Rabu, Jun 21, 2017

Lepas satu persatu isu berkaitan dengan integiriti parti baru ini menjadi topik hangat dikalangan ahli - ahli parti itu sendiri. Jika sebelum ini, Presiden diselubungi isu skandal seks dengan isteri orang.

Pun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang jawapan dari tuan empunya badan. Senyap begitu je tanpa sebarang khabar berita dengan harapan orang luar akan lupa dengan isu tersebut.

Kemudian timbul pulak kes kepimpinan dikalangan pemimpin parti tersebut sehingga menyebabkan Ketua Armada tetiba jadi Singa suruh orang lain letak jawatan dan sebagainya.

Isu tersebut timbul apabila ada sebilangan besar ahli PPBM di Perak mengambil tindakan keluar dari parti tersebut yang didakwa telah didalangi oleh pemimpin - pemimpin parti itu sendiri.

Cerita yang seterusnya ialah mengenai hasil kekayaan anak kepada Pengerusi PPBM menjadi topik paling hangat diperkatakan oleh barisan kepimpinan anak muda parti itu sendiri.

Bila isu itu dibangkitkan, maka mula la pemimpin parti itu bercerita soal Kebebasan Hak Bersuara yang perlu dibataskan sedangkan selama ini diorang boleh pulak pertikaikan pasal orang lain.

Hari ini, Exco Armada PPBM buat laporan kepada pihak SPRM berhubung isu penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Pengerusi PPBM serta anaknya yang juga Timbalan Presiden parti itu.

Beliau yang hadir bersama sekumpulan penyokongnya berkata, bukti rasuah dan salah guna kuasa itu berlaku ketika Dr. Mahathir masih memegang jawatan sebagai Perdana Menteri iaitu pada tahun 2003.

Katanya, kes itu ada kaitan dengan penganugerahan projek membekalkan kabel fiber optik kepada syarikat Opcom Sdn. Bhd. yang dimiliki anaknya itu untuk syarikat Telekom Malaysia Bhd.
“Kami menyerahkan dokumen ini kepada SPRM untuk menyiasat pemberian tender terus ini kepada syarikat Opcom oleh Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
“Pemberian tender ini dilihat sebagai bukti salah guna kuasa, penyelewangan dan rasuah yang perlu ditentang dan dibersihkan daripada terus memalit imej parti PPBM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Mohamad Taufik, biar pun kes tersebut telah berlaku 14 tahun yang lalu, namun isu itu tersebut perlu ditangani segera bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap PPBM.

Katanya, slogan mengenai integriti yang sering dilaung - laungkan oleh pemimpin parti itu tidak berguna sekiranya kepimpinannya sendiri terpalit dengan isu rasuah dan salah guna kuasa.

Pokok pangkalnya, PPBM ni bukan la sebuah parti yang maksum sangat pun. Sebaliknya, banyak juga isu dalaman yang sengaja disembunyikan oleh pucuk pimpinan parti tersebut. Cuma tinggal lagi, diorang ni lebih suka bersikap RETORIK bila buat tuntutan terhadap orang lain!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Belum ada kes songlap duit negara berbillion-billion sampai matawang negara jatuh merudum tak bangkit0bangkit dah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 11.41..Tak tau tak usah komen.

      Padam
  2. Mengata dulang paku serepih.. mengata orang awak yang lebih.
    Rentikanlah meludah ke langit.. kena balik ke muka sendiri nantinya..

    BalasPadam
  3. Bukan ringgit jer jatuh..bongok!
    Hampir seluruh dunia mengalami kejatuhan berbanding dolar.
    Sejak mahdey jadi penjilat bontot dapigs...segala rahsia gelap dia terbongkar bukan oleh najib tetapi oleh rakyat yg pernah jadi pemerhati selama 22 tahun dia jadi pm.
    Dan sepjg tempoh tersebut beratus2 billion wang rakyat hilang angkara pelaburan bodoh dan bailout syarikat waris dan kroni yg kerugian.Blm lagi salahguna kuasa dgn memberikan projek2 jutaan ringgit kpd anak2 dan juga kroni tanpa tender.Belum lagi perjanjian2 bodoh yg merugikan rakyat tetapi memewahkan anak2 dan kroni.
    Kena ingat zaman mahdey pon nilai ringgit pernah jatuh teruk tetapi dgn kuasa ISA semua perbuatan durjana mahdey terselamat tanpa teguran.
    Hanya krn ingin meneruskan legasi kekayaan waris..kroni dan proksi maka usaha mahdey utk ke putra jaya adalah misi utama dgn apa cara sekalipun wlpun sanggup menjilat ludah anwar dan limkitsial....ptuiih!!!!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping