Sabtu, Januari 14, 2017

Hanya semata - mata kerana Mufti tak keluar kenyataan yang menyebelahi pemimpin mereka...
Nauzubillah! Inilah masalahnya dengan masyarakat di Malaysia sekarang ni. Dek kerana terlalu taksub dengan parti Politik dan pemimpin tertentu, sampai terkeluar ayat sebegitu demi nak pertahankan pemimpin masing - masing?

Itulah realitinya hari ini. Dek kerana nak sangat menegakkan benang yang basah dan mencapai hasrat Politik peribadi, bukan sahaja institusi Kerajaan itu sahaja yang dijadikan sasaran serangan mereka.

Bahkan institusi Islam tu juga turut diheret ke dalam kancah Politik sehingga menyebabkan kekeliruan serta kacau bilau dikalangan masyarakat sampai terpacul keluar ayat seperti diatas oleh pengikut - pengikut bawahan.

Walhal, apa yang disampaikan oleh para Mufti itu adalah mengikut ilmu dan pengetahuan yang mereka miliki dalam bidang mereka. Diorang belajar agama dan sudah pasti itu bidang mereka.

Tapi semua itu ditolak ke tepi serta tidak dipedulikan kerana masing - masing sibuk nak menegakkan benang yang basah demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri secara terang - terangan.

Bila terkeluar ayat, "Mufti Bukan Nabi. Kenapa pulak kita nak ikut cakap dia" membuatkan sesetengah pihak menggelengkan kepala masing - masing. Sampai tahap itu hukumnya?

Kenyataan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya yang mengundang spekulasi dikalangan rakyat. Dangkal sangat ke pemikiran diorang? Takkan sampai tahap itu sanggup diorang memperlekehkan institusi Islam di Malaysia ni?

Kalau mereka anggap Mufti tu bukan Nabi, jadi siapa pulak pemimpin mereka tu? Adakah ayat yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka itu perlu diterima secara bulat - bulat tanpa perlu dipersoalkan?

Bagi sesetengah pihak, kenyataan sedemikian tidak sepatutnya terbit didalam minda dikalangan rakyat yang terikut - ikut dengan sentimen yang cuba disemaikan oleh pemimpin tertentu.

Hakikatnya, usaha untuk memburukkan imej Mufti dengan melabelkan mereka sebagai 'Pemakan Dedak Kerajaan' itu juga dianggap sebagai satu usaha untuk menjejaskan institusi Islam di Malaysia.

Mesejnya memang sudah cukup jelas. Tindakan yang dilakukan itu sudah cukup nyata. Sekiranya institusi Mufti itu pun boleh dipertikai dan dilabelkan sedemikian rupa, apa lagi yang tinggal kepada Islam di Malaysia ni? Semuanya nak kena ikut cakap orang Politik saja ke???
Categories:

4 ulasan:

  1. Tok sah peduli apa spesis munafik tu cakap...mereka semua dah menempah tempat di neraka Jahanam..terutama si tua nyanyok tu..yg sorang tu..jadi imam tapi ada skendal lendir...menjijikkan

    BalasPadam
  2. Memanglah mana2 Mufti di dunia ini bukan Nabi. Mahathir tu Nabi kah atau tahap Sang Dewata Mulia Raya. Boleh menghukum sesuka hati.

    Dia sepatutnya tengok dalam keluarganya dahulu. Jika diikut tahap Pemimpin dia gagal. Keluarga sendiri pun tak dapat dipimpin dengan baik inikan pula memimpin Rakyat.

    Porrraaahhhh!

    BalasPadam
  3. Ilmu Islam adalah bidang kepakaran mufti...kita tak perlu menyangkal teguran mereka kalau kita tak berilmu.
    Begitu juga peguam... kepakaran nya dlm bidang perundangan... tak perlu menyangkal teguran nya.
    Begitu juga doctor.... tak perlu menyangkal teguran nya.
    Tapi mereka2 yang tegar politik ni tak boleh di tegur langsung kalau teguran dibuat keatas pemimpin2 mereka... Mashaallah!!!!

    BalasPadam
  4. Antara tanda dunia akhir zaman ialah apabila alim ulama dihina dn dicerca..itu pesan nabi. Klu mcm tu tak ada seorang pun yg blh didengari cakapnya krn zaman ini tak ada nabi lgi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping