Khamis, Jun 08, 2017

Lawak apa yang nak dihidangkan oleh puak - puak Pakatan Haprak ni gamaknya ya? Kalau sebelum ni, kecoh orang cerita pasal Si Mat Sabu tu nak dijadikan Menteri Pendidikan Malaysia.

Sekarang timbul pulak cerita kononnya Si Wan Azizah tu akan dilantik menjadi Menteri Kewangan sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang Pilihan Raya Umum dan merampas Putrajaya.

Keadaan itu membuatkan Pakatan Haprak yang diketuai DAPigs didesak agar menjelaskan kepada rakyat mengenai Kabinet bayangan yang dikatakan menyenaraikan Presiden PKR itu sebagai Menteri Kewangan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu dibangkitkan oleh bekas Ahli Seumur Hidup PKR, Badrul Hisham Shaharin dan semua pihak masih menunggu penjelasan daripada pimpinan Pakatan Harapan mengenai isu tersebut.
“Sehingga kini Pakatan Harapan masih berdolak-dalik dalam isu itu dan membiarkan rakyat terta­nya-tanya kesahihan Kabinet bayangan itu,” katanya semalam.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard baru-baru ini berkata, Kabinet bayangan Pakatan Harapan dikatakan menyenaraikan Mohamad sebagai Menteri Pendidikan manakala Wan Azizah pula adalah calon Menteri Kewa­ngan.

Menurut Puad, semua pihak tertanya-tanya me­ngapa Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP masih gagal mengemukakan barisan pe­mimpin Kabinet bayangan gabungan tersebut.
“Kenapa sehing­ga kini Pakatan Ha­rapan masih gagal mengumumkan senarai pe­mimpin yang akan menjadi anggota Kabinet me­reka.
“Pakatan Harapan perlu me­yakinkan rakyat, jadi mereka perlu umumkan senarai Kabinet itu. Kalau perkara seperti ini gagal dilakukan bagaimana mereka mahu mentadbir negara nanti,” katanya.
Jika sebelum ini, Pakatan yang diketuai oleh DAPigs telah mencalonkan Presiden PKR itu sebagai 'Pemanas Kerusi' bagi jawatan Perdana Menteri sementara menunggu suaminya dikeluarkan dari penjara.

Si Wan Azizah tu sekarang ni menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pun atas ehsan kerana dia menggantikan suaminya yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.

Maka, sekiranya betul Si Wan Azizah tu nak dijadikan sebagai Menteri Kewangan, dia perlu bertanding dalam Pilihan Raya. Soalnya, siapa pulak yang BONGOK sangat nak bagi Si Tunggul Kayu tu bertanding kelak? Adakah PKR akan melaksanakan agenda Langkah Kajang 2.0 selepas ini!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kak wan boleh menang pru nanti belum tentu lgi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping