Jumaat, April 21, 2017

Heh! Memang takde kerja betul ADUN Pembangkang ni rupanya ya. Nampak sangat yang diorang ni kerjanya asyik suka nak menyusahkan rakyat. Bukannya diorang nak membantu rakyat tu.

Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh seorang ADUN ni hanya sekadar cubaan untuk memburukkan Kerajaan dengan menghasut rakyat supaya mengambil tindakan yang tidak sepatutnya.

Dengar ceritanya, ada seorang ADUN PAS ni membuat desakan kepada ketua sebuah keluarga agar dia mengambil tindakan undang - undang dan memfailkan saman terhadap pihak Kerajaan.

Kesnya berkaitan dengan kematian tiga orang kanak - kanak yang lemas disebuah kolam Bauksit baru - baru ini. Rasanya kes tu sudah pun dijelaskan secara terbuka. Kerajaan pun tidak ada kaitan.

Sebagai rekod, tiga orang kanak - kanak itu mati lemas selepas mereka terjatuh didalam kolam air hasil perlombongan bauksit haram yang dibuat oleh tuan empunya tanah itu sendiri.

Menurut laporan yang disiarkan, pihak Kerajaan sudah terlebih dahulu mengambil tindakan terhadap pemilik tanah tersebut dengan mengenakan kompaun kerana menyalah - gunakan permit.

Tindakan itu diambil sebaik sahaja ada laporan dibuat mengenai perlombongan haram yang dijalankan oleh pemilik tanah berkenaan. Malah sebelum kejadian kanak - kanak mati lemas itu lagi.

Bahkan katanya, pihak Kerajaan juga sudah memberikan arahan agar pemilik tanah itu mengambus semula lubang yang telah dikorek. Namun arahan itu tidak diendahkan oleh pemilik tanah tersebut.

Maka apabila kes kematian itu berlaku sebelum ini, keluarga kanak - kanak yang terlibat nekad mahu mengambil tindakan undang - undang dan memfailkan saman terhadap pemilik tanah tersebut.

Dikesempatan itu katanya, ADUN PAS yang berkenaan cuba menghasut keluarga kanak - kanak itu mengambil tindakan yang sama terhadap pihak Kerajaan dengan menandatangani sebuah petisyen.

Malangnya, pihak keluarga kanak - kanak yang terbabit itu enggan memenuhi kehendak dan desakan yang dibuat oleh ADUN PAS tersebut yang turut menjanjikan rumah baru buat mereka.

Bagi sesetengah pihak, mereka beranggapan pemilik tanah itu telah meminta bantuan dari ADUN PAS yang berkenaan supaya tanggungjawab terhadap kematian kanak - kanak itu tidak ditanggung seorang diri.

Sebaliknya, pemilik tanah itu pula yang didakwa sengaja mahu mengheret pihak Kerajaan ekoran keputusan nekad yang telah dibuat oleh pihak keluarga kanak - kanak terbabit untuk memfailkan saman.

Persoalannya dikalangan mereka, kenapa pulak ADUN PAS tu beria - ia benar nak desak keluarga kanak - kanak itu mengambil tindakan terhadap pihak Kerajaan? Adakah ADUN PAS itu ada kaitan dengan pemilik tanah tersebut??? Hak tu, korang fikir la sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping