Khamis, Mac 16, 2017

Itu hakikat yang PAS sendiri tak boleh nak nafikan. Realitinya, PAS masih belum yakin untuk berdiri diatas kaki mereka sendiri. Maka sebab itu mereka takut nak bercerai dengan PPBM.

Tapi alasan yang diberikan oleh PAS buat masa ini, PPBM masih belum menjadi sebahagian dari Pakatan. Maka atas sebab itu PAS masih lagi optimis untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka.

Walhal, secara logiknya, PPBM adalah sebahagian dari Pakatan memandangkan pemimpin tertinggi parti itu telah menandatangani surat perjanjian dengan gabungan Pakatan sebelum ini.

Maka tindakan pemimpin PPBM yang menandatangani perjanjian itu membuktikan bahawa mereka sudah menjadi sebahagian dari Pakatan walaupun Presiden PPBM terpaksa melakukannya.

Jadi, bukti apa lagi yang PAS mahu sehingga mereka masih lagi Takut nak putuskan hubungan dengan PPBM? Adakah mereka cuba nak ikat tangan PPBM dengan memberikan kata dua kepada parti itu?

Jika dilihat dari satu sudut, bagi sesetengah pihak, tindakan PAS yang masih enggan mengambil tindakan sedemikian hanya semata - mata mahu memberi kata dua kepada PPBM.

"Pilih PAS atau Pakatan". Itu kata mudahnya. PPBM perlu membuat pilihan mereka dengan tepat sebelum menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Siapa sekutu yang perlu mereka pilih?

Sementah pulak PPBM merupakan parti baru yang ditubuhkan oleh bekas - bekas pemimpin UMNO yang kecewa. Maka sudah pasti mereka memerlukan bantuan untuk berkempen kelak.

Sebagai sebuah parti baru, PPBM tidak mempunyai akar umbi yang kuat. Maka terpaksa la mereka mencari 'Macai' dan 'Barua' untuk dipergunakan sewaktu kempen Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Secara kesimpulannya, PPBM kini sedang berada didalam dilema. Siapa yang mereka harus pilih bagi meneruskan agenda peribadi pemimpin tertinggi mereka. PAS atau Pakatan? Kalau salah pilih, PPBM hanya akan tinggal nama je selepas PRU yang akan datang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping