“Akuan ini dibuat bagi membersihkan nama saya dan mengiikrarkan semua yang saya tulis dalam artikel berkenaan adalah benar."
Demikian kenyataan yang dibuat oleh bekas Ahli PKR seumur hidup, Badul Hisham didalam akuan bersumpah yang dibuat hari ini terhadap penafian yang dilakukan oleh Rafizi.
Malah, Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia itu juga turut menyatakan kesediaannya untuk disiasat oleh mana - mana pihak ekoran akuan bersumpah yang telah dibuatnya hari ini.
“Saya terbuka untuk disiasat dan diambil tindakan jika mana-mana bahagian dalam akuan berkanun saya ini salah dan menipu. Saya membuat akuan ini dengan bertanggungjawab sepenuhnya berdasarkan Akta Akuan Berkanun 1960,” kata Badrul Hisham dalam SD tersebut bertarikh 17 April.
Dalam artikel terdahulunya pada 11 April bertajuk “Tiba-tiba nama John Soh diseru ketika dia dipenjara”, Badrul Hisham mendesak supaya PKR menjelaskan adakah benar sejumlah RM26 juta wang daripada individu itu diberikan kepada parti.
“Datuk Zaid Ibrahim, Rafizi, Nurul Izzah, Datuk Saifuddin Nasution harus tampil menjelaskan adakah benar John Soh memberikan wang sebegitu banyak dengan jumlah hampir RM26 juta kesemuanya.
“Malah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga perlu tampil kerana dikaitkan menerima dana yang jauh lebih besar dari nama yang disebut sebelumnya,” kata beliau.
Tujuan artikel tersebut ditulis oleh Badrul Hisham adalah bertujuan membangkitkan kenyataan Rafizi yang enggan menjawab tuduhan dibuat oleh penulis blog, Raja Petra Kamaruddin berhubung dana PKR yang disumbang oleh John Soh.
Rafizi sebelum ini juga membuat tuduhan terhadap Pas berhubung sejumlah dana yang disalurkan kepada bekas pemimpin tertinggi parti Islam itu, Datuk Nasharuddin Mat Isa yang sudah pun dinafikan.
Susulan pengakuan itu, Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan juga menyindir Rafizi bahawa PKR juga ada menerima dana daripada individu luar dengan menggunakan pendedahan dibuat oleh Badrul Hisham itu.
Namun persoalannya, kenapa Si Rafizi tu tak nak ambik tindakan terhadap bekas rakan partinya itu? Kalau dia tak nak saman Raja Petra, boleh lagi kita terima akal. Tapi kenapa dia TAKUT nak saman Si Chagubard ni? Takkan dengan Si Chagubard ni pun Rafizi dah kecut buah kerandut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.