Isnin, Ogos 21, 2017

Semakin hari semakin hangat kerusi Parlimen Lembah Pantai ni. Walaupun Si Nurul Izzah tu bangga dia menang bergaya, namun kebanggaan dia tu tidak akan kekal selama - lamanya.

Nak pulak selepas PAS membuat pengumuman mahu bertanding di kerusi Parlimen Lembah Pantai menjelang Pilihan Raya Umum yang akan datang. Bertambah gabra Si Nurul Izzah tu.

Secara umumnya, Si Nurul Izzah ni merupakan diantara pemimpin PKR yang sangat - sangat memerlukan bantuan serta sokongan dari jentera PAS untuk menang dalam Pilihan Raya.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas memandangkan Si Nurul Izzah ni tidak mempunyai sebarang kredibiliti yang tersendiri. Sebaliknya, dia hanya bersandarkan kepada nama bapanya sahaja.

Dan perkara yang paling menyerlah bagi persona Si Nurul Izzah ni ialah keupayaan dia untuk memutar belitkan kenyataan serta menabur fitnah untuk menjamin kemenangan dirinya.

Bahkan, Si Nurul Izzah ni sanggup menyalahkan rakan seperjuangan partinya untuk melepaskan diri sendiri walaupun dia turut terlibat menabur fitnah terhadap individu tertentu.

Maka, tak hairan la jika mangsa fitnah Si Nurul Izzah ni kembali menawar diri untuk menjadi calon dan bertanding menentang anak kepada Si Ketua Penipu tu dalam PRU yang akan datang.

Hasrat itu dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Raja Nong Chik atas rasa tanggungjawab terhadap kekalahan Barisan Nasional di Lembah Pantai sewaktu Pilihan Raya Umum yang lalu.

Sebagai rekod, Si Nurul Izzah tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang lalu dengan menggunakan taktik keji menyebarkan dakwaan fitnah terhadap Datuk Seri Raja Nong Chik.

Namun, selepas PRU, Si Nurul Izzah tu terpaksa membuat kenyataan melalui satu pengakuan terbuka bahawa dia telah menabur fitnah terhadap bekas calon Barisan Nasional itu.

Pengakuan itu dibuat selepas kes saman fitnah yang difailkan oleh Datuk Seri Raja Nong Chik terhadap Si Nurul Izzah itu diselesaikan diluar mahkamah. Mujur je Raja Nong Chik ni baik hati. Kalau tidak, jangan harap la Si Nurul Izzah tu dapat bertanding!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Tak patut betul menang dgn cara fitnah. Pru akn datang rakyat wajib tolak calon yg suka sebar fitnah.

    BalasPadam
  2. Orang cam tu xtau dosa pahala.Siap diakhirat nnti dan mungkin didunia pun akn ditunaikan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping