Jumaat, Jun 02, 2017

Jika selama hari ini, Si Rafizi Ramli tu bangga kononnya dia banyak kali mendedahkan salah guna kuasa. Tapi hakikatnya, dia sering kantoi kerana membuat tuduhan tanpa menyemak fakta terlebih dahulu.

Semalam, buat sekian kalinya, "Pakar Strategi PKR" itu tampil memalukan dirinya apabila terpaksa meminta maaf kerana menabur fitnah terhadap pemlik syarikat CRT Insights Technologies Sdn Bhd.

Si Rafizi dalam tuduhannya mendakwa kononnya syarikat tersebut merupakan pengantara di antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah firma pelobi yang ada kaitan dengan Amerika Syarikat.

Namun tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi itu telah dinafikan pemilik syarikat berkenaan dan menyatakan bahawa pemimpin PKR itu sudah tersilap membuat dakwaan. Nama sama, tapi orang lain.

Rafizi bukan sahaja tidak membuat semakan terlebih dahulu, malah bertindak menyebarkan nama pengarah dan syarikat tersebut secara melulu sehingga menyebabkan imej mereka terjejas.

Seorang pengamal media sosial, Syed Agil Jamalullail mengumpulkan siri Rafizi Kantoi dan MalaysiaGazette menyiarkan siri penipuan yang dilakukan oleh pemimpin PKR tersebut, diantaranya:

FITNAH cincin isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rafizi memberi alasan semasa perbicaraan saman fitnah di mahkamah kenyataan tersebut adalah seloroh dan gurauan.

FITNAH dana awam National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) diseleweng dalam pembelian hartanah di KL Eco City, Bangsar. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah diperintahkan membayar ganti rugi RM200,000 kepada Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan syarikatnya kerana fitnah tersebut.

FITNAH ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terlibat urusniaga Boustead Holdings Berhad berhubung pembayaran bernilai RM160 juta tetapi ia dinafikan. Rafizi tarik balik tuduhan sebagai penyelesaian luar mahkamah.

FITNAH semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang tersebut.

Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai dakwaan berlakunya blackout semasa PRU ke-13, terutamanya dakwaan wujudnya pengundi hantu dari Bangladesh seperti yang dinyatakan.

FITNAH kononnya ahli -  ahli UMNO menyerang sebuah gereja dengan menggunakan bom Molotov Cocktail. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

FITNAH kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya Kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

FITNAH yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

Apa yang pasti, hidup Si Rafizi ni hari - hari bergelumang dengan dosa menabur fitnah sehingga menyebabkan rakyat mula beranggapan bahawa pemimpin Pakatan ni suka mencipta FITNAH untuk menang dalam Pilihan Raya Umum!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Semoga dia bertaubat atau tunggulah pembalasan-Nya.

    BalasPadam
  2. kesiaaannn...taubat la rafizi....

    BalasPadam
  3. Jangan mudah percaya dan mudah meyebarkan

    BalasPadam
  4. Jangan mudah percaya dan mudah menyebarkan

    BalasPadam
  5. Ehh.. Rafizi nie tahu ke apa itu dosa...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping