Jumaat, April 21, 2017

Umum sedia maklum bahawa Rafizi merupakan seorang yang telah dinobatkan sebagai "Pakar Strategis" yang dilantik oleh partinya sendiri bagi merencana perjalanan PKR pada ketika ini.

Selain dari menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen, Rafizi itu juga turut bertanggungjawab merencana agenda dan menyusun strategi PKR dalam Politik negara. 

Begitu lah betapa beratnya tanggungjawab yang terpaksa dipikul oleh Rafizi terhadap PKR sehingga memungkinkan dia hari ini turut diberikan label sebagai seorang Raja Penipu Malaysia.

Sepatutnya, sebagai seorang yang diangkat dan dinobatkan sebagai "Pakar Strategis", Rafizi sepatutnya merencana bagaimana untuk menarik sokongan rakyat terhadap dasar perjuangan PKR.

Malah, dia juga sepatutnya turut bertanggungjawab bagi merangka pelan dasar jangka panjang buat PKR untuk memastikan parti itu terus mampu bertahan dalam arus politik semasa.

Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hampir setiap bulan, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Rafizi, semuanya adalah penipuan dan memanipulasikan keadaan dan sesuatu isu.

Malah tanpa serik, Si Rafizi tu secara berterusan cuba menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap beberapa agensi yang berkaitan dengan kerajaan demi menjaga kepentingan politiknya.

Lihat sahaja bagaimana dia membina imej buruk terhadap Lembaga Tabung Haji, Felda, JAKIM, KWSP, KWAP, LTAT dan banyak lagi agensi yang kebanyakannya membela nasib kaum Melayu dan agama Islam.

Bahkan lebih hebat lagi ialah apabila Si Rafizi tu sanggup bersumpah atas nama Allah hanya semata - mata kerana mahu menjahanamkan imeh dan mencemar maruah PAS secara terbuka.

Tambah memalukan ialah apabila semua strategi yang telah direncanakan oleh Si Rafizi itu sebelum ini hanya menemui ke-GAGAL-an yang dan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sebagai contoh, agenda Langkah Kajang yang disusun atur oleh Si Rafizi itu GAGAL disempurnakan apabila jawatan Menteri Besar Selangor berjaya dirampas oleh Azmin dengan bantuan PAS.

Dan yang terbaru, fitnah yang cuba dilemparkan oleh Si Rafizi itu terhadap PAS akhirnya telah memakan diri apabila parti dia sendiri enggan mengiktiraf dakwaan yang telah didedahkan.

Melihat kepada apa yang telah dilakukannya sejak kebelakangan ini, mula menimbulkan persoalan persoalan dikalangan rakyat, "Adakah ini sahaja level Pakar Strategis yang di ketengahkan PKR?"

Jika hanya dilantik sebagai Pakar Strategis hanya untuk membolehkan dia mencipta fitnah dan pembohongan, rasanya istilah "Pakar Strategis" itu sama sekali langsung tidak layak untuk disandang Rafizi!!! (Baca Seterusnya...)
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping