Isnin, April 24, 2017

Nampak gayanya hubungan kerjasama Politik diantara PAS dengan PKR semakin bertambah goyang apabila PKR Wilayah mendesak agar partinya tidak menghabiskan masa cuba untuk memikat PAS.

Jelas desakan yang dibuat oleh PKR Wilayah itu seolah - olah mengundang perpecahan diantara kedua - dua parti itu apabila menjelang tibanya Muktamar PAS yang bakal diadakan hujung bulan ini.

Sementara tumpuan arena politik bertumpu kepada pendirian Muktamar PAS akhir bulan ini, Pengerusi PKR Wilayah meminta Pakatan “jangan buang masa” memenangi hati bekas sekutu mereka.
“Kita perlu ada maruah. Kalau kita cuba menangi hati bekas kawan kita, orang akan fikir kita tidak ada pendirian,” kata beliau tanpa menamakan mana-mana parti secara khusus.
Desakan itu dilihat secara lansung merujuk kepada PAS yang kini masih lagi kekal dengan keputusan untuk tidak melibatkan diri mereka dengan gabungan Pakatan Haprak yang dianggotaoi oleh PKR itu.

Selain itu, Pengerusi PKR Wilayah itu juga turut menganggap PAS sebagai 'Bekas Kawan' yang enggan menurut kehendak PKR dan DAPigs ekoran keputusan yang telah dibuat sebelum ini.
“Banyak dilaporkan bekas kawan kita tidak lagi mahu bersama dengan DAP atau PKR. Jadi apa lagi yang kita tunggu? Kita perlu tegas dan bergerak ke depan.” katanya pada Konvensyen Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan 2017 di Cheras hari ini.
PKR pada ketika ini masih lagi menjaja spekulasi dengan mengatakan PAS akan bekerjasama dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Spekulasi itu diteruskan terutamanya apabila mereka melihat kepada kesediaan UMNO yang bekerjasama dengan PAS dalam usul yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah RUU 355.

Malah PKR juga turut mendakwa bahawa kedua - dua parti yang berteraskan Melayu itu juga berkongsi pentas dalam beberapa isu melibatkan orang Islam, seperti penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

Bahkan, sejak beberapa bulan lalu, sebilangan besar PAS di peringkat Kawasan diserata negara telah meluluskan usul menggesa kepimpinan parti memutuskan hubungan Politik dengan PKR.

Mursyidul Am Majlis Syura Ulama PAS, Hashim Jasin sebelum ini pernah berkata pihaknya akan membuat keputusan sama ada PAS perlu memutuskan hubungannya dengan PKR atau sebaliknya.

Beliau berkata, walaupun Muktamar Agung PAS penghujung bulan ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara tersebut, namun ia mesti perlu mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping