Itu sepatutnya persoalan yang diajukan kepada pemimpin PAS yang mendakwa kononnya UMNO menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud sebagai salah satu bahan modal Politik.
Walhal, PAS merupakan parti yang mula - mula sekali membangkitkan isu perlaksanaan hukum tersebut sebagai bahan modal Politik Murahan mereka untuk menarik sokongan rakyat.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Raja Bahrin ni memang ada betulnya. Bukan UMNO yang menjadikan isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud itu sebagai modal Politik.
Tapi malangnya, Si Raja Bahrin tu hanya menyentuh mengenai isu berkaitan dengan hukum tersebut yang dijadikan persoalan di Terengganu sahaja sedangkan dia tak sentuh pun diperingkat Pusat.
Hakikatnya, sejak dari awal penubuhan parti itu sendiri pun PAS dah mula menjaja isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud sebagai bahan jajaan Politik Murahan mereka.
Malah pada ketika parti itu menyertai Pakatan Haramjadah sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu juga, PAS menggunakan isu perlaksanaan Hukum Hudud itu sebagai modal Politik.
Pada ketika itu, PAS kata DAPigs sudah semakin 'Lunak' menerima perjuangan parti yang mahu menegakkan perlaksanaan Hukum Hudud dan membuatkan parti itu sanggup mewujudkan kerjasama.
Pendirian yang dinyatakan oleh PAS pada ketika itu hanya dianggap sebagai taktik Politik Murahan bagi mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat, terutama bagi umat Islam di Malaysia.
Tapi kemudian, selepas DAPigs menuduh PAS sebagai Pengkhianat kepada Pakatan, mula la pemimpin parti itu mengubah skrip dan menjaja cerita kononnya DAPigs menolak perlaksanaan Hukum Hudud.
Sekarang, PAS pulak menuduh UMNO menjadikan isu berkaitan perlaksanaan Rang Undang - Undang memperkasakan bidang kuasa mahkamah Syariah (RUU 355) sebagai bahan modal Politik.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh PAS itu hanya dianggap sebagai satu taktik murahan untuk mengalih perhatian rakyat sedangkan hakikatnya, UMNO menyokong RUU 355 itu.
Yang UMNO tak sokong ialah perlaksanaan Hukum Hudud mengikut kehendak dan kemahuan PAS yang mana perencanaannya tidak menurut tuntutan agama Islam itu sendiri.
Kesimpulannya, tindakan pemimpin PAS yang cuba menunding jari terhadap orang lain berhubung isu perlaksanaan RUU355 hanya sekadar taktik mahu menyembunyikan kelemahan diri mereka sendiri!!! Kot ya pun diorang dah ketandusan isu, jangan la nak salahkan orang lain pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.