Ahad, April 30, 2017

Jika menyebut namanya, mungkin tidak ada orang yang mengenalinya. Namun hakikatnya, kisah mengenai Pengemis ini memang cukup popular sehingga mampu mencipta rusuhan perkauman.

Derek Neol hanya seorang gelendangan yang suka bermundar mandir ditepi jalan. Hanya kerana suatu hari dia menumpang duduk diatas satu bangku ditepi taman, namanya mula menjadi famous.

Al-kisahnya, lelaki berkulit hitam ini bercerita mengenai hari yang dilaluinya kepada orang yang duduk bersama dengannya. Katanya, semalam dia telah dipukul oleh sekumpulan lelaki.

Kata Derek, kumpulan lelaki itu berkulit putih. Habis semua wang saku yang dimilikinya telah dirampas oleh mereka yang memukulnya sehingga menyebabkan dia terpaksa hidup melarat.

Lelaki yang duduk bersama dengan Derek Neol itu kemudiannya memviralkan kisah yang didengarinya kepada rakan - rakan yang lain menerusi aplikasi media sosial yang dimilikinya.

Dari menyampaikannya didalam aplikasi Whatsapp, lelaki itu juga turut memuat-naikkan status didalam Facebook dan juga Twitter sehingga ianya dikongsi oleh ratusan rakan - rakannya.

Malah lelaki itu juga turut menghasilkan video mengenai kisah Derek Neol dengan menggunakan aplikasi - aplikasi telefon bimbitnya dan turut menyebarkan video tersebut secara meluas.

Ekoran penyebaran itu mula mendapat perhatian, seluruh penduduk didalam kawasan kediaman itu mula memberontak sehingga tercetusnya ketegangan kaum diantara Kulit Putih dan Kulit Hitam.

Begitulah keadaannya dalam dunia hari ini. Mudah sungguh manusia terkesan dengan kisah yang mereka dengar dari mulut seseorang yang ternyata tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar.

Mereka lebih cenderung untuk mendengar tanpa membuat sebarang kaji selidik mengenai kisah yang disampaikan. Sedangkan apa yang disampaikan oleh pencerita asalnya tidak seperti yang digambarkan.

Yang sebenarnya, Derek Neol itu bercerita tentang kisah seekor kucing hitam yang telah diserang oleh seekor lagi kucing berwarna Putih sewaktu dia memberi makanan kepada mereka.

Namun disebabkan bahasa yang digunakan oleh Derek Neol itu mengelirukan, maka ianya menyebabkan kisah itu disalah-tafsir oleh lelaki yang mendengarnya. Derek Neol itu berkata, "The Black (nama kucing) was being attack by The White (nama kucing kedua) and made The Black life miserable."
Heh! Kesipuan konon. Tau pulak yang dia sekarang ni takut berada dalam kesipuan sekiranya dia hadir ke Mukmatar Tahunan PAS ya. Kalau sebelum ini, kemaluan pun Si Mahfuz Bean ni takde.

Jika selama hari ini, Si Mahfuz Bean tu sering tampil memberi ceramah diatas pentas parti yang telah melabelkan PAS sebagai sebuah parti yang Khianat dan menjadikan mereka 'Musuh Utama'.

Malah, Si Mahfuz Bean tu juga sering kali muncul menghadirkan diri ke majlis - majlis anjuran Pakatan Haprak walaupun pada hakikatnya dia tidak mendapat jemputan dari mereka.

Maka tak hairan la kalau Si Mahfuz Bean takut untuk hadir ke perhimpunan yang mengumpulkan semua penyokong tegar PAS walaupun dia mengaku masih lagi menjadi ahli PAS.

Alasan yang diberikan oleh Si Mahfuz Bean tu kononnya dia tidak mendapat jemputan. Maka sebab itu dia tidak menghadirkan diri ke Muktamar PAS yang dianjurkan di Kedah tahun ini.
“Salam… Saya tak di jemput, untuk mengelak daripada kesipuan, saya tak hadirlah,” jawabnya ringkas kepada media melalui aplikasi Whatsapp.
Sebagai rekod, Si Mahfuz Bean ni sendiri pernah mintak 'Cuti' dari memegang sebarang jawatan dalam PAS. Tapi sehingga ke hari ini, Si Mahfuz Bean tu masih belum habis 'Bercuti' lagi.

Hakikatnya, Si Mahfuz Bean tu sekarang ni hanya tinggal nama je dalam PAS. Jasad dan jiwa dia sekarang ni tidak lagi bersama dengan dasar perjuangan parti itu. Tinggal lagi, Si Mahfuz Bean tu sendiri yang takde maruah untuk mengambil tindakan dan meninggalkan parti!!!
Heh! Nampak gayanya, Si Azmin Ali ni masih lagi enggan menerima hakikat bahawa PAS sudah pun membuat keputusan untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PKR.

Tapi, tak boleh la kita nak salahkan Si Azmin ni pulak ye tak. Sebab kita pun tau yang Si Azmin tu berada pada kedudukannya sekarang pun dengan bantuan sokongan dari PAS juga.

Maka tak heran la kenapa Si Azmin tu masih tidak dapat untuk menerima hakikat bahawa kedudukan yang disandangnya pada ketika ini bakal berubah dengan keputusan yang dibuat oleh PAS.

Secara realitinya, Si Azmin tu sedar bahawa jika tanpa sokongan PAS, adalah agak susah untuk dia terus dapat mengekalkan jawatannya selaku Menteri Besar Selangor dimasa akan datang.

Bahkan Si Menteri Besar Selangor tu dapat merampas jawatan tersebut juga adalah dengan menggunakan taktik 'Pujuk dan Rayu' yang telah dilakukannya untuk menggagalkan impian Wan Azizah.

Jadi sebab itulah Si Azmin tu masih lagi cuba memberikan alasan kononnya keputusan yang dibuat oleh PAS itu masih belum dimuktamadkan selagi Majlis Syura PAS belum bermesyuarat.
"Kita tak boleh buat spekulasi.. tunggu lah majlis syura buat keputusan rasmi, sebelum ini hanya segelintir ahli pas sahaja yang membangkitkan isu berkenaan.
"Saya yakin kepimpinan tertinggi Pas akan membuat keputusan atas semangat untuk mengukuhkan semangat pakatan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Konvensyen PKR Pulau Pinang yang diadakan di sini, hari ini.
Secara tidak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Azmin tu setidak - tidaknya memberikan gambaran bahawa dia sedang berada dalam keadaan 'Paranoid' yang tak tentu arah.

Pokok pangkalnya, Si Azmin tu bukan sahaja cuba nak mengelirukan rakyat. Malah dia juga turut mempamerkan sikap yang Tidak Jujur pada dirinya sendiri. Dek kerana sikap 'Paranoid' itu yang membuatkan Si Azmin ni sanggup 'Kencing Diri Dia Sendiri'!!!
Heh! Baru sangat PAS bercerai dengan PKR. Sekarang diorang dah tutup pintu untuk PPBM. Itu membuktikan komitmen PAS untuk tidak bersekongkol dengan parti yang merugikan mereka.

Mungkin PAS dah serik 'bercinta' dengan mereka yang perangainya macam Haramjadah ni kot. Tapi kira logik jugak la. Takkan la baru bercerai, PAS nak bercinta pulak dengan orang yang lebih kurang sama?

Pokok pangkalnya, PPBM ni sama je dengan PKR yang kini hanya dianggap sebagai Barua yang lebih cenderung untuk memenuhi serta menurut kehendak yang dimahukan oleh DAPigs.

Mungkin sebab itulah dalam ucapan yang dibuat hari ini, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang memberitahu bahawa partinya 'menutup pintu' kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Ujarnya, PAS sudah pun membuat penilaian dan mendapati bahawa PPBM adalah merupakan sebuah parti yang tiada hala tuju atau mempunyai kepimpinan serta pendirian yang jelas.
"Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak samar-samar. Kita sudah nilaian, parti Pribumi (PPBM) (adalah) parti yang tiada ketentuan arah. 
"Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam, siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan dengan parti itu," ujar Hadi dalam sidang media selepas merasmikan Mukatamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, sebentar tadi.
Penegasan Ahli Parlimen Marang itu sekaligus menamatkan segala spekulasi yang dibuat sebelum ini bahawa dua parti itu mungkin akan berkerjasama menuju Pilihan Raya Umum akan datang.
Hubungan PAS-PPBM pada mulanya agak lancar, dengan kedua-dua parti beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti tajaan Tun Dr Mahathir Mohamad itu memutuskan menyertai Pakatan Harapan (PH), 20 Mac lalu.

Sabtu, April 29, 2017

Heh! Memang dasar tak sedar diri sungguh Si Rafizi ni rupanya ya. Dia tak perasan ke apa yang dinyatakan oleh Pemuda PAS Selangor tu sebenarnya hanya satu sindiran secara terbuka?

Terlebih dahulu, Si Rafizi tu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam menganggap cabaran yang dibuat oleh Pemuda PAS Selangor tu sebagai satu bahan lawak yang melucukan.

Malah dengan rasa bongkaknya Si Rafizi tu mendabik dada sambil mendakwa bahawa dia merupakan orang Melayu yang pertama bertanding di Parlimen Pandan dan menang dalam PRU yang lalu.
"Saya adalah wakil pembangkang pertama yang memenangi kerusi itu dengan majoriti yang besar iaitu sekitar 27,000 undi (atau 67 peratus undi popular).
"Malah, kemenangan PRU13 lalu menjadikan saya ahli Parlimen Melayu pembangkang yang mempunyai saiz majoriti paling besar di seluruh negara, jauh meninggalkan sahabat-sahabat dari PAS," ujarnya menerusi kenyataan medianya hari ini.
Tapi yang melucukan ialah bukan cabaran yang dibuat oleh Pemuda PAS tu. Tapi sebaliknya, Si Rafizi tu tak sedar yang Pemuda PAS Selangor tu 'Perli' dia suruh dia bertanding.

Hakikatnya, semua orang tau yang Si Rafizi tu bakal hilang kelayakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang memandangkan dia masih banyak kes di Mahkamah.

Bahkan kes yang melibatkan Si Rafizi pada ketika ini juga turut akan menyebabkan dia disumbat masuk dalam penjara dan kemungkinan sebelum Pilihan Raya Umum diadakan kelak.

Jadi, Si Rafizi tu sepatutnya belajar untuk memahami diantara sindiran dan cabaran yang dibuat terhadap dirinya terlebih dahulu. Jangan main serkap jarang je tak tentu arah. Mungkin Si Rafizi tu ingat Pemuda PAS ni sama BONGOK macam dia gamaknya!!!
Nampak gayanya, PKR sekarang ni dah mula menggelupor biawak apabila dua Sayap parti itu meluluskan usul tanpa bahas untuk memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan mereka.

Dek kerana terasa kedudukan mereka mula tergugat dan sokongan dari PAS semakin hari semakin bertambah berkurangan, pemimpin PKR sekarang mula nak membuat desakan terhadap PAS.

Semalam, pemimpin kanan PKR tampil membuat desakan supaya parti itu menarik balik jawatan Exco yang kini masih lagi dikuasai oleh PAS dalam pentadbiran Rejim Pakatan di Selangor.

Setiausaha Agung PKR membuat desakan itu dengan memberikan alasan supaya PAS tidak berlengah - lengah untuk membuat keputusan tersebut dan perlu tinggalkan jawatan mereka.

Dari satu sudut, desakan yang dibuat oleh Setiausaha Agung PKR itu membuktikan bahawa partinya sedang berada dalam keadaan yang cukup terdesak ekoran keputusan yang dibuat oleh PAS.

Bahkan, Setiausaha Agung PKR itu cuba memberikan gambaran seolah - olah PAS merupakan pihak yang bersalah dalam perkara ini. Kiranya, bagi dia, PAS yang membuat tuntutan cerai.

Padahal, PKR yang mula - mula mengkhianati PAS dengan membuat dakwaan buruk terhadap parti iti. Malah, Setiausaha Agung PKR itu sendiri pernah melabelkan PAS sebagai Pengkhianat.

Susulan cadangan untuk meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh Presiden PAS baru - baru ini pun nampak sangat PKR tidak menyokong PAS secara terbuka.

Sebaliknya, pemimpin PKR tampil membuat tuduhan fitnah terhadap parti itu yang didakwa kononnya berpakat dengan UMNO dan turut menerima habuan dana kewangan dari 1MDB.

Malah sebelum itu lagi, PKR juga pernah menuduh PAS punca utama yang menjadi batu penghalang kepada beberapa agenda yang direncanakan untuk mengambil alih Kerajaan Barisan Nasional.

Ianya termasuk la agenda perlaksanaan Langkah Kajang dimana PKR mendakwa PAS yang mengagalkan rancangan untuk menjadikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Maka persoalannya sekarang, siapa yang sebenarnya nak menuntut 'Cerai Talak Tiga' ni? Adakah semuanya salah PAS kerana enggan tunduk kepada kehendak dan kemahuan Pakatan?

Sekiranya benar PKR selama hari ini menghormati hubungan mereka dengan PAS, kenapa pulak pemimpin parti itu sanggup membuat dakwaan dan menyebarkan fitnah terhadap PAS?

Pokok pangkalnya, PKR merupakan pihak yang beria - ia mahu hubungan kerjasama Politik dengan PAS itu diputuskan. Tapi tinggal lagi, pemimpin PKR yang Takde Kemaluan untuk menyatakannya secara terbuka sebab takut kedudukan mereka akan tergugat!!!
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee telah diarah untuk meninggalkan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) sejurus tiba di bandar raya itu jam 12.45 tengahari tadi.

Si Tony Puaka itu kemudiannya terpaksa kembali semula ke Kuala Lumpur dua jam kemudian selepas ditahan oleh pihak imigresen yang tidak membenarkan dia memasuki Sabah.

Pengerusi DAPigs Sabah mendakwa, tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah menggunakan kuasa imigresen bagi menghalang Tony Pua memasuki negeri itu amat tidak wajar.
“Jelas ini menunjukkan UMNO-BN semakin khuatir dan risau kerana DAP semakin mengukuhkan kedudukan di Sabah khususnya di kawasan pedalaman.
“Apa masalah tak benarkan Tony masuk (Sabah)? Tony bukan pengganas! Beliau adalah seorang Ahli Parlimen Malaysia yang dipilih rakyat,” katanya dipetik laporan portal pro pembangkang.
Ketua Publisiti DAPigs itu dijadualkan berada di Sabah hari ini sebagai memenuhi jemputan bagi program dialog dan isu-isu semasa bersama masyarakat luar bandar di Keningau dan Tenom.

Selain itu, Si Tony Puaka itu juga dijadualkan merasmikan Sistem Agihan Air Graviti Umpason serta melancarkan penubuhan beberapa cawangan DAP kawasan luar bandar dan pedalaman.

Selain dari Tony Puaka, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Naib Presiden DAPigs Kebangsaan, Teresa Kok antara pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sabah tahun lalu.

Tahun lalu, DAPigs Sabah telah mengalami krisis kepimpinan yang cukup kronik apabila ramai dikalangan pemimpin serta ahli parti itu bertindak meninggalkan parti untuk menyertai parti lain yang didakwa lebih memberikan perhatian kepada isu - isu di Sabah.

Jumaat, April 28, 2017

Heh! Nampak gayanya, khifarah demi khifarah sudah pun menimpa Si Rafizi ni ekoran dosa - dosa yang telah dilakukannya selama hari ini. Tinggal lagi, Si Rafizi tu je yang masih tak sedar diri.

Dari satu sudut, nampak sangat yang Si Rafizi tu benci betul dengan sistem perundangan syariah di Malaysia ni sampai tahap Hakim Mahkamah Syariah pun dihinanya secara terang - terangan.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu secara terbuka menentang cadangan pindaan Rang Undang - Undang untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dibentangkan oleh PAS.

Namun penentangan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu muncul dalam bentuk fitnah terhadap kepimpinan PAS yang dituduh turut menerima habuan dana kewangan daripada syarikat 1MDB.

Maka kali ini, kebiadapan dan penghinaan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu juga muncul dalam bentuk Fitnah yang mendakwa kononnya Hakim - Hakim Mahkamah Syariah ni kuat makan rasuah.

Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) dalam kenyataan lewat petang tadi memberitahu, kenyataan Rafizi bahawa hakim mahkamah syariah lebih banyak makan rasuah berbanding hakim mahkamah sivil telah menyebabkan institusi perundangan syariah dipandang hina disamping menimbulkan persepsi negatif dikalangan masyarakat di Malaysia.
“Rafizi bakal berdepan tindakan di bawah Seksyen 210 Akta Tatacara Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman denda yang tidak melebihi satu ribu ringgit.
“Selain itu, Rafizi turut bakal berdepan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana bertindak menghina pihak berkuasa agama,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, PPSM bersama Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah membuat aduan kepada Ketua Penguatkuasa Agama (KPPA) Wilayah Persekutuan berhubung kenyataan Ahli Parlimen Pandan itu.
“Rafizi juga berpotensi untuk turun naik mahkamah syariah dari satu negeri ke satu negeri di seluruh Malaysia seandainya Pegawai2 Syariah di setiap negeri membuat aduan kepada Penguatkuasa Agama negeri masing-masing,” ujarnya.
Dalam erti kata lainnya, tuduhan yang dilemparkan oleh Si Rafizi tu terhadap Hakim Mahkamah Syariah bukan sahaja dianggap sebagai satu Penghinaan terhadap sistem perundangan Negara. Bahkan pemimpin PKR itu secara terbuka menghina Islam!!!
Kesian! Nampak gayanya nasib Si Anak Ikan Mak Lampir tu bukan sahaja boleh diibaratkan sebagai 'Digantung tidak bertali'. Tapi dia hanya dijadikan sebagai 'Kambing Hitam PKR' sebenarnya.

Tak hairan la kenapa semalam puak - puak PKR tu keluarkan arahan agar semua pemimpin parti itu menutup mulut dari membicarakan soal kes rasuah yang melibatkan Si Anak Ikan tu.

Mereka takut sekiranya lebih banyak yang diperkatakan, maka lebih banyak pula tembeleng mereka akan pecah dan dedahkan kepada rakyat secara umum serta menyebabkan integriti parti itu terjejas.

Biar la dia sorang je yang kena tangkap sedangkan realitinya ramai lagi pemimpin dikalangan puak PKR tu buat kerja yang sama macam Anak Ikan Si Mak Lampir tu sebenarnya.

Hakikatnya, apa yang berlaku kepada Si Anak Ikan Mak Lampir tu hanya sekadar wayang Politik Retorik PKR yang mahu menunjukkan seolah - olah mereka parti yang Bersih dari Rasuah.

Tapi malangnya, tindakan mereka yang mendiamkan diri sebelum kes itu didedahkan kepada umum sehingga menyebabkan dia ditahan oleh pihak SPRM membuktikan sebaliknya.

Jika difikirkan secara logik, mustahil sekiranya mereka yang berada dalam parti itu tidak tahu lansung mengenai hasil kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Si Anak Ikan Mak Lampir tu?

Tak masuk akal sekiranya PKR kata mereka tidak mempunyai maklumat mengenai harta kekayaan luar biasa yang dimiliki sedangkan mereka boleh pulak memiliki dokumen rahsia Kerajaan?

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat, pimpinan parti itu sejak dari awal lagi dah tau bahawa Si Anak Ikan Mak Lampir tu mempunyai harta kekayaan luar biasa seperti yang dilaporkan.

Tapi diorang hanya mendiamkan diri kerana sama ada tidak mahu terlibat secara lansung atau mereka sedang menikmati hasil kekayaan yang dimiliki oleh Anak Ikan Si Mak Lampir tu.

Siapa tahu. Kemungkinan besar Anak Ikan Si Mak Lampir tu hanya menjadi Keldai Tunggangan yang menyalurkan dana kewangan kepada segala gerak kerja parti itu selama hari ini.

Dan sekiranya perkara itu benar, maka memang malang la nasib Si Anak Ikan Mak Lampir tu. Tapi, apa boleh buat. Memang itu la sikap yang menjadi amalan Politik puak - puak PKR ni. Bila senang, ramai yang mengaku kawan. Tapi bila susah, dibiarnya dia mati kekeringan!!!
Apa la yang nak diherankan sangat bila Si Gundik Kit Siang dan Si Anak Kacukan DAPigs tu tak buat laporan Polis ekoran tersebarnya gambar diorang sedang berasmara dana baru - baru ni.

Dah secara terang - terangan dua orang pemimpin muda DAPigs tu takde maruah dan kemaluan diri. Jadi, untuk apa lagi diorang nak menghabiskan masa membuat laporan kepada pihak Polis?

Bahkan, ini bukan kali pertama gambar keintiman mereka itu tersebar didalam laman media sosial. Tapi dah banyak kali ianya menjadi bahan tanda tanya dikalangan masyarakat secara umum.

Malah isteri kepada Si Anak Kacukan DAPigs tu pun dah mengakui bahawa suaminya ada hubungan sumbang mahram dengan Si Gundik Kit Siang tu dalam satu kenyataan yang disiarkan sebelum ini.

Namun apa yang mampu dilakukan oleh dua orang pemimpin muda DAPigs itu hanya setakat menafikannya secara lisan dan mendakwa kononnya ianya hanya sekadar fitnah semata - mata.

Mengkala nak suruh diorang ambik tindakan yang sewajarnya dan melaporkan perkara itu kepada pihak Polis jangan harap la. Sebab diorang takut nanti makin banyak pulak cerita yang akan terdedah.

Mungkin kedua - dua pemimpin muda DAPigs tu ingat dengan membuat penafian secara lisan dan cubaan untuk mengalihkan perhatian rakyat tu mampu mengelakkan diri mereka dari melakukan sebarang dosa.

Di atas muka bumi ni boleh la diorang lari dari manusia dengan memberikan penafian secara lisan tanpa mengambil sebarang tindakan. Tapi diakhirat kelak, mana tempat diorang nak lari?

Soalnya sekarang, apa yang dituntut adalah kebenaran. Kalau betul diorang bercinta atau dah ada hubungan, apa salahnya buat pengakuan secara terbuka? Buat apa diorang nak sorok - sorok?

Dan jika ianya fitnah, buat la laporan supaya orang lain boleh berhenti dari menyebarkan cerita yang bukan - bukan. Itu tujuannya orang suruh buat laporan tu. Paling tidak pun, cuba la jujur pada diri sendiri. Takkan dengan diri sendiri pun diorang nak kencingkan juga!!!

Dewan Ulama PAS hari ini bersetuju secara sebulat suara untuk membawa usul agar parti itu memutuskan hubungan kerjasama Politik atau Tahaluf Siyasi mereka dengan PKR.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Pengerusi Jawatankuasa Usul, Khairuddin Aman Razali berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama untuk membuat keputusan.
"Kalau kita buka (undi) setuju (untuk putus), ramai akan setuju. 
"Menyedari PKR langgar banyak syarat tahaluf siyasi dengan PAS, Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat bersetuju untuk mengusulkan agar tahaluf siyasi antara PAS dan PKR diputuskan, (namun) tertakluk pada keputusan Majlis Syura Ulama menurut peruntukan Perlembagaan PAS," katanya.
Dia berkata demikian pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-56 di dewan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU) di Alor Setar, hari ini, ketika membacakan kembali usul yang dibawa oleh perwakilan Perak dan Negeri Sembilan.

Usul itu kemudian mendapat persetujuan secara sebulat suara dari seluruh perwakilan yang hadir.

Sementara itu, ketika membentangkan usul, perwakilan Negeri Sembilan Mohd Husaini Husin memberitahu, dia mencadangkan agar PAS memberi kata dua sama ada untuk putus atau tidak dengan PKR.

Antara hujah yang diberikannya, PKR meruntuhkan semangat setiakawan apabila menerima anggota Parlimen Tumpat memasuki parti mereka.
"Usul saya ialah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. (Kalau) nak kaji, (itu) tiga tahun lepas. Kali ini kita nak putus. Nak keputusan nak putus atau tak.
"(PKR) meruntuh semangat setia kawan apabila menerima anggota parlimen kita ke parti dia. Dua tahun PAS bersabar. Sekarang bukan untuk kaji, tapi putus atau tak. Bercerai atau tak," tegasnya.
Sebagai rekod, hubungan kerjasama diantara PAS dan PKR sejak kebelakangan ini juga sering kali dilanda kontroversi apabila ada dikalangan pemimpin PKR secara terbuka mengkritik pimpinan PAS.

Ada dikalangan pemimpin parti itu melabelkan PAS sebagai sebuah parti Pengkhianat yang telah membelakangkan kepentingan Pakatan terutamanya dalam Pilihan Raya Umum yang lalu.

Bahkan PKR juga seolah - olah sependapat dengan DAPigs dan PAN yang menuduh PAS bersekongkol bersama UMNO untuk menjahanamkan gabungan Pakatan Pembangkang itu dalam PRU yang akan datang.

Dan yang terbaru, perancangan agenda Langkah Kajang, Si Rafizi tu dilihat mula berkempen memburukkan PAS secara terang - terangan dengan mendakwa kononnya parti itu ada menerima habuan dana kewangan dari 1MDB walaupun hakikatnya dia tidak ada sebarang bukti mengenainya!!!

Khamis, April 27, 2017

Perwakilan Dewan Ulama Selangor, Nik Baki Nikmat menarik perhatian persidangan sayap itu apabila dengan lantang mengingatkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali agar tidak celupar  menghina ulama.
"Menteri besar Selangor dari PKR hina dengan bahasa memanggil lebai. Bagi kami, kami tak boleh terima. Atas dasar Islam suatu agama nasihat, maka sekali lagi, kami nasihat menteri besar dari PKR, Azmin Ali, tolong pada masa akan datang jangan celupar mulut hina para alim ulama," katanya ketika berucap di Muktamar Dewan Ulama.
Azmin terdahulu seperti yang dilaporkan media sebagai melabelkan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz sebagai 'Tok Lebai' yang tersungkur (kalah dalam pemilihan) di kawasan sendiri.

Ia susulan Nik Abduh mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa mereka menyasarkan untuk mentadbir Selangor pada pilihan raya umum ke-14, selain Kelantan, Terengganu, Kedah serta Perak.

Nik Abduh sebelum itu kalah teruk dalam pemilihan PAS peringkat kawasan Pengkalan Chepa dengan hanya mendapat 37 undi berbanding lawannya,  Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Dr Izani Husin dengan 207 undi.

Nik Baki kemudiannya juga turut berkata bahawa dia dan ramai lagi pemimpin serta penyokong PAS peringkat kawasan mahu hubungan kerjasama politik dengan PKR ditamatkan.
"Kalau boleh nak putus segera (dengan PKR) kerana dari segi berpolitik, menyinggung lawan adalah benda biasa tapi menyinggung dengan benda penghinaan pada tuan-tuan guru di sekitar kita terutama presiden kami.
"Kami mohon sejujurnya, kami tidak mahu gopoh, tetapi kami perlukan satu pendirian dari Dewan Ulama PAS Pusat.
"Kita tengok bila berlaku PRK Sungai Besar terang-terangan PKR menyebelahi Amanah, bagaimana kita nak teruskan (hubungan) sebab di hadapan mata kita rakan setia kita, lawan kita," katanya.
Setakat ini, sekitar 40 usul sudahpun diluluskan untuk mendesak PAS Pusat memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR. PKR pula, menjarakkan diri dan enggan mengulas usul demi usul yang diluluskan itu, bagi memberi ruang seluasnya kepada PAS membuat keputusan.
Kalau ada penyokong DAPigs atau mereka yang taksub dengan parti Ternakan DAPigs tu baca artikel ni, sahih diorang akan meroyan tak tentu arah dan meracau macam orang hilang akal.

Buat sekian kalinya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan ni mampu membuatkan puak - puak penyokong parti Ternakan DAPigs dan 'Abang Besar' mereka 'Panas Telinga'.

Dalam ucapannya hari ini, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan bahawa adalah lebih baik Negara ini ditadbir oleh sebuah parti yang berjuang berdasarkan kepada semangat Nasionalis.
“Tidak ada guna PAS menjatuhkan kerajaan sekular nasionalis sekarang, kalau pengantinya adalah kerajaan sekular sosialis,” kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.
Kenyataan itu katanya merujuk kepada parti komponen dalam Pakatan (PH) dengan menegaskan parti sekular sosialis lebih bahaya daripada kerajaan sekular nasionalis iaitu Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan sewaktu Majlis Perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Sekolah Rendah Islam, Darul Ulum, Kedah, hari ini.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berharap, seluruh kepimpinan dalam Pas termasuk Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda membuat persediaan secukupnya mengikut keupayaan yang ada bagi menjadi pengganti kepada kerajaan sekarang.

Katanya, PAS kini perli bersiap sedia untuk berdepan dengan dua kumpulan musuh utama iaitu Kuffar dan penganut Islam Liberal yang menjalankan visi ekstrem serta tunduk kepada agenda barat.
“Mereka melakukan serangan terhadap institusi ulamak yang menjadi teras gerakan parti Islam. Ulamak seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dihina dan diperlekehkan. Mereka mencipta persepsi bahawa ulamak adalah kolot dan bersengkokol dengan kezaliman pemerintah (BN) yang mendapat habuan kebendaan.
“Apabila ada kebencian masyarakat kepada ulamak, senanglah mereka dapat merungkai Islam dari anutan umatnya,” ujar beliau.
Bagi sesetengah pihak, kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor itu jelas merujuk kepada DAPigs, PAN dan PKR yang kerap kali menyerang kepimpinan parti dan turut sama menjadikan PAS sebagai 'Musuh Utama' Pakatan pada ketika ini!!!
Heh! Nampak gayanya puak PKR tu sekarang ni dah mula takut dengan bayang - bayang mereka sendiri. Dek kerana terlalu takut tak tentu arah, habis semua cermin dipecahkannya.

Lepas satu persatu alasan cuba diberikan untuk menjustifikasikan keadaan. Tapi apa boleh buat. Taik dah melekat pada muka. Kalau diorang nak basuh pun, baunya tetap boleh dihidu.

Pokok pangkalnya, PKR merupakan sebuah parti yang GAGAL untuk membentuk keperibadian dikalangan pemimpin mereka sendiri. Setakat pandai bercakap je, apa gunanya?

Hakikatnya, kes rasuah dan kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh salah seorang pemimpin muda parti itu bukan cerita baru. Tapi sebaliknya, dia hanya dijadikan kambing hitam semata - mata.

Apa yang jelas, alasan yang diberikan oleh pemimpin parti itu sejak kes yang melibatkan Anak Ikan Mak Lampir itu tersiar didalam laporan media membuktikan keadaan sebenar PKR.

Tambah memalukan ialah apabila 'Pakar Strategi' parti itu cuba memberikan alasan kononnya Anak Ikan Si Mak Lampir tu merupakan bekas ahli PAS yang baru sahaja masuk PKR.

Ianya secara tidak lansung menjelaskan parti itu mengamalkan dasar Politik Retorik dan memberikan gambaran bahawa dikalangan pemimpin mereka hanya terdiri dari kalangan manusia MUNAFIK belaka.

Bila kena pada orang lain, bukan main kecoh lagi diorang berkokok tak tentu arah membuat tuduhan yang bukan - bukan. Tapi bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak diorang nak sorok?

Sekarang PKR dah keluarkan arahan supaya semua pemimpin parti itu menutup mulut masing - masing dari membicarakan mengenai kes yang melibatkan Anak Ikan Si Mak Lampir tu.

Katanya, keputusan mengenai tindakan yang akan diambil dan semua kenyataan yang dibuat oleh pemimpin parti itu boleh dibuat dalam mesyuarat tertutup, bukannya secara terbuka.
"Segala urusan berkaitan pendirian PKR, seeloknya dan sebetulnya diputuskan di dalam mesyuarat kepimpinan parti. Sama ada Mesyuarat Biro Politik atau mesyuarat Pimpinan PKR.
"Mana-mana pimpinan pun sebaiknya mengeluarkan ulasan, pendirian atau cadangan di dalam mesyuarat, bukan di khalayak ramai," kata Ahli Jawatankuasa Biro Politik PKR, Kamaruddin Jaafar kepada media.
Nampak sangat tindakan PKR ni cuba nak sembunyikan kesalahan dan kelemahan diri mereka sendiri. Maka sebab itu diorang keluarkan arahan sedemikian rupa supaya tidak banyak isu yang keluar.

Tidakkah tindakan itu boleh dianggap sebagai satu taktik Politik Retorik yang diamalkan oleh PKR untuk memperbodohkan rakyat secara terbuka? Kalau dah salah tu, mengaku je la. Tak payah la beria nak suruh orang tutup mulut pulak!!!
Semakin hari semakin ramai yang mula tertanya - tanya, bagaimana Datuk Seri Jamal Yunos boleh memiliki dokumen rahsia yang ada hubung-kaitnya dengan puak Pakatan Haprak tu.

Jika sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu telah membuat pendedahan sehingga terbongkarnya rahsia Anak Ikan Si Mak Lampir yang memiliki harta kekayaan luar biasa tu.

Kes berkaitan dengan Anak Ikan Si Mak Lampir tu kini bakal dibawa ke mahkamah selepas dia didakwa oleh pihak SPRM awal bulan yang lalu melibatkan beberapa penyalah-gunaan kuasa.

Kemudian, Datuk Seri Jamal Yunos juga turut menyerahkan dokumen kepada pihak SPRM yang berkaitan dengan penyelewengan kuasa yang telah dilakukan oleh Si Mak Lampir tu sendiri.

Kali ini, untuk sekian kalinya, Jamal sekali lagi tampil mendedahkan mengenai penyelewengan yang telah dilakukan sendiri oleh Menteri Besar Selangor tu dikawasan Paya Indah Wetland.

Dalam pendedahan yang dibuat, Jamal mendakwa Si Menteri Besar Selangor tu telah meluluskan projek yang bernilai hampir mencecah RM 30 billion dikawasan yang pernah mencetus kontroversi itu.
"Setelah 2 minggu membeli tanah ini daripada syarikat asalnya, Azmin Ali meluluskan permohonan tersebut untuk memajukan  kawasan ini dijadikan bandar baru.
“Kenapa terburu-buru untuk memberikan kelulusan kepada Syarikat Gamuda untuk memajukan  kawasan ini, adakah kontrak bernilai RM30 bilion turut disumbangkan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH)," ujarnya kepada pemberita ketika membuat tinjauan di Paya Indah Wetlands, petang tadi.
Jamal yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, dia cukup kesal dengan sikap Azmin, meluluskan projek tersebut sementelah ia adalah kawasan tadahan air hujan.
"Mengikut laporan alam sekitar jika kawasan ini dimajukan maka akan berlaku banjir besar yang teruk di Selangor dan kawasan ini, maka ditolak.
"Kawasan ini adalah kawasan tadahan hujan, maka kita tidak mahu kawasan-kawasan di sekitar ini, di Putrajaya, Dengkil, Sepang mengalami banjir, jadi kalau kawasan seluas 1200 hektar ini, maka rakyat Selangor akan terima musibah dan bala sekali lagi," katanya.
Maka persoalannya, siapa yang serahkan dokumen berkaitan dengan projek tersebut kepada Jamal? Bagaimana Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memiliki dokumen - dokumen tersebut?

Dengar katanya, Si Rafizi tu sekarang ni sedang menyusun strategi untuk menjahanamkan Azmin di Selangor dan mahu Timbalan Presiden PKR itu turun dari kedudukannya pada ketika ini.

Selain daripada memecah belahkan kesepakatan diantara PKR dan PAS di Selangor, salah satu kaedah yang digunakan oleh Rafizi ialah dengan mengheret Si Azmin tu ke muka pengadilan.

Daripada sumber dalaman PKR sendiri juga mengakui bahawa perang diantara Si Rafizi dengan Si Azmin tu memang sudah menjadi satu 'Rahsia Umum' dan ianya semakin bertambah kronik.

Jika sebelum ini pun, Si Rafizi tu juga pernah tampil membuat dakwaan secara terbuka terhadap pentadbiran dibawah pimpinan Azmin yang didakwa turut terlibat dengan gejala 'Rasuah Betina'.

Jadi, tak mustahil sekiranya Si Rafizi tu yang bertanggungjawab membocorkan rahsia kepada orang luar sehingga menyebabkan Si Menteri Besar Selangor tu sekarang ni sedang berada dalam keadaan 'Panas Punggung'!!!
Apakah perlu Timbalan Presiden PPBM mengambil tindakan dan memfailkan saman terhadap Bekas Setiausaha Kerja parti itu kerana menabur fitnah seperti yang didakwa dibawah?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini, Bekas Setiausahakerja parti itu mendakwa Timbalan Presiden PPBM, Datuk Mukhriz Mahathir membawa rakan - rakannya menyertai parti.

Namun dalam masa yang sama, kata bekas SUK PPBM itu, Timbalan Presiden tersebut telah menjanjikan jawatan kepada rakan - rakannya walaupun dia tahu mereka semuanya bermasalah.
"Jika beliau (Mukhriz) tujukan kenyataan itu terhadap saya, beliau adalah seorang yang paling tidak jujur di dalam perjuangan PPBM. Sedangkan Mukhriz merupakan antara orang yang menimbulkan masalah dengan membawa masuk orang-orangnya, kawan-kawan bermasalah di dalam parti.
"Mukhriz tidak perlu putar-belit. Mukhriz kena jelas siapakah yang dimaksudkan. Dan saya mencabar Mukhriz dalam debat terbuka, jika beliau kata ada bukti, saya pun ada bukti untuk mengatakan antara perkara yang merosakkan parti adalah rakan-rakannya sendiri," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
Terdahulu, Mukhriz mengesahkan wujud dakwaan ada ahli PPBM yang bermasalah termasuk disogokkan habuan untuk merosakkan parti. Namun, tiada tindakan diambil sementelah golongan itu sudah keluar parti.
"Memang mudah menuduh seseorang itu disogok dan sebagainya apabila orang itu keluar parti, sedangkan masalah yang diutarakan tidak mahu diakui dan diselesaikan.
"Ketika PPBM mula ditubuhkan kita tidak mempunyai masalah dalaman parti, sehinggalah rakan-rakan pemimpin utama di dalam parti dibawa masuk, kemudian dengan mudah mengatur kepimpinan bahagian. Ini menimbulkan rasa tak senang di kalangan orang," ujar Kamarulazman.
Bekas Setiausahakerja parti itu kemudiannya turut mempersoalkan ke arah manakah Mukhriz mahu membawa perjuangan PPBM, sama ada mahu menjadikannya sebagai platform persendirian.
"Mukhriz kena jelas apakah yang beliau mahukan di dalam PPBM. Jika beliau benar berhasrat untuk perjuangan di dalam parti, beliau perlu menjadi rasional, jangan terlibat membawa masuk orang-orangnya,"
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Tun Mahathir mendakwa adalah sewajarnya orang yang disogok dengan jawatan ini mengambil tindakan keluar dari parti tersebut.

Kenyataan dari bekas Perdana Menteri itu katanya ditujukan khusus buat bekas Setiausaha Kerja parti itu yang bertindak meninggalkan PPBM bersama 800 orang ahli yang lain pada minggu lalu.

Persoalannya, adakah Tun Mahathir akan mengambil tindakan yang sama sekiranya dakwaan yang dibuat oleh bekas Setiausahakerja PPBM itu benar? Adakah dia juga akan mengarahkan agar anaknya itu meletakkan jawatan dan keluar dari parti???
Makin ramai yang keliru dengan sikap dolak - dalik pemimpin Pakatan Harapan berhubung Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), ada yang kata nak mansuh, ada yang kata nak kekal. Yang mana satu ini?

Apa yang jelas, tindakan Pakatan pembangkang itu dilihat cuba menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan rakyat dan tidak bercakap benar mengenai pendirian mereka berhubung GST.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata ketika ini ada banyak pendirian yang dinyatakan pemimpin pembangkang, ada yang menyatakan GST perlu dimansuh dan ada yang mahu dikenakan sifar cukai (zero rated).

Katanya, tindakan mereka itu menunjukkan bahawa pembangkang tidak mempunyai pendirian tetap mengenainya malah pilihan bagi menggantikan GST juga tidak dinyatakan dengan jelas.
"Pembangkang boleh menjadi popular dengan mengatakan mereka mahu memansuhkan GST sebaik sahaja mereka berkuasa, kita ada projek pembangunan mega yang sedang berjalan, misalnya Lebuhraya Pan Borneo dan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). Ia satu pembohongan kepada rakyat sekiranya mereka gagal mencari jalan untuk mendapatkan semula hasil yang hilang itu,"
"Ada banyak versi yang kita dengar keluar daripada mulut pemimpin pembangkang mengenai GST ini, ada pihak kata mereka akan mansuhkan, ada yang kata dikekalkan, digantikan dan terbaharu mahu dilaksanakan sifar cukai.
"Kita tidak tahu yang mana satu mereka inginkan dan kerajaan yang bagaimana mahu mereka wujudkan kerana masalah sebegini pun mereka tidak bersatu hati mengenainya. 
"Mereka nampaknya tidak konsisten dan tidak membincangkan perkara ini sesama mereka," katanya kepada media selepas menjadi ahli panel pada Bengkel Peringkat Menteri ASEAN 2017 - Mengemudi Halangan Pembangunan Mapan di Universiti Sunway Selasa.
Abdul Rahman mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang menyatakan Pakatan Harapan tidak akan memansuhkan GST jika menang pilihan raya umum akan datang sebaliknya mengenakan sifar cukai untuk GST.

Awal tahun ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata Pakatan Harapan dilaporkan berhasrat menghapuskan tol Jambatan Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-Selatan dan GST, jika berjaya menjadi Kerajaan Pusat pada PRU-14.

Pada minggu lalu pula Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad, menyatakan GST tidak akan dihapuskan kerana "itu mungkin menyebabkan beberapa masalah dengan pembiayaan kerajaan" dan mahu menaikkan cukai korporat menggantikan GST.
Abdul Rahman berkata, pembangkang tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebaliknya perlu mencari alternatif bagaimana mahu meningkatkan pendapatan atau mengekalkan hasil negara.

Rabu, April 26, 2017

Jika sebelum ini, bila orang kata wujud perang diantara Si Azmin tu dengan Rafizi, ramai yang dakwa itu hanya sekadar fitnah. Tapi hakikatnya, perang diantara mereka memang benar - benar wujud.

Bekas Naib Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub menggesa pimpinan parti itu mencari jalan penyelesaian dalam 'perang dingin' melibatkan Timbalan Presiden, Si Azmin Ali dan Si Rafizi.

Ujarnya, PKR tidak lagi boleh menafikan wujud pergeseran serius antara Azmin dan Rafizi yang akhirnya menyukarkan parti untuk bersatu dan fokus kepada isu-isu yang lebih besar, menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. 
"Dalam isu ini saya kira ia menjadi rahsia kepada beberapa keadaan yang bersifat pertembungan dalaman PKR. Mengakui kewujudan hal tersebut tidak ada salahnya.
"Pimpinan parti perlu mengakui kewujudan pergeseran tersebut, supaya ada langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi, atau paling tidak mengurangkan pergeseran tersebut," demikian menurutnya ketika dihubungi Antarapos.
Sebelum ini Rafizi, dilihat pemerhati politik sebagai cuba 'menyerang' Azmin dengan menyelar Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly bersabit isu kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Adam yang dilapor media sebagai mempunyai hubungan baik dengan Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin dan juga Azmin kini berdepan dengan enam pertuduhan mengemukakan penyataan dan dokumen palsu, bersabit kekayaan luar biasa yang dimilikinya. 

Menurut Rafizi, beliau terpaksa menyatakan pendiriannya bersabit isu Adam atas dasar ketelusan dan keadilan. Sementara Azmin dilihat menjarakkan diri dan meminta semua pihak memberikan ruang untuk Adam disiasat pihak berkuasa.

Penganalisis politik, Dr Kamaruzzaman Yusuf ketika dihubungi Antarapos, berkata mungkin ada sebab mengapa Rafizi memilih untuk menyentuh pendakwaan yang dihadapi Adam.
“Itu mungkin juga (usaha Rafizi jatuhkan Azmin), sebab diketahui ramai bahawa Rafizi dengan Azmin ni memang bermasalah, sebelum ni pun ada laporan SPRM buat pada pegawai di pejabat Azmin," ujar Kamaruzzaman.
Untuk rekod, Rafizi pernah membuat laporak kepada SPRM berhubung dakwaan permintaan habuan seks oleh pegawai kerajaan negeri Selangor, untuk mendapatkan projek.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Rafizi tu cuba memburukkan nama PAS dan mencemar imej parti itu juga merupakan sebahagian daripada agendanya untuk menjahanamkan kedudukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika ini!!!
Aduhai!!! Nampak sangat yang Si Rafizi ni cuba nak menimbulkan rasa kebencian rakyat terhadap PAS apabila dia mendakwa bahawa Anak Ikan Si Mak Lampir tu dulunya merupakan ahli PAS.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Si Rafizi tu membuat dakwaan kononnya Anak Ikan Si Mak Lampir baru sahaja menyertai PKR pada tahun 2010 selepas dia keluar dari PAS.
“Dia masuk PKR pada 2010, sebelum itu dia anggota PAS,” katanya.
Dalam erti kata mudahnya, Si Rafizi tu cuba membuat dakwaan kononnya Si Mak Lampir tu kutip budak PAS untuk menjadi Anak Ikannya dan telah mencemarkan reputasi PKR secara tidak lansung.

Jika sebelum ini, Si Rafizi tu cuba mencemar nama baik PAS dan menjatuhkan imej parti itu dengan membuat tuduhan kononnya bekas pemimpin parti itu menerima dana kewangan dari 1MDB.

Bagi sesetengah pihak, tindakan Si Rafizi tu ibarat seperti mencurah minyak ke atas bara yang sedang menyala serta menyebabkan bara api itu semakin merebak dan menjadi wabak penyakit.

Pada ketika ini, hubungan kerjasama Politik diantara PAS dan PKR boleh diibaratkan sama seperti 'Teur Dihujung Tanduk' apabila PAS mendesak mahu memutuskan hubungan dengan PKR.

Malah tindakan Si Rafizi itu juga didakwa sebagai cubaan untuk memburukkan PAS dengan memberikan gambaran seolah - olah PAS ni merupakan sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

Bahkan Si Rafizi tu juga cuba mempamerkan kepada rakyat bahawa PAS ni sebuah parti yang 'Mudah Dibeli dengan Duit' dan banyak menghasilkan pemimpin yang mengamalkan rasuah.

Semuanya hanya semata - mata kerana Si Rafizi tu nak menjahanamkan hubungan kerjasama PAS dengan PKR di Selangor supaya dia dapat menjejas kedudukan Si Azmin Ali tu sebagai Menteri Besar.

Realitinya, jika PAS putuskan hubungan kerjasama Politik mereka dengan PKR di Selangor, maka sudah pasti Si Azmin yang telah menggagalkan agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh Si Rafizi tu tidak dapat mengekalkan kerusi Menteri Besar Selangor tu!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping