Jumaat, April 21, 2017

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang yang juga merupakan Anak Ikan Si Mak Lampir itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas enam pertuduhan memberi keterangan dan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Aanak Ikan Si Mak Lampir itu menghadapi dua tuduhan memberi pernyataan palsu dan didakwa mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Dia turut dituduh mengemukakan empat dokumen palsu dan didakwa mengikut Seksyen 89 akta sama, yang kedua-dua memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga RM 3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun Anak Ikan Mak Lampir itu memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan. Hakim Allaudeen Ismail meletakkan wang jaminan RM300,000, dan mengarahkan pasport Anak Ikan Mak Lampir itu dirampas. 

Sebutan kes ditetapkan pada 29 Mei. Anak Ikan Si Mak Lampir tu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM berhubung siasatan membabitkannya, pada 13 April lalu. 

Dia telah ditahan reman sejak tarikh itu bagi membantu siasatan kes dan pihak SPRM semalam menyita rumahnya banglow mewanhnya di Ampang yang dibeli pada harga RM1.2 juta secara tunai.

Kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh pemimpin muda dari PKR itu telah dibongkar dan didedahkan kepada umum oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos. 

Jamal turut mengaitkan kekayaan Adam mempunyai hubung kait dengan dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin. Beliau pada Selasa lalu turut membuat laporan kepada SPRM bagi mendesak siasatan terhadap Zuraida.

Zuraida, yang juga Ketua Wanita PKR, bagaimanapun menafikan dakwaan Jamal, sambil menambah dirinya akan memberikan kerjasama badan pencegah rasuah itu sekiranya diminta untuk disoal siasat berhubung penahanan Adam. 
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping