Hahaha!!! Memang kelakar bila membaca kenyataan Si Guan Eng ni. Tetiba pulak dia boleh 'Terjahit Mulut' apabila nak menyentuh tentang isu yang sedang hangat diperkatakan pada ketika ini.
Kalau sebelum ini, bukan main lantang lagi Si Tokong DAPigs tu berani mengutuk dan mengkritik pentadbiran orang lain walaupun secara hakikatnya dia tidak ada sebarang kaitan.
Sebagai contoh, Si Tokong DAPigs tu pernah tampil mengkritik cara pentabdiran Rejim PAS di Kelantan yang didakwa GAGAL menjaga kebajikan rakyat apabila banjir melanda negeri tersebut.
Bahkan, Si Tokong DAPigs tu juga pernah mengkritik pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor sewaktu DAPigs mula - mula membuat desakan terbuka terhadap pentadbiran Si Azmin tu.
Tapi kali ini, Ketua Menteri Pulau Pinang tu seolah - olah cuba mengelakkan diri dan berpuasa dari mengkritik serta mempertikai tindakan Rejim Pakatan Selangor berhubung isu tiga orang Exco PAS tu.
Alasan yang diberikan oleh Si Guan Eng, dia tidak sesuai untuk memberikan sebarang pandangan terhadap isu tersebut memandangkan ianya berlaku dibawah pentadbiran Azmin.
“Saya rasa kerana Azmin masih berada di luar negara, sepatutnya lagi baik kalau beliau memberikan komennya dahulu.
“Lagipun, ini negeri beliau. Biarlah beliau komen dahulu, saya akan komen kemudian,” katanya selepas majlis Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Undang Negeri kali ke 13 di George Town pada Jumaat.
IRONIKnya, sebelum ini Si Guan Eng juga yang mendesak agar tiga Exco PAS di Selangor tu meletak jawatan selepas parti itu membuat keputusan memutuskan hubungan politik dengan PKR.
Dari satu sudut, Si Tokong DAPigs tu sebenarnya hanya cuba melarikan diri dari diheret ke dalam kontroversi yang tidak diundang dan enggan melebarkan lagi persengketaan dia dengan PKR.
Hakikatnya, Si Tokong DAPigs tu bukannya 'TAKUT' nak memberikan pandangan. Tapi sebaliknya dia dah muak dengan wayang Politik Murahan yang menjadi amalan Si Azmin tu di Selangor. Maka sebab itu dia sendiri jahit mulut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.