Sejak kebelakangan ini, Si Mahfuz Bean ni sering tampil mengkritik dan mempertikaikan setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PAS secara terang - terangan melalui kenyataan media.
Malah Si Mahfuz Bean ini juga sering muncul diatas pentas - pentas ceramah Politik parti - parti yang menjadikan PAS sebagai 'Musuh Ketat' mereka secara terbuka mengutuk kepimpinan parti tersebut.
Tindakan itu membuatkan ramai dikalangan ahli serta pemimpin PAS mula mencurigai pendiriannya dan menganggap Si Mahfuz Bean tu telah mengkhianati dasar perjuangan parti.
Ekoran tanggapan yang diberikan itu membuatkan Si Mahfuz Bean tu mula terasa seolah - olah dia telah disalah faham oleh rakan - rakannya dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS.
Atas dasar itu, Si Mahfuz Bean tu mula merayu supaya pemimpin PAS tidak membuat dakwaan dan menganggap bahawa dia sedang tercari - cari dahan untuk bergantung pada ketika ini.
Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu berkata, tindakan yang dilakukan ada kerana mahu melihat perubahan dalam Negara dan seharusnya dia melakukan sesuatu dan bukan hanya mendiamkan diri.
Bahkan katanya, kepimpinan PAS juga perlu melihat kepentingan secara menyeluruh, bekerjasama dengan pakatan yang lebih besar untuk memastikan BN tumbang pada PRU akan datang.
“Namun begitu, apa yang terjadi pada hari ini, sikap pemimpin PAS yang sebegitu menyebabkan Pas terus terpinggir dari arus perdana politik.
“Seharusnya semua parti bekerjasama tumbangkan BN. Saya tak mahu fikir untuk selamatkan parti saya (Pas). Tetapi saya mahu berfikir bagaimana cara untuk menyelamatkan rakyat,” katanya.
Malah menurut Si Mahfuz Bean, matlamat utamanya adalah untuk membantu rakyat keluar dari pelbagai bebanan hidup yang diwujudkan kerajaan seperti perlaksanaan pelbagai jenis cukai.
“Kepada rakan seperjuangan saya di dalam Pas, jangan kata saya mencemuh Pas. Saya tidak pernah mencemuh anda, cumanya saya ingin merayu kepada mereka untuk bersama-sama maju ke hadapan.
“Saya merayu lagi sekali, jangan salah faham dengan saya, saya lakukan semua ini hanya untuk rakyat dan negara,” katanya.
Namun, apa yang jelas, kenyataan Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar mahu memberikan justifikasi dan cuba menghalalkan Pengkhianatan yang telah dilakukannya terhadap parti selama hari ini. Dia takut nama dia tidak dicalonkan dalam PRU yang akan datang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.