Khamis, September 14, 2017

Laporan sebuah portal bahawa PAS membenarkan rundingan politik diteruskan dengan PKR dan PPBM dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi PRU ke-14 disanggah Dr Daeng Sanusi Mariok.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS itu memberitahu beliau juga hadir ke mesyuarat permukiman pimpinan tertinggi parti di Pulau Pangkor, Perak minggu lalu dan menegaskan tiada kata putus sebegitu dipersetujui.
"Maklumat itu tidak betul, sedangkan saya sendiri hadir ke mesyuarat itu, dan tidak ada perbincangan berupa itu. Itu sekadar persepsi atau spekulasi. Hal itu tidak berbangkit," katanya ringkas kepada Antarapos.
Permukiman bermula 5 hingga 8 September itu dihadiri oleh semua pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am dan Presiden parti. Ia turut disertai oleh ahli Majlis Syura, AJK PAS Pusat dan Lembaga Penasihat.

PAS sebelum ini telah menyatakan keputusan nekad bergerak dengan Gagasan Sejahteranya, selepas enggan menyertai Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAN serta PPBM.

Ura-ura berkaitan dengan rundingan diantara PAS dan PKR juga bertebaran sejak kebelakangan ini meskipun tahaluf siyasi di antara dua parti berkenaan terbatal sejak Mei lalu.

Malah Ketua Umum Pakatan, Si Ketua Penipu tu sebelum ini mengutuskan sepucuk surat mengesahkan hasratnya mahu PKR meneruskan rundingan dengan PAS dalam kerangka Pakatan.

Namun pegangan Si Ketua Penipu itu tidak disambut beberapa pemimpin PH termasuk pengerusinya, Tun Mahathir yang tetap memutuskan untuk menutup pintu rundingan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Padang bolok gitu jee dohhh...hok ning kata begini hok tu kata begitu. Pergilah terjun dengan labu-labunya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping