Selasa, Januari 03, 2017

Nampak gayanya, kepercayaan PAS terhadap PKR masih lagi menjadi satu titik persoalan yang cukup hangat diperkatakan pada ketika ini walaupun kedua - dua parti menjalinkan kerjasama Politik.

PAS Kelantan menuntut PKR membuktikan semangat setiakawan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke -14 (PRU 14), gesa Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.

Memetik kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kelantan, komitmen PKR itu amat perlu memandangkan PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP dan PAN.
“Kita harap sesiapa yang berkawan dengan kita (PAS), jangan tikam belakang. Jujur dengan persahabatan. Jangan depan kita lain, belakang kita lain. Kita nak semua orang seperti YB Tian Chua. Kita hormat dia. Jelas pendirian dia dengan PAS.
“Jadi kita harap semua pimpinan PKR di Kelantan dan luar menjadi seperti Tian Chua dan bukannya seperti yang beberapa pemimpin (PKR) yang lain.
“Lidah (kenyataan) biar sama, barulah (hubungan) kita erat dalam politik. Tapi kalau kita duduk was-was (main politik dua alam), kaki duduk atas rakit sebelah dan duduk atas pangkalan sebelah, kena sambar buaya. Biar tentu pendiriannya.
“Sebab PAN isytihar, dia akan lawan PAS, jadi saya minta PKR Kelantan mesti setiakawan, ini saya bercakap terus terang,” kenyataan Mohd Amar dipetik.
Jika sebelum ini, pemimpin PKR pernah tampil membuat tuduhan dan mendakwa PAS sebagai sebuah parti yang banyak kali membuat 'Pengkhianatan' terhadap parti itu dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh pemimpin PKR Selangor, PAS digesa agar tidak mudah menjadi manusia yang Lupa Diri dan perlu sedar atas dosa - dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Bahkan PAS juga turut dituduh cuba bersekongkol dengan UMNO hanya semata - mata kerana parti itu enggan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Haprak bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Malah, PAS seringkali menjadi 'Mangsa Buli' dan dilabel sebagai 'Musuh Utama' kepada DAPigs serta parti Ternakan mereka, PAN yang juga merupakan rakan dalam Pakatan bersama - sama PKR.

Persoalannya, sejauh mana keikhlasan dan kejujuran dalam hubungan kerjasama Politik diantara PKR serta PAS ini sebenarnya? Sampai bila mereka mampu untuk bertahan dan meneruskan hubungan 'Perkahwinan Songsang' yang jelas hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping