Rabu, Februari 29, 2012


Selepas keGAGALan Himpunan Hijau baru - baru ni, puak - puak Fuziah Thoron tu tentu pecah kepala dan sakit hati membaca kenyataan dari Menteri Besar Pahang.

Dalam sesi sidang media selepas menyampaikan ucaptama sempena Konvensyen Ekonomi Negeri hari ini, MB Pahang sekali lagi mengulangi kenyataan tersebut.

Kata beliau, jika isu Lynas ini memberi impak kepada perkembangan ekonomi, kenapa masih ramai pelabur yang datang ke Negeri ini?

Jelas, tindakan puak - puak Anti Lynas tu dah GAGAL untuk melumpuhkan ekonomi Negeri seterusnya memburuk - burukkan imej Kerajaan Negeri Pahang.

Memang itulah usaha diorang pun sebenarnya. Bila Negeri kurang dapat pelaburan, maka ada la modal diorang nak buat cerita nanti.

Dah tentu diorang akan kata yang Kerajaan sedia ada tak pandai nak uruskan Negeri sehingga jumlah pelaburan berkurangan. Dan isu Lynas tu akan jadi alasan.

Tapi, korang fikir mampu ke puak - puak Anti Lynas tu nak kumpul sampai 35ribu orang? Sedangkan nak kumpul 5 ribu pun sakit kepala otak, inikan pulak nak kumpul 35ribu!!! Mau pecah kepala Si Fuziah Thoron tu dibuatnya!!! Hehehe...




Habis la Khalid Gereja tu kali ini. Sekarang ni Si Fuziah Thoron tu katanya akan buat demo didalam kawasan dia. Semuanya sebab dia nak selamatkan rakyat kawasan tu.

Sebelum ini, Si Fuziah tu kata bahan nadir bumi ni merbahaya untuk kesihatan rakyat Malaysia dan ia mampu membawa keburukan.

Jadi, sebab itulah dia bantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan dengan mengadakan siri demonstrasi.

Walaupun Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang juga merupakan pakar nuklear menjelaskan yang ianya selamat, Si Fuziah ni tetap jugak tak nak terima.

Tapi, kenapa pulak dia tak nak buat demo di tempat ni? Dah terang - terang yang kilang tersebut juga turut memproses bahan nadir bumi.

Sumber Klik Kat Sini
Maka, Si Fuziah ni perlu mendesak agar Si Khalid Gagap selaku Menteri Besar Selangor menghentikan operasi kilang tersebut jugak. Jangan la tau suruh orang je kerjanya!!!

Inilah sebenarnya sikap hipokrit yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang ni. Mereka hanya suka nampak nyamuk diseberang laut.Tapi bangkai gajah depan mata diorang buat - buat tak nampak pulak!!!

Selama hari ini, orang mungkin dah salah sangka dengan Si Badrol Amin tu. Dia bukan baru dalam bidang kaunseling ni sebenarnya.

Kerja tambahan dia ni dah lama dilakukan terutama sejak Pakatan Pembangkang berjaya memerintah Negeri Selangor.

Mungkin, atas sebab itulah dia dilantik menjadi Pegawai Penerangan Kerajaan Negeri bagi membolehkan dia bagi kaunseling kepada orang ramai.


Jadi, dengan tertangkapnya Si Badrol tu, maka terungkailah beberapa persoalan mengenai pusat pelacuran dan rumah urut yang tumbuh macam cendawan di Negeri Selangor.

Yang sebenarnya, pusat pelacuran dan juga rumah maksiat tu bukan seperti apa yang kita sangkakan. Ianya hanyalah sebuah pusat kaunseling bagi mereka yang sudah berkahwin.

Sebab itulah bila pihak berkuasa buat serbuan ke pusat - pusat seumpama ini, semuanya masih beroperasi diwaktu pagi. Jam 12 ke atas. Sama dengan khidmat Si Badrol tu.

Contoh - contoh pusat khidmat kauseling waktu pagi - pagi buta ni boleh dilihat kat sini, sini, dan sini. Pilih la yang mana satu korang suka.

Cuma tinggal lagi, pusat seumpama itu tak pulak dikunjungi oleh golongan wanita yang dah berkahwin. Yang tu kena pergi jumpa Si Badrol tu sendiri la kot.

Maklum la. Dia kan suka buat kaunseling ni dalam bilik hotel. Nak pulak kalau golongan wanita tu terdiri dari golongan para isteri yang ada masalah keluarga.

Maka adalah tidak wajar kalau kita nak salahkan sapa - sapa dalam hal ni. Sebab yang bodoh tu diri sendiri. Dah la tu, bergelar Ustaz pulak. Takkan la dia tak tau pasal hukum - hukum dalam agama!!!

Haduhai!!! Makin banyak pulak isu yang berkaitan dengan Si badrol ni ye. Lepas satu, satu kes dia dibongkarkan akibat keBODOHan diri dia sendiri.

Awal tadi, Semut dah dedahkan satu persoalan, ke mana hilangnya isteri Si Badrol ni sewaktu ketibaan pihak JAIP ke bilik hotel dia. 

Sekarang, meh kita baca kenyataan suami wanita tu pulak tentang apa yang sebenarnya berlaku pada waktu itu.
Dakwaan Badrolamin kononnya dia dipukul oleh samseng seramai 20 orang hanyalah satu pembohongan untuk mengelakkan dia daripada didakwa berkhalwat.

Buktinya apabila JAIP mengambil dan memeraiksa CCTV yang dipasang oleh pihak pengurusan hotel Swiss Garden mendapati tidak ada kelibat 20 orang samseng seperti yang didakwa oleh Badrolamin.

Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.

Lalu beliau menghubungi pihak penguatkuasan JAIP untuk membuat tindakan lanjut.

Menurut suami Wati yang berumur 28 tahun isteri sengaja membawa anaknya yang berumur 3 tahun bersama ke dalam bilik Badrolamin supaya mengelakkan daripada disyaki berkhalwat.

Beliau hadir pada kira-kira pukul 3 petang memberi keterangan kepada pihak JAIP kesal dengan dakwaan Badrolamin kononnya dia menyiksa isterinya, oleh itu isterinya datang berjumpa dengan Badrolamin untuk meminta bantuan.

Dakwaan suami Wati lagi, kenapa harus membuat perjalanan yang sejauh 120km untuk meminta bantuan sedangkan di Rompin mempuanyai tempat untuk dia meminta bantuan.

Saya syak isteri saya mempunyai hubungan sulit dengan Badrolamin sejak 6 bulan yang lepas, sebab itu saya mengekorinya ke Kuantan dan seterusnya ke hotel Swiss Garden. - Sumber & Sini
Dah kantoi dah. Memang sah la Si Badrol tu memang kaki penipu dan kaki putar belit. Nama je orang panggil Ustaz, tapi menipu jugak kerja dia!!!

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah Ketua dia sendiri pun memang Ketua Penipu. Anak buah pun ikut sama la. Ibarat kata pepatah, Bapak Kencing Berdiri, Anak Kencing Belari La Pulak!!! Tapi dua - dua tak malu sebab berbogel!!! Hahaha...

Hehehe...Tak sangka pulak Semut. Ada juga dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang ni yang marah dengan Si Badrol ni rupanya ye.

Dalam satu artikel yang disiarkan oleh pemimpin terbabit dalam blog dia, dia kata adalah lebih baik kalau berpolitik bersama dengan isteri. Meh baca sikit:

Pada 24, 25 dan 26 Februari lau didalam Temurapat Pimpinan PKR, saya tetap bawa isteri saya. Kalau saya bersendirian, tempat penginapan saya adalah percuma; tetapi dengan membawa isteri, saya dikenakan tambahan RM360.00. Saya pilih membayar RM360.00 supaya isteri saya dapat bersama saya.
Apa orang nak kata, katalah asalkan saya dan isteri saya bahagia, dan saya terus dapat memberikan khidmat yang berkesan kepada parti.
Dengan adanya isteri saya bersama saya, dia telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga dairy saya, dia juga mampu membawa kereta berglir-gilir dengan saya; yang lebih penting dia boleh mengingatkan kepada saya akan makanan yang sesuai untuk saya memandangkan umur saya yang sudah lanjut, tidak ketinggalan juga dia mengingatkan saya akan obat yang mesti saya ambil.
Isu-isu yang boleh memalukan diri saya, keluarga saya dan parti saya tidak mungkin akan berlaku apabila isteri saya akan sentiasa bersama saya. Jika ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini, buatlah pilihan sendiri asalkan boleh menjaga nama baik diri, keluarga dan parti, ok? - Sumber
Dalam ertikata lainnya, dia nak perli Si Badrol ni kerana benda yang semudah itu pun dia tak mampu nak fikir sedangkan dia seorang Ustaz.

Dengan cara membawa isteri tu ke mana sahaja pun dah cukup untuk menepis segala dakwaan fitnah (kononnya) dari kalangan masyarakat.

Tinggal lagi, bila benda - benda macam ni berlaku, baru la dia sibuk nak usung isteri dia ke hulu dan ke hilir bagi mendapatkan simpati rakyat.

Dah tak pasal - pasal je Si Badrol tu dilempang oleh rakan dia sendiri. Tapi, siapa suruh dia cari penyakit. Kan dah malu diri sendiri!!! Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!

Dalam perkembangan terkini mengenai isu berkaitan dengan kes khalwat Si Badrol tu, timbul satu lagi persoalan. Ke mana hilangnya isteri Si Badrol?

Dari kenyataan Si Badrol sebelum ini, dia kata dia datang ke Kuantan sambil ditemani oleh isteri pertamanya. Tapi, ke mana perginya isteri dia pada hari kejadian?

Sewaktu Si Badrol kata bilik dia diserbu oleh sekumpulan geng samseng (yang dah dibuktikan tak betul), dia hanya didapati berduaan dengan wanita terbabit dengan anaknya.

Jadi ke mana perginya isteri Si Badrol ni? Bilik siapakah yang suami wanita tu serbu? Adakah Si Badrol tu ada dua bilik di hotel berkenaan?

Maklumat yang Semut terima, katanya, wanita terbabit bukan datang jumpa dengan Badrol pada jam 2 pagi seperti mana yang didakwanya sebelum ini.

Wanita tersebut dah mula memasuki bilik di hotel berkenaan sejak jam 12 malam memandangkan dia dah 3 hari jumpa Si Badrol ni.

Bilik di hotel berkenaan telah didaftarkan atas nama Si Badrol sendiri. Jika hotel tu jadi tempat penginapan dia, ke mana hilangnya isteri Si Badrol ni pada pukul 2pagi???

Dari maklumat yang disampaikan itu mengatakan bahawa isteri Si Badrol ni tak tinggal di hotel yang sama. Sebaliknya dia duduk di hotel lain dikawasan yang berhampiran.

Maka, terlerai la misteri dimana isteri Si Badrol sewaktu serbuan dibuat oleh suami wanita tersebut. Dan sebab itulah masa JAIP datang, isteri dia tak ada!!!

Dengan adanya maklumat seperti inilah yang mengukuhkan lagi persoalan mengapa Si Badrol ni tak buat laporan Polis mengatakan yang dia diserang oleh lelaki yang tidak dikenalinya.

Mungkin dia takut nanti pihak Polis akan pergi mengambil bukti CCTV di hotel berkenaan dan mendapatkan masa wanita tu sampai melaluinya. Dah kantoi pulak!!!

Apa - apa pun, kita tunggu la siasatan yang akan dilakukan nanti. Katanya, banyak lagi benda yang akan didedahkan nanti.

Tapi, Si Badrol tu tak boleh nak salahkan orang lain. Siapa suruh dia gatal sangat buat kerja yang bukan - bukan. Sekarang, siapa yang malu? Itu pun masih ada hati orang nak panggil dia Ustaz lagi ke? Korang fikir la sendiri!!!

Halamak!!! Apa cerita ni? Ye ke Si Nurul Izzah tu ada 'berbau - bauan'? Kalau ada, tak heran la kenapa lelaki yang serang dia tu tak jadi nak terkam. Berbau la agaknya ye. Hehehe...
Gila ke beb. Sebenarnya wartawan di Berita Lembah Pantai terbaca cerita ini dalam akhbar The Star hari ini dan jugak dalam NST. Rupa-rupanya loji kumbahan depan PPR Cempaka yang selama berpuluh tahun membuat rakyat kat sana termasuk Pantai Ria hidup dengan bau-bauan yang meloyakan bakal menjalani penambahbaikan yang maksimum!
Memang susah nak cari penyelesaian untuk isu besar macam ni. Tapi BN tak pernah putus asa untuk memberi yang terbaik untuk rakyat. Lebih dari itu, di Lembah Pantai ini tempat dimana Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Bawah Tanah Pantai 2 yang pertama di negara ini dengan menerapkan aplikasi teknologi hijau sepenuhnya akan dilaksanakan. Pertama beb, gila ke apa? memang bangga!
Wartawan Berita Lembah Pantai calling-calling member kat PPR Cempaka untuk mendapat maklumbalas orang di sana, dan rata rata memang menyambut baik Projek ini. Mana tak, hilang bau-bauan beb. Tapi bukan itu sahaja, Loji ada kat bawah tanah, atas mesti ada kondominium ke, rumah mewah ke kan kat atas tanah? Kerajaan BN la katakan.
Tak jugak sebenarnya. Rupa-rupanya akan ada taman rekreasi atas Loji tu. Ada pulak dewan serbaguna untuk kegunaan rakyat setempat, ada poulak gelanggang tenis, ada gelanggang futsal, ada trek jogging. Takde lansung pembangunan lain. Hanya kawasan hijau dan rekreasi. Lihat perbandingan gambar sekarang dan akan datang ni.
Sekarang..



Akan datang 





Bertuah beb. Kami dengar, dulu orang Lembah Pantai sikit punya susah nak pindah kat PPR Cempaka. Sekarang semua orang berebut-rebut. Tahun 2017 nanti kami jangka harga PPR kat sana naik sekurang-kurangnya 4 kali ganda. Durian runtuh beb! - Sumber

Wah!!! Tak serik lagi rupanya Si Ostad Badrol ni. Masih jugak dia nak memutar belitkan keadaan demi kepentingan diri dia sendiri.

Dalam kes khalwat yang dikaitkan dengan diri dia tu sahaja, dah banyak kali dia kantoi menipu. Mula bila dia timbulkan isu yang dia kena pukul.

Kalau dia kena pukul, kenapa tak report Polis? Dia ubah pulak, kata saksi dia yang kena pukul. Pun dia tak buat report Polis.


Menurut laporan terkini mengenai kes tersebut, pekerja dihotel berkenaan menafikan yang mereka nampak kelibat geng samseng pada malam kejadian.
Sumber hotel itu berkata, pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana pekerja yang mengatakan ada sekumpulan lelaki samseng berada di sekitar hotel itu.


"Saya tidak menerima apa-apa berita daripada pekerja hotel berhubung kejadian seperti didakwa pada sekitar waktu itu.


"Daripada segi logik, kalau ada sekumpulan orang berjalan beramai-ramai dalam kawasan hotel, mesti ada staf nampak, tapi saya tak terima laporan daripada staf mengenai itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mungkin sebab itulah Si Badrol ni tak nak buat laporan Polis dengan mengatakan yang dia atau mana - mana pihak kena pukul.


Dia jelas takut pihak Polis akan ambik salinan video CCTV dan juga memanggil staf hotel yang bekerja pada malam tersebut untuk beri keterangan dan jadi saksi pendakwaan.


Sekarang dah semakin jelas bahawa seorang yang digelar sebagai Ustaz sanggup menipu untuk menyelamatkan diri sendiri. Perangai dia tak ubah macam Si Ketua Penipu tu.


Tapi nak buat macam mana ye tak. Kalau dah kepalanya pun memang kuat menipu, anak buah apatah lagi. Orang macam ni yang nak diangkat jadi pemimpin? Nak jadi Ustaz pun dia tak layak!!!
 
PELAKON Angelina Jolie dan Brad Pitt dilaporkan akan membina sebuah taman tema bawah tanah yang mesra alam untuk enam anak mereka di kawasan rumah agam keluarga itu di selatan Perancis.
Pasangan tersebut dikatakan sudah menyiapkan pelan taman tema yang menyediakan enam permainan kegemaran anak-anak mereka setiap satu.
Keputusan itu dilakukan selepas percutian keluarga mereka di Legoland di Windsor pada September tahun terpaksa dipendekkan atas kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak itu.
Sumber berkata: "Brad dan Ange berasa bersalah dan terkilan kerana terpaksa membawa anak-anak mereka pulang awal daripada percutian di Legoland pada tahun lalu. Tetapi ia terpaksa dilakukan atas nasihat pengawal peribadi mereka ekoran kesesakan orang ramai di tempat itu.
"Anak sulung mereka Maddox bertanya jika mereka boleh membina sesuatu yang menyamai taman tersebut di rumah mereka di Perancis.
"Pasangan itu bersetuju dengan idea berkenaan memandangkan mereka baru sahaja menyiapkan sebuah kolam di rumah itu."
Menurut The Sun, taman tema itu nanti bakal dijanakan oleh tenaga solar menerusi panel solar dari atas bumbung dan airnya akan diguna semula.
Sumber dalaman berkata: "Terdapat kolam yang besar, gelongsor, terowong, bot, pulau lanun dengan istana, trek kereta go-kart dan karusel gaya lama.
"Brad telah mereka kereta api mini yang boleh melalui seluruh kawasan bawah tanah dan menembusi pintu struktur baru sehingga ke taman tema."
Ps: Tahan la diorang nak bina taman tema untuk anak - anak. Yang Semut takut, kat Malaysia ni nanti ada 'Taman' lain pulak yang bakal dibina.

Ye la. Kalau dah Si Ketua Penipu tu kata yang hubungan seks ni boleh dilakukan dalam tempat tertutup, nanti takut ada pulak kawasan yang dibuat khusus untuk buat kerja haramjadah tu pulak!!! Korang fikir la sendiri!!!

Selasa, Februari 28, 2012


Kalau Semut kata yang Si Badrol ni manusia bangsat, dah tentu puak - puak Pakatan Pembangkang tu akan marah. Tapi, nak buat macam mana. Dah dia memang bangsat.

Dalam pada itu juga, dia turut mempergunakan nama Tengku Mahkota Pahang untuk menyelesaikan masalah dia. 

Kononnya, Si Badrol ni mendakwa, YM Tengku Mahkota berkemungkinan akan turut campur tangan dalam kes ini nanti. 
Dia juga turut menyatakan bahawa YM Tengku Mahkota Pahang kenal dia secara peribadi. Sebab itulah YM Tengku hantar 'Orang Kanan Baginda' untuk bertemu dengannya.
Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa, beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Katanya, kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi.

"Hari ini baginda mengarahkan orang kanannya bertemu saya untuk mendengar versi saya terhadap insiden itu dan berbincang dengan peguam saya.

"Gambaran yang diberikan, terdapat kemungkinan yang tinggi Tengku Mahkota campur tangan dalam kes ini untuk menghentikan kerja kotor Umno yang tidak pernah berhenti menyerang, menyerang dan terus menyerang," kata Badrulamin.
Padahal TM tak de kena mengena pun dalam isu ni. Entiti diantara JAIP dan MUIP jelas berbeza. Jelas Si Badrol tu buat sebab dia dah terdesak dan dia tak tahu pasal benda ni.

Itu semua dia buat untuk menampakkan yang dia turut dapat sokongan dari pihak Istana. Maka, dengan tak segan silunya dia mempergunakan nama orang lain.

Nampak sangat la yang Si Badrol ni dah semakin terdesak sehingga sanggup mempergunakan orang lain demi kepentingan dirinya sendiri.

Bukan ke sebelum ini dia kata yang dia sanggup menghadapi masalah ini secara bersendirian dan tak perlu nak menyusahkan orang lain?

Memang sah la Si Badrol ni dah semakin terhimpit sampai nama YM Tengku Mahkota pun sanggup dipergunakan demi kepentingan diri dia sendiri.

Bila dah terdesak macam ni, nak pulak dia mintak tolong dengan pihak Istana. Dulu masa bantah keputusan Baginda Sultan Perak dan Selangor, menda yang dia buat?

Ada dia bantah tindakan orang yang berguling atas jalan, menghalang kereta Sultan dan buat bantahan secara terang - terangan? Tak de pulak!!! Jadi jangan la nak menipu rakyat!!!

Si Badrol ni kena ingat. Dia sendiri yang cari penyakit, jangan nak libatkan orang lain pulak!!! Sendiri bikin, sendiri tanggung la brader!!!

Setelah puas dia diasak oleh pelbagai pihak yang mempersoalkan tindakan dia tidak membuat laporan Polis, Si Badrol tu akhirnya terpaksa akur.

Dihadapan 500 orang penyokong dia di Seremban semalam, Si Badrol ni kata yang satu laporan Polis akan dibuat hari ini.

Tapi, bukan laporan Polis berkaitan dengan dakwaan mengatakan yang dia dipukul. Sebaliknya dakwaan untuk pembantu dia di Kula Lumpur.

Dalam perkembangan terkini, dia kata yang pembantu dia di Kuala Lumpur pun dapat ugutan supaya jadi saksi untuk memburukkan diri dia.

Pasal pembantu dia diugut tu, dia nak buat laporan Polis. Tapi bila tiba bab dia kena pukul, kenapa dia tak nak report Polis? Tak ke pelik namanya tu.

Lepas tu siapa usung isteri dia ke hulu ke hilr semata - mata nak tunjuk dengan orang yang kononnya dia ni penyayang.

Sama yang macam kes Si Mat Syabun tu buat dulu. Bila dikenakan tuduhan berkhalwat, usung bini ke hulu ke hilir. Konon nak tunjuk la yang isteri dia bagi sokongan.

Bila dah sesak, baru la dia nak ingat pada isteri. Selama hari ni, kenapa dia tak usung isteri pertama tu ke hulu dan ke hilir?

Dah semakin jelas yang Si Badrol ni memang dah sesak. Kes ni bukan sahaja dah memuburukkan imej dia je. Malah Parti Khalwat Ramai tu secara keseluruhannya. Maka sebab tu la pemimpin PKR pun buat dek je dengan dia!!!

Fuh!!! Ayat tak ubah macam tajuk filem. Ini dah kes berat ni. Siap bagi amaran lagi. Bahaya jugak budak Zarina Anjoulie ni rupanya ye. Meh baca sikit cerita dia:
Zarina Anjoulie atau nama barunya, Zarina Lavocah sememangnya tidak lekang dari kontroversi yang ‘panas-panas’, dari satu kisah ke satu kisah yang lain.


Terbaru, tiada angin tiada ribut, Zarina telah mendakwa penyanyi Singapura yang baru menetap di Malaysia, Aliff Aziz ‘telah melakukan sesuatu’ . Ia dinyatakan di laman Twitter miliknya. 

Dalam twitter tersebut, pelakon wanita itu mengucapkan terima kasih di atas ‘penipuan’ yang telah dilakukan oleh Aliff  terhadap dirinya.

Malah, Zarina juga meminta Aliff tampil memohon maaf kepada dirinya secara peribadi dan mengatakan pihak media pastinya ingin tahu apa yang telah berlaku.


Persoalannya, apakah yang telah Aliff lakukan terhadap dirinya? Memang sudah menjadi tradisi dalam industri seni untuk setiap artis menggunakan laman sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mereka meluahkan apa sahaja termasuklah kata-kata kesat, kemarahan, makian dan sebagainya.


Bagaimanapun, terpulang untuk peminat-peminat memberikan andaian sendiri tentang kesahihan berita itu memandangkan pihak Aliff seperti tidak ambil pusing kisah dakwaan tersebut.


Apa-apa pun, hanya Zarina dan Aliff Aziz sahaja yang tahu kisah sebenar mengenai apa yang berlaku…pada malam itu! - Sumber
Ps: Buat Si Ketua Penipu dan konco - konco tu pun sepatutnya diberi amaran yang sama. We know what you did. Jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat.

Lepas satu - satu isu dia tak dapat jelaskan kepada rakyat. Konon nak memperjuangkan rakyat la sangat. Tapi maruah diri dan keluarga pun GAGAL dia nak pertahankan. Macam mana dia nak pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara!!!

Semakin hari, semakin hangat pulak dunia maya ni memperkatakan pasal isu Si Badrol Amin tu kena tangkap khalwat ye.

Tapi dalam banyak - banyak kenyataan yang dikeluar, ada satu perkara tu masih menjadi persoalan kepada rakyat yang kelihatan agak mencurigakan.

Kata Si Badrol tu, dia kena pukul dengan sekumpulan lelaki yang dia tidak kenali. Katanya ada 20 orang yang pukul. Maknanya, 20 orang pukul dia sorang.

Ikut logik, dah tentu lembik dia kena balun. Tapi boleh pulak dia pergi ke Himpunan Hijau tu pada keesokan harinya. Tak de pulak nampak tanda - tanda dia kena pukul.

Maka sebab itulah dia ubah kenyataan dia semalam. Kata dia, saksi dia yang kena pukul oleh lelaki tersebut, bukan dia. Pun begitu, kenapa dia tak buat laporan Polis?

Sama ada dia yang kena pukul atau saksi dia yang kena, itu bukan persoalannya. Yang jadi persoalannya, kenapa dia tak buat laporan Polis? Sebab dia Pemaaf? Ceh!!! Pigidah!!!

Berbalik kepada cerita pasal pengakuan saksi pekerja hotel tu tadi. Katanya, bukan baru sehari Ustaz tu jumpa dengan isteri orang ni. Dah tiga hari!!!
Itu komen yang ditinggalkan oleh salah seorang pembaca dalam blog tersebut. Jadi, lepas ni kita tengok pulak sama ada Si Badrol tu berani atau tidak nak saman pihak Hotel.

Dan maklumat yang Semut baru terima tadi, semalam suami kepada wanita tu tak hadir ke mahkamah Syariah Rompin. Hanya isteri dia sahaja yang datang.

Lepas hadir ke mahkamah petang semalam baru dia pergi ke Pejabat JAIP di Kuantan dengan Badrol Amin. Dia lebih rela ikut Badrol dan tinggalkan suami di Rompin.

Bayangkan. Si Suami tu sanggup terima waran tangkap semata - mata tak nak rumah tangga dia bercerai kerana ianya salah satu larangan Allah S.W.T.

Kalau orang biasa pun tahu mengenai hukum tersebut, takkan la Si Badrol tu tak tahu pulak kot!!! Nampak sangat la dia pun setakat mampu jadi Ostad Celup je buat jadi Pencacai Pakatan Pembangkang!!!

Ps: Sumber klik kat sini.

Aduh mak ai!!! Memalukan sungguh jadi Ostad Badrul ni ye. Dia jelas lebih takut dari apa yang kita sangkakan selama hari ini.

Kalau dalam ceramah - ceramah dia maki hamun orang UMNO atau pun pihak Kerajaan, bukan main lagi. Berani sangat gayanya.

Main dengan bini orang pun tak kurang hebat. Bukan setakat sehari, tapi tiga hari. Berani pulak dia buat kerja haramjadah tu.

Tapi bila dicabar suruh dia buat laporan Polis terhadap dakwaan serangan oleh lelaki - lelaki yang dia tidak kenal tu, kenapa dia takut?

Mengikut laporan dari pihak Polis, sehingga hari ini, Si Badrol tu belum lagi buat sebarang laporan berkaitan dengan sebarang serangan ke atas diri dia.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata setakat ini tiada sebarang laporan yang dibuat oleh Badrolamin berhubung dakwaan beliau dipukul ketika tangkapan itu.

Polis menerima laporan tangkapan khalwat terhadap individu terbabit yang dibuat Jaip pada 25 Februari lepas, yang dibuat di Balai Polis Beserah di sini pada 10.28 pagi, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, di sini hari ini.

Beliau ditanya sama ada polis ada menerima laporan daripada Badrolamin, yang dilapor media sebagai mendakwa dipukul sekumpulan 20 lelaki yang menyerbu bilik hotelnya sebelum ditangkap atas dakwaan berkhalwat dengan isteri orang.
Fikirkan. Sedangkan Si Nurul Izzah yang KONONnya hampir nak kena serang dengan orang tu pun berani buat report, dia yang dah kena pukul pun tak berani buat pasal apa?

Nampak sangat la Si Badrol ni lagi Penakut dari Si Nurul Izzah tu. Kalau setakat buat dakwaan kata diserang dan dipukul je buat apa!!! Mengabihkan masa je Ostad oi!!! Malu la sikit dengan Si Nurul Izzah tu woi!!!

Bila Semut baca satu artikel dalam satu laman blog hari ini, jelas memperlihatkan betapa jahilnya pemikiran puak - puak Pakatan Pembangkang ni.

Mereka dilihat sudah melupakan hukum Islam bagi setiap orang muslim di muka bumi ini secara tidak lansung. Dan perkara ini bukan satu benda yang baru.

Sebelum ini, mereka jugak yang membantah cadangan untuk melarang umat Islam berkerja dipremis menjual arak sedangkan terang - terang Islam melarangnya.

Seterusnya, mereka tetap berpegang kepada pesanan Si Ketua Penipu tu mengenai hubungan seksual sama ada yang sesama jenis mahupun diluar nikah.

Bagi mereka, apa yang dikatakan oleh Si Ketua Penipu tu perlu dituruti walaupun ianya bercanggah dengan hukum Islam.

Mana mungkin buat maksiat didalam bilik tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membasmikannya? Adakah itu contoh Negara yang ingin mereka tadbir kelak?

Kata mereka, isu berkaitan dengan khalwat dikalangan pemimpin mereka itu satu isu yang remeh untuk diperkatakan. Demikian mereka meletak hukum maksiat dalam Islam.

Bagi mereka, isu khalwat ni sudah ramai yang terperangkap dalam termasuklah Timbalan Presiden PAS, Si Mat Syabun Komunis Penipu tu sendiri.

Mungkin mereka lupa bahawa Si Mat Syabun tu pernah menuduh Si Ketua Penipu tu yang memerangkap dia sebelum ini. Atau adakah mereka sudah terdedah kepada radiasi?

Namun, kenyataan yang dikeluar oleh pihak pembangkang ini amat mengecewakan kerana mereka jelas merendah - rendahkan hukum maksiat.
Ini juga yang pernah disebutkan Anwar dalam kenyataannya untuk menghapuskan undang-undang lapuk dahulu, zaman untuk rakyat mengambil tahu apa yang berlaku di dalam bilik tidur orang sudah berlalu. Apatah lagi bila pasangan yang ditangkap bersama Badrul Amin ini dikatakan mempunyai masalah rumah tangga dan dalam proses bercerai. - Sumber
Persoalannya. Adakah alasan pasangan suami isteri yang nak bercerai tu boleh dijadikan sebagai satu sebab untuk menghalalkan dia berdua -duaan didalam bilik yang sunyi?

Nah!!! Sekarang, korang tanya diri sendiri. Adakah ini bentuk Kerajaan yang kita nak anak - anak kita membesar nanti dimana maksiat boleh dilakukan dengan sewenang - wenangnya?

Bukan susah. Tempah bilik Hotel dan buat 'projek' kat dalam tu. Kena cekup pun tak pe sebab ianya buakn ditempat awam. Agaknya diorang lupa. Allah Maha Melihat. Jadi tak kira la dalam bilik atau sebagainya. Yang Haram tetap Haram la jugak!!!

Berikut dipaparkan sidang media yang dihantar kepada Semut melalui E-mel sewaktu Si Badrol ni ditemui semalam yang banyak timbulkan persoalan.

Seawal sesi temubual tu, Peguam dia kata yang mereka mempunyai kes yang kukuh. Kalau kukuh, kenapa Si Khalid Gagap tu enggan berikan kerjasama?

Kenapa Si Khalid Gagap tu kata yang pihak Kerajaan PKR Selangor tidak akan terlibat sedangkan Si Badrol ni adalah pemimpin mereka sendiri?

Kemudian timbul pula isu pasal saksi. Sebelum ni dia kata dia yang kena pukul. Tapi masa wartawan tanya, dia kata saksi dia pulak yang kena pukul.

Mana satu yang betul ni? Dia yang kena pukul ke atau saksi dia tu yang kena pukul dengan sekumpulan lelaki yang tidak dikenali tu?

Kalau betul saksi atau dia sendiri yang kena pukul, kenapa dia tak buat laporan kepada pihak Polis? Sampai sekarang, tak de lagi laporan yang dibuat.

Jawapan peguam dia kepada soalan ni pulak macam nak tegakkan benang yang basah. Ada ke dia kata laporan tu tak dibuat sebab Si Badrol ni pemaaf?

Pemaaf kepala hotak dia. Ingat orang tak tahu ke. Kalau dia lapor Polis, dah tentu Polis pulak akan buat siasatan. Maka makin banyak la cerita yang akan keluar nanti.

Bila ditanya sama ada ianya satu perangkap, Si Badrol tu hanya mendiamkan diri. kemudian baru dia kata bahawa ianya masih dalam siasatan.

Siap ada pasukan siasatan sendiri pulak tu. Tinggal lagi dia keberatan nak tunding jari kepada siapa yang jadi dalang. Kenapa dia takut nak kata UMNO?

Takut orang UMNO saman dia pulak ke? Atau memang ada agenda main tikam belakang sesama mereka sendiri? Kemungkinan itu tetap wujud dalam perilaku dia selepas itu.

Dia kata, spekulasi itu kemungkinan wujud. Cuma dia je yang tak nak akui. Maka sebab itu dia ulangi bahawa perangkap tu dibuat oleh orang luar sebanyak tiga kali.

Dan dari nada dia menyatakan yang dia sanggup jadi korban tu bunyi macam orang yang kecewa kerana tak de orang yang sanggup nak 'back-up' dia.

Kalau Si Ketua Penipu atau ADUN Sri Muda tu, sibuk pulak diorang nak 'back-up' serta menyediakan peguam dan sebagainya. Kenapa dalam kes Badrol ni diorang tak buat?

Dah nampak sangat la yang kemungkinan dikalangan pemimpin PKR tu sendiri ada hajat nak tikam belakang Si Badrol ni. Tambahan pulak, suami wanita tu 'katanya' juga merupakan ahli PKR. Jadi, macam mana dia nak tuduh UMNO yang buat!!!



Fuh!!! Untung la kalau mamat tu dapat peluk Si Nurul Izzah ni ye. Nasib baik la dia kena tahan dek 'Bodyguard'. Kalau tidak...

Tapi, yang Si Nurul ni pun satu hal jugak. Takkan dia masih tak sedar yang orang di Pahang ni tak suka pada dia? Jadi, menda jadahnya dia nak buat hal kat tempat orang?

Apa, dia dah tak puas lagi ke buat hal kat Lembah Pantai sana tu sampai dia terpaksa bikin kecoh di Negeri orang lain?

Nak memperjuangkan rakyat konon. Yang rakyat di kawasan dia pun tak terbela, inikan pulak la nak jaga tempat orang. Dasar tak sedar diri punya manusia.

Itulah. Sapa suruh dia kuat sangat menipu!!! Nasib baik la orang tu setakat nak terkam dia je. Kalau dia buat benda lain, tak ke naya. Masa tu, baru Padan Muka Dia!!!
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar pada Isnin memfailkan laporan polis berhubung dakwaan cuba diserang oleh seorang individu yang dipercayai penyokong Umno padasatu ceramah di Pahang lewat malam Ahad.
Menerusi laporan polis yang dibuat di Balai Polis Damansara, Nurul Izzah menyatakan bahawa beliau diterkam seorang lelaki berbadan besar ketika sedang menyampaikan ceramah di sebuah gerai makan di Felda Lepar Hilir, Paya Besar.
Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya dihalang oleh penyokong pembangkang yang berada berdekatan dengan kedudukan Nurul Izzah sedang berceramah.
"Secara tiba-tiba seorang lelaki berbadan agak besar memakai kemeja-t merah meluru ke arah saya seakan hendak memukul saya.
"Saya bernasib baik kerana pelaku tersebut ditepis oleh salah seorang penyokong yang berdekatan dengan saya," katanya menerusi laporan polis berkenaan.
Ps: Sama ada mamat tu untung atau tidak kalau dapat peluk Si Nurul Izzah ni, tak tau la pulak. Semut takut dia suwey je seumur hidup. melekat badi Si Nurul Izzah ni, Naya Woi!!! 

Wah!!! Terkejut jugak Semut bila tengok senarai blog - blog dibawah ni. Tak pun ditulis nama blog seperti Papagomo atau yang lain - lain.

Kenapa diorang tak terpilih dalam senarai terbaru ni? Jangan panik. Semua blog - blog dibawah ni blog fesyen, makanan, usahawan dan sebagainya. Bukan la blog Politik.

Walaubagaimana pun, nampak gayanya dunia alam maya ni semakin diminati ramai. Jadi, sempat jugak la Semut nak guna peluang ni.

Semut ucapkan terima kasih buat korang yang selalu berkunjung ke blog Semut ni. Harapan Semut hanya satu. Yang Benar kita tegakkan dan Yang Batil akan ditentang habis - habisan!!! Jangan bagi peluang!!! No More Mercy!!!
Berikut adalah senarai 65 blog yang telah dipilih oleh sidang redaksi In Trend, bagi memenuhi artikel 65 Blog Nukilan Anak Malaysia Pilihan In Trend, bagi edisi Mac 2012. Hebat ... dan HH terperasan ada blog-blog yang sudah sering keluar dalam majalah In Trend .... semakin diiktiraf...tahniah buat blog-blog tersebut.

Dan menariknya, seperti yang pernah HH nukilkan sebelum ini dalam Panduan Menulis Blog, apabila blog kita punyai niche atau tema yang tersendiri dan kuat, pasti akan ada mata yang melihat, membaca dan mengiktiraf hasil perkongsian anda dalam blog.

Biar tidak popular, biar follower tidak belas ribu atau puluh ribu, tetapi anda sudah ada pembaca setia.

Blog-blog telah disenaraikan mengikut kategori iaitu fesyenista, hijabista, santapan, usahawan, si cilik manja, dan juga mahligai cinta.

Senarai 65 Blog Pilihan In Trend dalam Edisi Mac 2012
  1. http://miasuraya.com
  2. http://invertedalpha.com
  3. http://garbagelapsap.com
  4. http://glossywind.blogspot.com
  5. http://the-kins.blogspot.com
  6. http://ofsequineddreams.blogspot.com
  7. http://johanprinze.blogspot.com
  8. http://theunfoldedblog.blogspot.com
  9. http://volgogombakandstyle.blogspot.com
  10. http://mylookbooks.blogspot.com
  11. http://adriani-a.blogspot.com
  12. http://honeykoyuki.blogspot.com
  13. http://iylia-chica.blogspot.com
  14. http://nurulbadiah.blogspot.com
  15. http://fatinsuhana.blogspot.com
  16. http://aishah-amin-the-hijap-diaries.blogspot.com
  17. http://shaelaiza.blogspot.com
  18. http://joannatalksalot.blogspot.com
  19. http://streethijap.blogspot.com
  20. http://rinahamid.blogspot.com
Ps: Selebihnya, korang boleh tengok kat sini

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping