Selasa, Ogos 22, 2017

Nampak gayanya, keghairahan Si Azmin Ali nak mewujudkan kembali kerjasama Politik diantara PAS dan PKR semakin rancak menjadi bualan hangat dikalangan rakyat pada ketika ini.

Ramai yang berpendapat, tindakan terdesak Si Azmin Ali itu adalah bagi menjamin kedudukan dia kekal sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Umum mengetahui bahawa Si Azmin tu berjaya merampas kerusi Menteri Besar Selangor dari Wan Azizah sebelum ini pun adalah hasil dari bantuan dan sokongan daripada kepimpinan PAS.

Maka atas dasar itu, spekulasi mengatakan bahawa Timbalan Presiden PKR itu hanya mahu mengekalkan kedudukan dan menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri. Bukannya untuk Pakatan.

Malah ada juga yang turut melabelkan tindakan Si Azmin itu sama seperti satu cubaan untuk 'Main Kayu Tiga' dengan parti - parti lain yang bergabung dibawah Pakatan Haprak tu.

Azmin sebelum ini dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan Presiden PAN, Si Mat Sabu tu bagi merangka strategi untuk memperkukuhkan sokongan rakyat kepada Pakatan.

Namun, dalam masa yang sama, Si Azmin tu juga turut menyusun gerak kerja secara tersembunyi dengan PAS bagi mengekalkan kedudukan dan kepentingan Politik Peribadinya sendiri.

Tapi, tak mustahil juga sekiranya Si Azmin tu memerlukan sokongan PAS sebagai persiapan dia nak bertanding di Parlimen Pekan seperti mana yang pernah dinyatakan olehnya sebelum ini.

Bukan sekali Si Azmin tu menyatakan hasrat dia nak bertanding di Pekan. Tetapi perkara itu sudah diulangi sebanyak dua kali dengan mendakwa ianya sebagai langkah 'Paling Strategik' bagi PKR.


Dari satu sudut, tak salah sekiranya Si Azmin tu mendambakan sokongan dan bantuan dari jentera PAS agar dia dapat memenuhi hasratnya untuk bertanding di Parlimen Pekan dalam PRU akan datang. Mungkin sebab itu dia sanggup 'Main Kayu Tiga' dengan Pakatan!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping