Selasa, Mei 02, 2017

Pemilihan PAS hari ini menyaksikan kegagalan Ahli Parlimen Temerloh, Nasaruddin Hassan Tantawi merebut jawatan Naib Presiden dan sekaligus menyingkirkan bekas Ketua Pemuda PAS itu.

Sebaliknya, tiga penyandang naib presiden PAS iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad mengekalkan gandingan mereka untuk penggal 2017-2019.

Idris mendapat 1270 undi, Mohd Amar pula sebanyak 950 undi, Iskandar pula dengan 703 undi manakala Nasrudin hanya mampu untuk memperolehi 478 undi.

Keputusan pemilihan PAS itu telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Datuk Abdul Mutalib Embong, sebentar tadi.
"Idris Ahmad mendapat 1062 undi, Datuk Mohd Amar Abdullah mendapat 950 undi, Datuk Iskandar Abdul Samad mendapat 703 undi dan Nasruddin Hassan mendapat 478 undi.
"Dengan ini jawatan Naib Presiden disandang oleh Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad," katanya ketika mengumumkan keputusan itu.
Sementara itu bekas Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz mengekalkan kerusi sebagai salah seorang daripada 18 kerusi bagi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Pemilihan jawatankuasa bagi penggal ini begitu berbeza berbanding pemilihan penggal lalu, di mana suasana pada kali ini dilihat lebih harmoni ekoran tiada pertembungan antara golongan ulama dan profesional sebagaimana sebelum ini.

Perwakilan memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden, dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Timbalan Presiden. 

Kedua-duanya diisytiharkan menang tanpa bertanding selepas tidak dicabar mana-mana individu, sekaligus memberi isyarat bahawa ahli parti itu meyakini gandingan Hadi-Tuan Ibrahim menerajui parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mudah mudahan tak ada dah yg prosyiah atau khadam dap.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping