Rabu, November 22, 2017

Peluang untuk menghadiri sidang DUN kali ini, dapat juga dengar khabar angin dan desas desus terbaru mengenai Politik di Negeri Pahang dari beberapa pihak yang boleh dipercayai sumbernya.

Ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Si Azmin Ali tu baru - baru ini, dengar katanya akan ada rombakan besar dikalangan puak Pakatan Haprak tu menjelang PRU yang akan datang.

Biarpun sebelum ini, ramai yang menganggap pengumuman Si Azmin Ali itu hanya sekadar syok sendiri dan tidak mengikut konsensus Pakatan, tapi khabar angin mengatakan bahawa ianya akan berlaku.


Dengar katanya, gerakan untuk mengambil alih kerusi Parlimen Kuantan daripada PKR kini sedang giat dijalankan dan PPBM semakin rancak menambah jumlah keahlian mereka di Kuantan.

Dari apa yang disampaikan, kebarangkalian pertukaran itu akan berlaku disebabkan faktor kesihatan Ahli Parlimen Kuantan pada ketika ini sering menjadi persoalan dikalangan rakyat.

Katanya, Ahli Parlimen Kuantan tu sekarang ni tak berapa sihat dan sedang mengalami penyakit yang agak kronik. Keadaan itu kata mereka memungkin pertukaran yang menjadi sebutan.

Antara lain, kerusi yang sedang diintai oleh PPBM adalah kerusi Parlimen Kuantan, Paya Besar, Bera, Maran dan Jerantut dengan alasan kononnya wujud kepincangan dikalangan ahli UMNO.

Manakala di Selangor pula, desas desus mengatakan bahawa Si Azmin Ali tu mahu calon PPBM bertanding di kerusi Parlimen Pandan bagi menggantikan Rafizi yang bakal berhijrah ke penjara.

Begitu juga dengan kerusi bagi Parlimen Ampang yang dikatakan bakal dikosongkan oleh Si Mak Lampir Zuraidah tu kerana dia kini sudah tidak lagi disenangi oleh ahli - ahli PKR sendiri.

Bagi sesetengah pihak, pertukaran kerusi ini seolah - olah menunjukkan bahawa PKR sedang sibuk 'Berjual Beli' dengan PPBM. Macam kerusi Parlimen tu milik Mak Bapak diorang pulak.

Pokok pangkalnya, siapa pun yang akan bertanding bagi pihak puak Pakatan Haprak tu nanti, tak kira la PPBM ke, PKR ke, PAN ke, waima PAS sekali pun, belum tentu diorang boleh menang. Sedangkan nak selesaikan kemelut kepimpinan parti pun tak mampu, inikan pulak diorang nak menjadi wakil rakyat!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping