Heh! Inilah dia WAYANG RETORIK yang sering dipamerkan oleh puak Pakatan Haprak ni. Lepas disindir oleh pengamal media sosial dan dijadikan satu topik hangat, baru la dia nak datang tunjuk muka.
Kalau dalam satu kenyataan sebelum ini, Si Mak Lampir tu kata dia tak kenal dengan Anak Ikan dia yang telah didakwa oleh pihak SPRM kerana memiliki harta kekayaan yang luar biasa.
Bahkan Si Mak Lampir tu kata dia tidak pernah melantik Anak Ikan dia tu sebagai Pegawai Khas. Malah kata Si Mak Lampir tu, Anak Ikannya itu juga bukan Pegawai Khas kepada Azmin.
Tapi IRONIKnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu semalam jelas agak berbeza dimana dia kata dia hanya mengenali Si Anak Ikan dia tu sebagai Ketua AMK Ampang sahaja.
Namun dalam masa yang sama, Si Mak Lampir tu nampak gayanya beria - ia benar nak mempertahankan kesalahan yang telah dilakukan oleh Anak Ikannya itu dengan membuat dakwaan yang bukan - bukan.
Antara lain, Si Mak Lampir tu mendakwa pertuduhan ke atas Anak Ikannya itu adalah tidak munasabah dengan tuduhan yang dibuat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
"Pertuduhan-pertuduhan tadi dikenakan atas Akta AMLATFPUAA, itu tidak selaras dan tidak munasabah untuk dituduh di bawah AMLATFPUAA atau Anti Pengganas.
"Kita dan keluarga dia (Adam) akan usahakan untuk ikat jamin saudara Adam dan kita akan bawa kes ini ke Mahkamah Sivil sebab pertuduhan yang diberi tidak setimpal dengan tuduhan (yang dibuat SPRM) sebelum ini," ujarnya kepada pemberita di luar mahkamah, hari ini.
Kan nampak sangat IRONIKnya tindakan Si Mak Lampir tu? Dia kelihatan seolah - olah sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan bahawa Si Anak Ikannya itu tidak bersalah.
Dalam erti kata lainnya, walaupun Si Mak Lampir tu kata dia tak pernah melantik Si Anak Ikannya itu sebagai Pegawai Khas, tetapi mereka tetap juga mempunyai hubungan. Dan tidak mustahil sekiranya Si Mak Lampir tu ada kaitan dengan hasil kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Si Anak Ikannya itu!!!
Bila dah kena pandai plk kata itu sesuai ini tak sesuai.
BalasPadam