Ahad, April 23, 2017

Ya! Dengan ini kita isytiharkan bahawa kita menyokong penuh kenyataan yang dibuat oleh Si Fuziah PKR ni. Apa yang Si Mak Lampir Kuantan tu perkatakan memang betul. Semuanya BENAR belaka.

Jika dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Si Fuziah tu mendakwa kononnya pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ni hanya keluar berjumpa dengan rakyat bila nak dekat Pilihan Raya je.

Kata Si Fuziah, bila tibanya Pilihan Raya, baru la pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ni sanggup turun padang serta berjumpa dengan rakyat. Waktu sebelum Pilihan Raya, semuanya ghaib belaka.

Apa yang diperkatakan oleh Si Fuziah tu memang Betul. Memang pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ni suka main wayang. Bila nak dekat Pilihan Raya, baru nampak muka diorang.

Tak macam Si Fuziah tu sendiri yang hari - hari turun padang berjumpa dengan rakyat sejak dia menang Pilihan Raya Umum yang lalu. Kiranya, takde waktu yang dia tidak bersama dengan rakyat.

Waktu 24 jam sehari yang diperuntukkan kepada Si Fuziah tu bagaikan tidak mencukupi kerana setiap waktu dia sering berjumpa dengan rakyat untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Sampai tahap, tak makan dan tak tidur Si Fuziah tu dibuatnya. Hari - hari dia dihabiskan untuk bersama - sama dengan rakyat. Kerja lain dia suruh staf pejabat dia buat. Yang lebih penting bagi dia ialah rakyat.

Kiranya, banyak dah masalah rakyat dikawasan Parlimen Kuantan tu dapat diselesaikan oleh Si Fuziah tu. Takde sorang pun rakyat dikawasan Parlimen dia yang tidak dapat bantuan.

Selain daripada itu, Si Fuziah tu juga turut mendakwa kononnya Kerajaan sengaja membiarkan rumah - rumah kampung ni buruk begitu sahaja supaya senang pemimpin diorang nak berlakon.

Kiranya bagi Si Fuziah ni, kalau takde rumah - rumah usang ni nanti, takut takde pulak tempat pemimpin UMNO dan Barisan Nasional tu nak bertenggek dan dijadikan bahan jajaan Politik.

Kenyataan yang dibuat oleh Si Fuziah tu pun betul juga. Memang saja je pihak Kerajaan membiarkan rumah - rumah lama tu buruk supaya boleh dijadikan sebagai 'Prop' sewaktu berkempen.

Tak macam dia yang tidak bermain wayang dengan rakyat. Cuba tengok di Kuantan. Mana ada dah rumah - rumah lama yang usang. Semuanya Si Fuziah tu dah ganti dengan yang baru.

Bumbung baru, dinding papan baru, kayu lantai baru. Habis semuanya diganti baru belaka oleh Si Fuziah yang sangat bertanggungjawab ini. Kiranya, takde lansung rumah - rumah usang yang tinggal di Kuantan.

Maka secara kesimpulannya, pemimpin UMNO dan Barisan Nasional ni kena ikut cara Si Fuziah tu buat kerja. Dia memang seorang yang bagus, berdedikasi dan bertanggungjawab. Takde seorang pun rakyat dikawasan Parlimen Kuantan tu yang tak dapat pembelaan dari Ahli Parlimen PKR yang 'Suci' dan 'Maksum' ni!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Si fuziah ni mcm perli presiden sendiri je ni..

    BalasPadam
  2. Cakap tak serupa bikin laa minah ni

    BalasPadam
  3. Ok lah aku setuju 100% dengan apa admin utarakan. Dengan ini atas nama rakyat di Kuantan, aku istiharkan bahawa Si Fuziah tu adalah seorang wakil rakyat yang paling maksum di antara wakil rakyat PH yang sedia maksum, di dunia ni. Dan juga aku beri kelonggaran kepada Fuziah untuk buat kerja mendampingi rakyat selama 25 jam sehari. Tambahan 1 jam tu boleh claim overtime kat Mak Lampir.Amacam....cukup? Kalau tak cukup, kau merayu kat admin!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping