Huh! Nampak gayanya, Si Azmin tu dah mula ketandusan bahan untuk dijadikan sebagai modal Politik Murahannya. Mungkin dah habis longkang dia nak terjun. Tak habis sampah dia nak kutip.
Maka sebab itu Si Azmin tu cuba menjadikan isu berkaitan dengan konsert Selena Gomez sebagai bahan jajaan Politik Murahannya untuk memburukkan institusi Islam di Malaysia pada ketika ini.
Dalam alasan yang diberikan oleh Azmin sebelum ini, dia menafikan bahawa pihak Rejim Pakatan Selangor memberikan kebenaran untuk artis Antarabangsa itu mengadakan konsert.
Sebaliknya, Si Menteri Besar Selangor tu membuat dakwaan kononnya kebenaran untuk artis tersebut mengadakan konsert adalah pihak Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM).
Merujuk kenyataan itu, Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, pihaknya tidak bertanggungjawab memberi kelulusan untuk konsert atau persembahan secara langsung lain.
“Tuduhan seperti ini boleh menjejaskan reputasi dan kredibiliti Jakim sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab bagi hal-ehwal Islam di negara ini,” kata Othman dalam satu kenyataan hari ini.
Azmin dilihat cuba untuk mengalihkan dakwaan PAS yang Rejim Pakatan Selangor pimpinan PKR memberi lampu hijau kepada konsert bintang pop Amerika Syarikat itu, kepada pihak lain.
Dalam respons terhadap kenyataan Pemuda PAS, Azmin memberikan alasan kononnya PKR terbabit tidak perlu menjadi pihak yang bertanggungjawab kerana Jakim turut meluluskannya.
Malah dalam masa yang sama, Othman juga turut menjelaskan bahawa tidak pernah ada pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut membuat rujukan kepada JAKIM terlebih dahulu.
“Saya memohon kerjasama parti-parti itu untuk merujuk kepada kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan Jakim,” kata Othman.
Pada 20 Julai 2016, PAS mengadakan protes di Bangunan SUK bagi mendesak konsert itu dibatalkan di bandar bermajoriti umat Islam kerana “gejala dan diri penyanyi itu yang dikenali sebagai simbol seksi yang dikhuatiri boleh merosakkan anak muda”.
Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulama PAS Selangor, Ridzuan Rahmat dilaporkan berkata, bantahan itu tidak akan menjejaskan hubungan PAS dengan kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan parti Islam itu.
penyembah kangkong dan dedak memburukan orang
BalasPadamKamu penyembah apa atau kamu sembah apa? Roket? Christopher Lim?
PadamTak perlu nak diburuk2an... memang dah buruk jadinya macam mana nak sorok? Menyalahkan orang lain... benda berlaku di Selangor, sendiri jawab la