Jumaat, Mac 24, 2017

Sebagai sebuah parti yang mengamalkan Politik Matang dan Budiman, semestinya PAS akan menyambut baik penghinaan yang telah dibuat oleh Wan Azizah terhadap kepimpinan parti itu.

Jika sebelum ini, Wan Azizah memberikan gambaran bahawa PAS seolah - olah hanya sebuah parti yang mengharapkan sokongan orang lain untuk menjadi kuat seperti yang mereka perolehi hari ini.

Dalam kenyataan yang dibuat, Wan Azizah mendakwa bahawa PAS hanya mampu menjadi kuat selepas parti itu tampil memberikan sokongan kepada gerakan Reformasi PKR pada tahun 1998.


Namun, bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu bukan sahaja dianggap sebagai satu penghinaan. Malah Presiden PKR itu juga turut dilabel sebagai pemimpin 'Lupa Diri'.

Mungkin atas dasar itu yang membuatkan PAS mengambil tindakan Matang dengan membuat ugutan mahu merampas kembali kerusi - kerusi yang pernah dipinjamkan kepada PKR sebelum ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr. Zuhdi Marzuki berkata, parti mempunyai strategi tersendiri untuk menguasai Selangor meskipun Mohamed Azmin menyindir Pas berhubung perkara berkenaan.
“Kita tidak menolak kemungkinan mengambil balik kerusi di Selangor termasuk kerusi PKR. Pada masa ini kita masih mempunyai hubu­ngan dengan PKR dan kita perlu tunggu muktamar membuat keputusannya nanti.
“Kalau putus (hu­bungan Pas dan PKR) bukan sahaja di Se­langor, malah kerusi di seluruh negara kita ambil,” katanya kepada pemberita selepas ceramah isu semasa di Kampung Cherang di sini malam tadi.
Realitinya, PKR mampu bertahan dan dapat peluang bertanding dalam Pilihan Raya Umum adalah diatas ehsan PAS. Kalau bukan PAS yang beri mereka ruang dan peluang, jangan harap la PKR ni dapat tempat.

Tapi apa boleh buat. Memang sifat Lupa Daratan dan Lupa Diri ni dah menjadi sebahagian dari amalan PKR. Itu baru dengan parti yang pernah membantu diorang suatu ketika dahulu. Dengan kita yang takde kena mengena dengan PKR ni, lagi mudah la diorang nak permainkan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Kak wan nak cari susah...pru akan datang belum tentu kak wan berada di tempat skrg.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping