Selasa, Julai 18, 2017

Orang PAS di Kelantan kena baca dan faham betul - betul kenyataan yang dibuat oleh Si Zaid Al-Araki a.k.a Zaid DAPigs ni. Nasihat dia supaya orang PAS di Kelantan tu bersih dari dosa.

Antara lain, Si Zaid Al-Araki tu dakwa ekonomi hambar, anak muda berpeleseran, pelacuran, buang bayi dan pelbagai masalah masih menghantui Rejim PAS Kelantan tanpa sebarang penyelesaian.

Malah kata Si Zaid, bercakap pasal dosa dan pahala ni tidak susah. Mengeluarkan hukum yang ditetapkan tidak susah. Tapi nak selesai masalah manusia dan meringankan beban mereka, itu yang susah.
“Dalam masa rakyat mengalami pelbagai masaalah ekonomi dan sosial, apa yang diperkatakan oleh pemimpin politik UMNO dan PAS ialah tentang dosa dan pahala serta hukuman sebat di khalayak ramai. Kononnya inilah sesuatu yang paling terdesak waktu ini,” kata Zaid kepada FMT.
Pada 12 Julai, sidang DUN Kelantan meluluskan RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.

Ia juga membenarkan pegawai penguatkuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain penggunaan video sebagai bahan bukti dalam perbicaraan dan mendapat sokongan daripada UMNO.

Zaid juga turut mendakwa, pemimpin PAS hanya gemar mencari jalan mudah dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak memberikan pendidikan Islam kepada anak - anak mereka.

Malah Zaid turut kesal dengan sokongan segelintir golongan profesional dan akademik terhadap hukuman sebat di tempat awam.
“Pihak profesional dan akademik ala-Islam ini langsung tidak peduli dan mencadangkan sesuatu yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah manusia.
"Mereka lebih gemar menggunakan nama Islam dalam mempertahankan tindakan mereka, tetapi hal ehwal manusia tidak dipentingkan. Ini adalah kerana mereka ini pemimpin yang berpura pura,” kata Zaid.
Dari satu sudut, kenyataan Si Zaid Al-Araki ni menunjukkan yang dia seolah - olah bersih dari melakukan sebarang dosa. Mungkin Si Zaid Al-Araki ni ingat dia maksum sangat gamaknya. Padahal, dia sendiri pun takde pendirian. Jadi tak payah la dia nak berlakon 'Suci' sangat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Zaid ni tak laku dlm politik. Cakap ikut logik akal je..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping