Rabu, April 19, 2017

Heh! Jika sebelum ini, ramai yang beranggapan bahawa tindakan Si Rafizi tu tampil membuat dakwaan memburukkan imej PAS demi untuk menjahanamkan Si Menteri Besar Selangor tu.

Sebab rata - rata rakyat melihat bahawa Si Azmin tu masih lagi memerlukan PAS untuk memastikan dia kekal mempertahankan kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam erti kata mudahnya, Si Rafizi tu sedang berusaha untuk merosakkan hubungan kerjasama diantara PAS dengan PKR bagi memastikan Si Menteri Besar Selangor GAGAL mengekalkan kedudukannya.

Namun, ada juga dari kalangan pemimpin PKR yang cuba menafikan dakwaan tersebut Mereka sebaliknya hanya menyifatkan tindakan Si Rafizi tu sebagai satu tindakan peribadi.

Jelas, pendirian dari pemimpin PKR itu pula hanya sekadar cubaan untuk menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka ini masih lagi mahu mempergunakan PAS dimasa akan datang.

Walaubagaimana pun, semua orang tau bahawa Si Rafizi tu tidak berani nak bersuara sekiranya dia tidak mendapat restu dan perkenan dari pemimpin tertinggi PKR terlebih dahulu.

Sepertimana kenyataan yang dibuat oleh Si Joe Bedul tu sebelum ini yang mendakwa tindakan yang dilakukan Si Rafizi itu memang merupakan 'Intipati' perjuangan PKR selama hari ini.
“Itulah yang diperjuangkan oleh PKR, dan itulah yang menyebabkan Anwar masuk penjara. Apa perbezaanya? Anwar masuk penjara kerana memperjuangkan hak rakyat dan melawan korupsi. Dan ia disambung oleh Rafizi, apa masalahnya? Ini bukan perjuangan Rafizi, ini perjuangan PKR,” ujarnya kepada Antarapos hari ini.
Dalam pada itu, Si Joe Bedul tu yakin dakwaan Rafizi bahawa Nasharudin menerima dana RM90 juta daripada 1MDB tidak ada kena mengena dengan kepentingan politik dan peribadi Ahli Parlimen Pandan itu.
“Tidak salah. Ini bukan kali pertama beliau (Rafizi) mendedahkan kerana sudah banyak isu (didedahkan), banyak isu, dan berjaya. Walaupun kadang-kadang beliau kalah, namun secara moralnya dia tidak salah.
“Tidak ada strateginya (peribadi), malah dia akan dedahkan banyak lagi, dan saya sokong tindakannya,” tambahnya.
Maknanya, Si Rafizi tu memang mewakili PKR dalam cubaan untuk memburukkan imej serta maruah PAS secara terang - terangan. Jadi, tidak ada sebab lagi untuk PAS mengekalkan Tahluf Siyasi mereka dengan PKR. Memang patut pun mereka putuskan hubungan dan bercerai dengan PKR!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping