Sewajarnya Si Ahli Parlimen Shah Alam ni mengambil ikhtbar dari apa yang telah dilakukan oleh syarikat penyiaran Primeworks Studio Sdn Bhd terhadap pengacara dan 6 orang kru produksinya.
Syarikat tersebut hari ini mengambil tindakan terhadap mereka ekoran tindakan yang dilakukannya yang dianggap menghina nama Ayah kepada bekas pelari pecut Negara, Watson Nyambek.
Bahkan syarikat tersebut juga hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap bekas pelari pecut Negara itu ekoran kelakuan biadap yang telah dipamerka oleh anggota syarikatnya.
Walaubagaimana pun, bekas pelari pecut itu dilaporkan tidak menerima permohonan maaf tersebut. Sebaliknya dia sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.
Secara tidak lansung, tindakan bekas pelari pecut Negara itu membuktikan bahawa maruah keluarganya jauh lebih penting dari sekadar permohonan maaf yang dikemukakan oleh syarikat tersebut.
Bahkan tindakan itu juga wajar dijadikan sebagai pengajaran buat Si Khalid Samad tu supaya dia tidak sewenang - wenangnya menghina bapa orang lain dengan panggilan yang bukan - bukan.
Si Khalid Samad tu sebelum ini telah menggelarkan Ahli Parlimen Pasir Salak dengan gelaran 'SIAL' sewaktu perbahasan didalam sidang Parlimen yang turut disiarkan secara meluas.
Ekoran tindakan Si Ahli Parlimen Shah Alam itu membuatkan dia diserbu oleh anak kepada Ahli Parlimen Pasir Salak itu sewaktu tiba dihadapan pintu masuk ke Parlimen penghujung tahun lalu.
Secara kesimpulannya, insiden yang menimpa bekas pelari pecut Negara itu membuktikan bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak akan marah sekiranya nama bapa mereka dipersendakan oleh orang lain. Jadi, Si Khalid Samad tu jangan ingat dia boleh sesuka hati je nak hina nama bapak orang secara terbuka!!!
Patut YB Pasir Salak saman si Khalid ni kerana menjaga marwah dirinya.
BalasPadam