Heh! Inilah sifat RETORIK yang seringkali menjadi amalan puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini. Kalau orang lain buat, semuanya tak kena belaka. Tapi kalau diorang buat, boleh pulak.
Bila terbaca kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor ni, teringat pulak isu yang pernah dibangkitkan oleh puak Pakatan Haprak tu berhubung isu kerjasama diantara Malaysia dengan China.
Puas puak Pakatan Haprak tu memukul canang dan mendakwa kononnya Kerajaan Malaysia ni nak 'Menjual Negara' kepada China. Sedangkan hubungan kerjasama itu adalah sesuatu yang biasa dilakukan.
Mengambil semula kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu yang menyifatkan tindakan DAPigs mengadakan rundingan dengan Negara Luar sebagai satu perkara yang 'Biasa'.
"Sebagai sebuah negara yang merdeka, Malaysia sendiri memainkan peranan di peringkat antarabangsa dan mengeluarkan kenyataaan dalam isu tertentu seperti isu Palestin dan selatan Thailand.
"Ini merupakan perkara biasa atas prinsip yang cukup jelas supaya tidak ada kezaliman berlaku di mana-mana negara," katanya yang turut mempertahankan usaha PKR serta DAP yang meminta campur tangan Amerika Syarikat untuk membebaskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika ini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.
Hah! Kan pelik tu? Boleh pulak PKR menganggap tindakan DApigs yang cuba berunding dengan pihak luar agar masuk campur dalam urusan di Malaysia ni sebagai satu perkara yang 'Biasa'?
Sedangkan sebelum ini puak PKR tu jugak yang pernah buat kecaman terhadap pihak Kerajaan yang mengadakan rundingan dengan pihak luar demi untuk meningkatkan ekonomi Negara.
Bila membaca semula kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu, takde pulak dikalangan puak Pakatan Haprak tu menganggap ianya sebagai satu 'Pengkhianatan' terhadap kedaulatan Negara?
Sebaliknya, masing - masing hanya sekadar mampu menutup mulut dan menjadi Syaitan Bisu dari memberi sebarang kritikan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu.
Pokok pangkalnya, tindakan puak Pakatan Haprak ni sama sebijik macam orang hilang akal. Diorang ni setakat pandai bercakap ditepi longkang sedangkan mereka sendiri GAGAL untuk memajukan negara demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.