Sabtu, Januari 07, 2017

Kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan tetap dibicarakan pada Mac depan sebagaimana yang telah dijadualkan sebelum ini, kata Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu berkata demikian selepas peguam Datuk V Sithambaram yang mewakili Phang memaklumkan pihaknya memfailkan notis usul itu 2 minggu lepas.

Manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim memberitahu pihaknya akan memfailkan permohonan sama untuk mencabar Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Untuk permohonan baharu daripada Phang dan Guan Eng itu, hakim Hadhariah menetapkan tarikh pendengaran pada 7 Februari ini.
“Tarikh pendengaran notis ini akan diberikan pada 7 Februari memandangkan kedua-duanya permohonan sama iaitu untuk mengisytiharkan Seksyen 62 tidak berperlembagaan dan syarat saya tarikh perbicaraan pada Mac tidak akan dipinda,” katanya.
Pada 6 Disember yang lalu, Hakim Hadhariah telah menetapkan tarikh perbicaraan kes rasuah yang melibatkan Guan Eng dan Phang selama 34 hari bermula 27 Mac 2017.
“Perbicaraan kes ini akan bermula pada 27 Mac depan dan ia akan dijalankan lima hari selang seminggu sehingga 27 Julai 2017.
“Saya mahu pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan fakta dan isu yang akan dibicarakan. Jangan bazirkan masa mahkamah.
“Pihak pendakwa perlu bersedia. Kita tak boleh lengahkan lagi. Sila bersedia pada 6 Januari untuk pengurusan kes,” katanya.
Walau bagaimanapun pada pengurusan kes yang diadakan hari ini, Guan Eng dan Phang dilihat cuba melengah-lengahkan perbicaraan dengan memfailkan permohonan baharu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping