Isnin, November 26, 2012



Sikap manjanya pelakon kelahiran Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Januari 1988 itu sering disalah erti hingga ada yang melemparkan tuduhan bahawa ia dibuat-buat dan menimbulkan perasaan kurang senang pada mata yang memandang.

Apatah lagi membawa watak Dee dalam rantaian drama Adam dan Hawa, Anzalna berjaya menghidupkan karakter itu dengan menyuntik sifat ‘gedik’ menurut diinginkan pengarah menyebabkan penonton semakin meluat dengannya.

Ramai beranggapan Anzalna berjaya membawa karakter itu kerana sifat gedik sememangnya diri sebenar anak jati kelahiran Pulau Pinang itu. 

Bagaimanapun, finalis Dewi Remaja 2010/2011 itu menegaskan, dia hanya menjadi diri sendiri apabila berada di luar lokasi penggambaran. Baginya, dia tidak perlu pura-pura bersikap begitu semata-mata mahu menarik perhatian orang.

“Itu memang diri saya. Terpulang pada individu untuk menilai tetapi saya tidak pernah melakukan sesuatu yang bakal mencalar kredibiliti saya sebagai pelakon. 

“Karakter Dee dalam Adam dan Hawa tidak ada kaitan dengan diri sebenar. Saya hanya melakonkan watak itu seperti diarahkan. 

"Kalau orang tak suka, maknanya saya berjaya membawa watak itu dengan baik. Rasanya tidak ada apa-apa yang perlu saya ubah. 

“Buat apa mahu mengubah diri kerana orang lain? Bukannya tidak kisah dengan cakap-cakap orang tetapi kalau dilayan nanti, saya sendiri yang sakit hati.

Kalau saya menutup sikap manja itu nanti, rasa kekok depan orang. Lepas itu timbul pula isu baru saya minah propa. Sekarang ini, paling penting saya tahu batas ketika berada di khalayak ramai,” tegasnya.

Walaupun tidak mengendahkan tanggapan orang, Anzalna mengakui hatinya tetap terguris. Katanya, satu-satunya cara untuk melindungi perasaannya dari terus disakiti adalah mendiamkan diri. 

Selesa menunjukkan diri sebenar, Anzalna enggan menjadi hipokrit hanya kerana mahu orang yang mengatakan dirinya gedik menarik balik andaian itu. Dia membiarkan masyarakat sendiri mengenali dirinya yang sebenar. 

Baginya, tidak perlu mencanang satu dunia bahawa dia bukanlah seperti yang diandaikan kerana ia bukan cara terbaik. Tekadnya ialah hadirnya Anzalna dalam bidang seni bukan atas dasar bertanding siapa lebih popular atau lebih banyak mencipta isu sensasi namun sekadar memahatkan bakatnya dalam bidang itu.

Jelas kelihatan namanya semakin pantas melonjak naik. Bunga yang sedang mekar dalam bidang seni itu bijak mengatur langkah agar bakatnya meniti di bibir peminat sekali gus menutup gosip panas yang pernah terjadi sebelum ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping