Isnin, April 24, 2017

Untuk sekian kalinya, Si Mahfuz Bean tu tampil menunjukkan sikap kebenciannya terhadap PAS secara terang - terangan apabila menyifatkan parti itu sebagai sebuah parti yang bongkak.

Jika sebelum ini, Si Mahfuz Bean tu mempamerkan rasa bencinya terhadap PAS dengan menampilkan diri diatas pentas ceramah Politik parti yang turut menjadikan PAS sebagai 'Musuh Utama' mereka.

Bahkan, Si Mahfuz Bean tu juga sudah beberapa kali tampil dengan kenyataan yang jelas mengkritik serta mengutuk pendirian kepimpinan tertinggi PAS secara terbuka melalui media.

Maka hari ini, buat sekian kalinya Si Mahfuz Bean tu tampil mengutuk pendirian PAS yang mendesak agar parti lain yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang tidak menggangu kerusi PAS.

Kata Si Mahfuz Bean, kenyataan partinya yang mahu pembangkang berundur dan memberi laluan kepada mereka untuk bertanding secara sendirian sebagai kenyataan sombong dan bongkak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, pemimpin PAS tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana ia boleh menyebabkan parti itu hilang sokongan daripada pengundi.
"Kenyataan sebegitu tidak membantu untuk bina keyakinan masyarakat terhadap PAS. Sebaliknya ia semakin menjarakkan hubungan PAS dengan masyarakat dan pengundi yang bukan terdiri daripada ahli PAS.
"Ahli tegar PAS mungkin akan rasa seronok. Tetapi PAS kena ingat yang kemenangan PAS terdahulu bukan bergantung kepada undi dan sokongan ahli PAS semata-mata," katanya kepada Sinar Online.
Sebelum ini, PAS dilaporkan 'mengarah' parti pembangkang supaya jangan masuk bertanding di 80 kerusi pilihannya bagi mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru.

Menurut kata Si Mahfuz Bean tu lagi, kenyataan yang dibuat Mohd Khairuddin itu juga seolah - olah​ memberikan gambaran bahawa PAS berasa cemas untuk mendepani PRU akan datang.
"PAS patut berundinglah (dengan Pakatan Harapan). Bertanding tak sampai 80 kerusi dahulu pun PAS tak pernah menang," katanya lagi.
Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean tu sendiri yang memberikan gambaran seolah - olah PAS ni sebuah parti yang lemah dan tidak mempunyai kemampuan mereka yang tersendiri.

Tinggal lagi Si Mahfuz Bean ni lupa; kot kalau dia bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, belum tentu dia akan menang. Takut - takut, dia lansung tak dapat jadi calon. Masa tu, meroyan la dia ditepi longkang sekali pun, orang dah tak peduli!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Sebenarnya mahfuz and geng PH dia faham maksud "jgn masuk bertanding 80 kawasan yg pas bertanding tu" tp disebabkan politik beserta dgn kerakusan mereka utk ketepikan pas diaorg buat2 xfaham..maksud sebenar supaya xada lbh dr penjuru bertanding dikawasan tradisi pas tp diputarbelitkan seolah2 mereka xfaham..mcm bodoh sgt pun ada pemimpin ni..mahfuz xpelah mmg sedari dulu xcukup cerdik tp yg lain tu adoyai benda simple mcm tu pun xfaham..xpelah pas bertanding je dikawaaan korang tu..klu pan bertanding dikawasan yg sama tu mrk lah punca lbh 2 penjuru bkn pas..rakyat faham tp apa blh buat dah mmg sikap pemimpin pembangkangmcm ni buat tak faham plus mmg spesis dungu pl so terpaksalahlayan kerenah mereka tu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping