Ahad, Mei 21, 2017

Teringat pulak skrip filem P.Ramlee, "Khadam Tua Kutuk Tak Sedar Diri!!!" Begitu la lebih kurang perumpamaan yang cuba digambarkan oleh puak - puak PKR ni terhadap bekas rakan sekutu mereka, PAS.

Jika sebelum ini, PAS dianggap sebagai penyelamat kepada PKR yang memberikan bantuan talian hayat kepada parti itu bertapak dalam kancah Politik di Malaysia selepas Reformasi tahun 1998.

Pada ketika itu, PAS la yang memberikan ruang dan peluang kepada PKR untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum dengan secara ihsan memberikan kerusi yang dikuasai oleh mereka selama hari ini.

Bahkan PAS juga boleh dianggap sebagai 'Tongkat Sakti' kepada PKR yang membantu parti itu sewaktu mereka mula - mula berlajar untuk berjalan. Diangkat bila jatuh, dipimpin bila mereka terumbang ambing.

Tapi hari ini, PAS hanya dianggap sebagai parti Tua yang tidak sedarkan diri sedangkan PKR pula mengangkat diri mereka sebagai parti 'Muda Remaja' yang sedang berada dalam keadaan paling tangkas pada ketika ini.

Kenyataan itu dibuat secara terbuka oleh Timbalan Ketua Pemuda AMK sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Anak Muda Kecoh yang diadakan baru - baru ini.
"Keadilan hari ini baru 18 tahun. Muda, remaja. Waktu itulah paling tangkas, paling lincah, paling lasak. AMK akan buktikan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini kita paling berdepan dalam menghadapi Barisan Nasional," katanya dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional Angkatan Pemuda Keadilan ke-12 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam di sini, hari ini.
Dalam pada itu, dia juga turut menyifatkan tindakan bekas rakan kerjasamanya itu untuk tidak bersama blok pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang sebagai pengkhianat rakyat. 
"Kalau orang tak mahu bersama kita, tinggalkan mereka kerana kita tahu mereka akan bersama kita kerana kita mahukan perubahan. Tadi saya sebut kawan kita yang tuduh kita macam-macam.  
"Kita sabar kita terima tetapi saya nak bagi tahu sekarang ini rakyat melihat mereka sebagai pengkhianat kepada harapan rakyat yang mahukan perubahan," tambahnya.
Konflik PAS-PKR sampai ke kemuncaknya apabila Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan menceraikan PKR dengan alasan parti itu banyak mengkhianati perjanjian kerjasama di antara mereka.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin muda PKR itu membuktikan bahawa parti itu merupakan sebuah parti yang tak reti mengenang jasa. Malah mereka juga dianggap sebagai sebuah part yang bukan sahaja melahirkan anak muda yang Sombong tetapi mudah lupa diri!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. geng2 semua yg baru nk libat dgn politik..
    Ketahuilah..org muda mmg hebat.. laju..tetapi
    Tenaga tidak akan buahkan kejayaan.. tapi kemusnahan..
    Pengalaman dan ilmu yg byk yg akan memastikan kejayaan kejayaan politik..

    BalasPadam
  2. Pkr tak sedar diri dpt undi drpd penyokong pas dlm pru lepas. Jentera pilihan raya pun banyak pakai yg pas punya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping