Laporan sebuah portal bahawa PAS membenarkan rundingan politik diteruskan dengan PKR dan PPBM dalam soal pembahagian kerusi dalam menghadapi PRU ke-14 disanggah Dr Daeng Sanusi Mariok.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS itu memberitahu beliau juga hadir ke mesyuarat permukiman pimpinan tertinggi parti di Pulau Pangkor, Perak minggu lalu dan menegaskan tiada kata putus sebegitu dipersetujui.
"Maklumat itu tidak betul, sedangkan saya sendiri hadir ke mesyuarat itu, dan tidak ada perbincangan berupa itu. Itu sekadar persepsi atau spekulasi. Hal itu tidak berbangkit," katanya ringkas kepada Antarapos.
Permukiman bermula 5 hingga 8 September itu dihadiri oleh semua pucuk pimpinan PAS termasuk Mursyidul Am dan Presiden parti. Ia turut disertai oleh ahli Majlis Syura, AJK PAS Pusat dan Lembaga Penasihat.
PAS sebelum ini telah menyatakan keputusan nekad bergerak dengan Gagasan Sejahteranya, selepas enggan menyertai Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAN serta PPBM.
Ura-ura berkaitan dengan rundingan diantara PAS dan PKR juga bertebaran sejak kebelakangan ini meskipun tahaluf siyasi di antara dua parti berkenaan terbatal sejak Mei lalu.
Malah Ketua Umum Pakatan, Si Ketua Penipu tu sebelum ini mengutuskan sepucuk surat mengesahkan hasratnya mahu PKR meneruskan rundingan dengan PAS dalam kerangka Pakatan.
Namun pegangan Si Ketua Penipu itu tidak disambut beberapa pemimpin PH termasuk pengerusinya, Tun Mahathir yang tetap memutuskan untuk menutup pintu rundingan dengan PAS dan bersedia untuk pertandingan lebih daripada dua penjuru.
Padang bolok gitu jee dohhh...hok ning kata begini hok tu kata begitu. Pergilah terjun dengan labu-labunya.
BalasPadam