Selasa, Jun 13, 2017

Perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Harapan tidak boleh disorokkan lagi, malah ianya semakin lama semakin meruncing.

Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengeluarkan kenyataan oleh pemimpinnya, William Leong Jee Keen membidas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana cuba mengambil alih pimpinan Pakatan Harapan.

Jee Keen yang merupakan Ahli Parlimen Selayang berkata, cadangan Mahathir supaya beliau mengetuai Pakatan Harapan dengan alasan supaya pembangkang dapat memenangi undi kaum Melayu merupakan satu bencana.
“Cadangan Mahathir untuk mengambil alih kepimpinan pembangkang dan untuk PPBM menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan bagi memenangi undi Melayu tidak akan berakhir dengan kemenangan, sebaliknya bencana.
“Benar adalah kritikal untuk pembangkang memenangi undi Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung. Cara untuk memenanginya perlu dicari tetapi perlu berdasarkan prinsip, menghormati kepentingan semua dan secara konsensus. Cadangan (Mahathir) tersebut gagal dalam menghormati,” tegasnya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, Jee Keen berkata, cadangan Mahathir itu pada dasarnya merupakan satu usaha kepada penyebatian politik perkauman ke dalam Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Harapan tidak boleh berpegang kepada konsep Ketuanan Melayu kerana ia melanggar prinsip pakatan pembangkang.

Menurut beliau, jika Pakatan Harapan bertukar daripada dasar Ketuanan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada Ketuanan Melayu merupakan satu pengkhianatan kepada prinsip-prinsip Pakatan Harapan.

Beliau turut mengingatkan Mahathir bahawa Pengerusi PPBM itu tidak akan menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau berjaya mengetuai Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan bukan pembangkang.

Jelas beliau, Pakatan Harapan cuma `kenderaan’ untuk pembangkang yang terdiri daripada ahli reformasi, aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH untuk memasuki kawasan kampung dan FELDA bagi mempengaruhi rakyat menentang kerajaan Malaysia.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pakatan makin hancing dan meruncing.

    BalasPadam
  2. Kelam kabut akibat berebut kuasa dan jawatan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping