Rabu, Julai 05, 2017

Sewaktu mengalu-alukan penyertaannya bersama PKR pada 15 Oktober 2015, Presiden PKR, yakin bahawa Saifuddin akan dapat memainkan peranan strategik dalam Pakatan untuk memastikan ia menumpukan kepada gagasan idea baharu bagi ditawarkan kepada rakyat.

Empat hari selepas itu, Saifuddin, yang merupakan bekas Timbalan Menteri terus sahaja dilantik sebagai Ketua Setiausaha Pakatan oleh mesyuarat kali pertama Majlis Presiden pada 19 Oktober.

Ketua Setiausaha PH adalah arkitek penting yang diberikan tanggungjawab mengetuai urusan pentadbiran dan organisasi harian yang dikendalikan oleh Sekretariat yang bertanggungjawab melicinkan perjalanan Majlis Presiden dan Majlis Setiausaha serta menguruskan pelaksanaan keputusan-keputusan Majlis Presiden dan Majlis Setiausaha.

Mengikut laporan portal berita The Malaysian Insight pada 4 Mei 2017 pula, permohonan Pakatan untuk didaftarkan sebagai gabungan pembangkang rasmi dengan RoS dijangka akan melantik Saifuddin sebagai Setiausaha Agung PH.

Ianya sekali gus menunjukkan betapa besarnya peranan yang bakal dimainkan oleh bekas Ahli Parlimen Temerloh itu bagi menjamin kelangsungan Pakatan dalam arus Politik semasa.

Bagaimanapun, 1 Julai lalu, di saat umat Islam masih di dalam kemeriahan menyambut hari raya aidil fitri, secara tiba-tiba sahaja Saifuddin memuat-naik satu status berbaur kekecewaan di laman Facebooknya.

Status yang berbunyi “Letih melalui proses bertindih penuh dalih sehingga menyebabkan organisasi bertatih dan khalayak jerih lalu kemenangan seakan tak mampu diraih” memberikan gambaran dia sudah kecewa dengan Pakatan.

Bila Saifuddin sebagai Ketua Setiausaha Pakatan menulis mengenai “organisasi bertatih”, sudah tentu ianya merujuk kepada kelembapan tumbesaran Pakatan Haprak itu sendiri.

Begitu juga bila dia menulis mengenai “kemenangan seakan tak mampu diraih”, sudah tentulah ia merujuk kepada ketidakmampuan Pakatan mencapai kemenangan di dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Persoalannya ialah kenapa tokoh sepenting Saifuddin boleh secara terbuka meluahkan kekecewaan beliau terhadap PH tatkala ramai pemimpin Pakatan yang lain melaungkan keyakinan mereka terhadap PH?

Sebenarnya, meneliti perkembangan PH sejak ia ditubuhkan pada 22 September 2015, cukup mudah untuk memahami kenapa Saifuddin sebagai Ketua Setiausaha PH sudah patah hati dengan PH.

Ini kerana tumbesaran Pakatan yang cukup lembap pada ketika ini menyebabkan beberapa kali Saifuddin termalu sendiri bila diperlihatkan seolah-olah telah cuba membohongi rakyat.

Pokok pangkalnya, kenyataan yang dibuat oleh Si Saifuddin itu membuktikan bahawa idea dia nak membawa pendekatan "Politik Baru" yang dilaungkan selama hari ini tidak laku dalam Pakatan. Maka sebab itu dia mengalami kekecewaan secara bersendirian!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping