Rabu, November 22, 2017

Mungkin kebanyakkan Ahli Politik ni memang semulajadi dilahirkan sebagai Penipu gamaknya. Dan penipuan itu dilakukan demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka.

Jadi tak hairan la apabila artikel yang bertajuk "Takut Kalah" yang ditulis didalam blognya beberapa hari yang lalu kini mula dianggap seolah - olah terkena pada batang hidung dia sendiri.

Kalau dalam pembukaan blognya itu, Tun Mahathir mendakwa 'Najib Takut Kalah' dan seterusnya membayangkan bahawa Perdana Menteri Malaysia itu sanggup melakukan apa sahaja.

Tapi hakikatnya, itu juga tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu berhadapan dengan pengikut - pengikut setia Anwar Ibrahim bila ditanya tentang tuduhan Liwat sebelum ini.

Antara lain, bekas Perdana Menteri Malaysia itu tidak menjawab soalan yang dikaitkan dengan tuduhan terhadap Si Ketua Penipu itu yang dulunya didakwa mengamalkan Seks Songsang.

Sebaliknya, Tun Mahathir cuba menunding jari dan mendakwa pihak Polis yang cuba memburukkan beka Timbalan Perdana Menterinya itu melalui laporan yang diserahkan kepadanya.
"Saya fikir polis cuba untuk menjejaskan beliau. Beliau timbalan saya, saya tidak arahkan polis untuk ambil tindakan," kata mantan perdana menteri itu.
IRONIKnya, jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir itu bercanggah dengan tulisannya sendiri apabila dia menceritakan secara panjang lebar tentang apa yang berlaku terhadap Si Ketua Penipu itu.

Didalam buku tulisannya, "Doctor In The House", Tun Mahathir mengakui bahawa dia sendiri pernah menemubual 4 orang wanita yang pernah dilanggan oleh Si Ketua Penipu itu sebelum ini.

Malah Tun Mahathir juga turut mengakui pernah bertemu dengan Azizan Abu Bakar, mangsa liwat Si Ketua Penipu itu secara peribadi dikediaman rasminya sewaktu menjadi Perdana Menteri.

Bayangkan! Tun Mahathir menghabiskan masa untuk menulis sebanyak 14 helaian muka surta hanya semata - mata untuk menjustifikasikan tindakannya memecat Si Ketua Penipu itu sebelum ini.

Tapi sekarang, bila dia terpaksa berhadapan dengan pengikut - pengikut setia Si Ketua Penipu tu dan diajukan soalan sedemikian, Tun Mahathir nak salahkan pihak Polis pulak yang buat laporan?

Mungkin la pihak Polis yang hantar laporan tu ada niat nak menjejaskan Si Ketua Penipu tu secara terbuka. Tapi Tun Mahathir kena ingat, kuasa untuk memecat Si Ketua Penipu tu tetap berada ditangannya sendiri. Jadi, dia perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya. Bukannya menuduh orang lain!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping