan Saifuddin hanya merupakan sebahagian lagi dari usaha untuk membersihkan imej Guan Eng yang sebelum ini dilihat anti-Melayu. Dalam erti kata mudahnya, perlantikan itu hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi Guan Eng, bukannya untuk kebajikan rakyat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. tak tahu siapa yg akan tertipu...melayu pkr ke cina dap...cuma yg pasti yg diberi makan dedak akan jadi balaci...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping