Sabtu, Disember 30, 2017

Tindakan PKR yang meletak syarat jika mahu Tun Mahathir dicalonkan menjadi Perdana Menteri Sementara Pakatan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘naik angin’.

Seorang Ahli Majlis Tertingginya membidas PKR dengan memberi peringatan agenda Pakatan itu bukan perjuangan seorang individu bernama Anwar yang dilabelkan sebagai Si Ketua Penipu itu.
“Ini gabungan PH, semua kena berbincang dan memuktamadkan keputusan, bukan dengan PKR yang menentujan syarat dan cara gabungan ini diuruskan. Kami tidak mahu PH dilihat sebagai satu gabungan untuk Anwar,” beliau dipetik berkata.
Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu memberi respon susulan laporan kononnya PKR meletak syarat sebelum bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon PM sementara.

Difahamkan, dalam satu mesyuarat biro politik baru-baru ini, PKR meletak syarat kepada Mahathir yang antaranya menggesa agar Si Ketua Penipu itu dibebaskan segera dan dilantik menjadi PM.

PKR juga juga mahu Tun Mahathir berjanji bahawa dia hanya akan menjadi Perdana Menteri Sementara sehingga Si Ketua Penipu itu mengambil alih tampuk pemerintahan Negara. 

Malah, dari apa yang dilaporkan, Tun Mahathir juga perlu menandatangani syarat-syarat yang dikemukakan oleh PKR tersebut sebelum parti itu bersetuju dengan pencalonannya sebagai Perdana Menteri.
"Pembeli tanah felda adalah warga luar!! Abd. Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang kad pengenalan warga luar negara!!!" Demikian kenyataan yang dibuat oleh Si Din Botoks ni.

Tanpa rasa segan silu, Si Din Botoks tu juga turut memuat - naikkan status dilaman media sosial mendakwa kononnya pemilik tanah Felda di Jalan Semarak itu merupakan warga asing.

Dari satu sudut, dakwaan yang dibuat oleh Si Din Botoks itu hanya sekadar satu propaganda Politik yang mahu mengelirukan rakyat secara terang - terangan dan memburukkan imej Felda.
Si Din Botoks tu juga cuba memberikan gambaran seolah - olah pihak Kerajaan menjual aset Felda kepada warga asing sedangkan dalam masa yang sama dia turut membodohkan diri sendiri.

Kenyataan kononnya pihak yang didakwa memiliki tanah Felda Jalan Semarak itu merupakan warga asing itu dibuat hanya berdasarkan kepada kod nombor kad pengenalan mereka 71.

Sebagai rekod, beberapa orang pemimpin Pakatan Haprak tu juga turut memiliki kod nombor kad pengenalan 71. Diantaranya ialah Presiden PKR, Si Wan Azizah dan Timbalannya, Azmin Ali.

Jika berdasarkan kepada logik yang diguna-pakai oleh Si Din Botoks ni, bermakna PKR pada ketika ini dikuasai oleh Warga Asing! Adakah itu bermakna PKR juga menjual dasar perjuangan parti itu kepada orang luar? Itu pasal orang pesan, Bodoh tu Jangan Tunjuk Sangat!!!

Jumaat, Disember 29, 2017

PKR merupakan satu - satunya parti di dalam Pakatan yang sehingga kini belum memberikan kata putus tentang calon Perdana Menteri tampil menafikan khabar angin kononnya ia merancang menentang keputusan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu dinyatakan Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar, sebagaimana yang dipetik dari laporan yang disiarkan melalui laman portal The Malaysian Insight baru - baru ini.

Nurul Izzah mendakwa partinya bukan sengaja menangguhkan persetujuan untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri, sebaliknya keutamaan pembangkang pada ketika ini adalah menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 terlebih dahulu.

Berkenaan isu calon perdana menteri, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, perkara tersebut masih dibincang secara tertutup oleh pemimpin-pemimpin empat parti gabungan pembangkang itu.
“Setakat yang saya tahu, kami masih tak sahkan apa-apa cadangan (calon perdana menteri) sudah dibuat,” katanya.
Sebelum ini nama Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PH dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilaporkan sebagai calon perdana menteri dan timbalan perdana menteri gabungan pembangkang itu selepas ia mengadakan permukiman di Putrajaya baru-baru ini.
“Fokus penting sekarang adalah menang pilihan raya…tiada keperluan untuk mengutamakan penamaan (calon) perdana menteri. Barisan Nasional menyerang kami dalam isu ini, mahu (nama) calon diumumkan.
“Tetapi fokus kita adalah memuktamadkan (pembahagian) kerusi bagi memastikan kita (boleh) merampas kuasa untuk mewakili rakyat dan melaksanakan perubahan,” ujar Izzah.
Sementara itu Izzah juga memaklumkan PH pada masa kini sedang memuktamadkan senarai pembahagian kerusi bagi PKR-DAP-Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). 
Memang tak laku dah Si Husam Musa ni rupanya sampai tahap pihak pengurusan sebuah Hotel pun terpaksa membatalkan program yang melibatkan bekas Exco Rejim PAS Kelantan itu.

Program Bicara Anak Kelantan: Merungkai Persoalan Bersama Datuk Husam Musa yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan saat-saat akhir kerana ia melibatkan Naib Presiden Amanah itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh penganjur program berkenaan setelah pihaknya diberitahu oleh pengurusan hotel yang menyebut pembatalan dilakukan kerana melibatkan Husam.

Program tersebut dianjurkan oleh laman Sokmo.net dan dijadualkan berlangsung di sebuah hotel di Kota Bharu pada jam 9 malam ini.
"Kami telah membuat tempahan dewan untuk program itu sejak awal November dengan membayar wang deposit dan memenuhi syarat yang ditetapkan hotel.
"(Tetapi) pengurusan diarahkan membatalkan tempahan itu 48 jam sebelum program. Alasan (syarikat) pemilik hotel ialah kerana ia melibatkan Husam," kata pengarang Sokmo.net, Mohd Zuharman Mohammar Nor dalam kenyataan semalam.
Selain Husam, penganjur program turut menjemput Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu dan ADUN Pulai Chondong untuk turut sama menjadi panel program itu. Bagaimanapun kedua-dua pemimpin tempatan itu menolak jemputan berkenaan.
Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng meroyan sakan mendesak Presiden Pas, Hadi Awang mengambil tindakan saman terhadap media yang menyalah tafsirkan kenyataannya tentang pemimpin Melayu, beragama Islam sahaja boleh menjadi menteri di Malaysia.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bukan sahaja boleh menyakitkan hati orang bukan Islam dan bukan Melayu malah turut bersifat mengancam.
"Saya harap dia (Abdul Hadi) boleh saman media berkenaan kalau benar apa yang dia cakapkan itu telah disalah tafsir.
"Sekiranya dia tak berani saman media terbabit itu bermakna dia telah menyakitkan hati orang bukan Islam, orang bukan Melayu dan mengancam mereka dengan apa yang disyorkan olehnya," katanya ketika ditemui media di sini pagi tadi.
Abdul Hadi dalam sebuah artikel minggu lalu mencadangkan orang bukan Islam boleh memegang jawatan dalam Kabinet tetapi hanya dalam peranan sebagai teknokrat dan bukan jawatan yang memuat keputusan.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepimpinan utama yang menjaga dasar dan konsepnya daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep. Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat,” katanya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, rumusan beberapa agensi berita yang bertajuk 'Presiden Pas: Anggota Kabinet Melayu Untuk Malaysia' mengenai kenyataan Abdul Hadi yang disiarkan di Harakah Daily pada 22 Disember lalu telah dilaporkan secara salah.

Khamis, Disember 28, 2017

Penetapan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada PRU14 dilihat sebagai isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, adakah  mereka yang berdaftar sebagai anggota sukarelawan polis (PVR), seperti anggota Rela boleh dikategorikan sukarelawan polis layak mendaftar untuk undi pos?
“Begitu juga status polis bantuan, kor kadet, simpanan pesara polis - adakah semuanya tersenarai sebagai pengundi pos? Menurut data terkini, jumlah anggota tetap pegawai Rela adalah seramai 1,100 orang, walhal sukarelawan Rela hampir 3.05 juta orang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dakwanya, banyak pihak mula meragui, apakah pada saat akhir sebelum PRU14 kelak, SPR bersedia menyatakan jumlah terkini bagi keseluruhan kategori undi pos, termasuk yang difikir layak?
“Langkah tidak popular ini akan mengakibatkan banyak pihak menganggap SPR seperti pengadil yang berat sebelah, iaitu akan menyelamatkan kerajaan kleptokrasi Umno/BN  dengan menggunakan undi pos sebagai talian hayat akhir dalam PRU14.
“Pertama, keraguan amat jelas apabila pendaftaran pengundi pos dalam kategori petugas dan pasukan keselamatan dilakukan secara hendap dan tidak telus,” ujarnya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai ini juga mendakwa, SOP yang tempang ini turut memberi laluan kepada BN menggunakan kuasa untuk memindah pengundi ke kawasan pilihan raya yang mahu BN menangi di saat-saat akhir.
“Lebih-lebih lagi, apabila senarai pengundi pos tidak diwartakan awal sebelum pilihan raya umum dan calon juga tidak menerima maklumat tentang pengundi pos.
“Malahan, menteri yang mempunyai kuasa dalam pendaftaran anggota Rela, mempunyai ruang untuk mendaftar undi pos anggota Rela ke kawasan Dun atau Parlimen yang mereka mahukan tanpa justifikasi yang jelas,” katanya.
Sebelum ini katanya, terdapat beberapa kes pengundi dipindahkan pada saat akhir antaranya pengundi ini tidak hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), SPR dan pejabat Pos untuk menukar alamat dalam cip Mykad mereka.
Kenyataan terbaru Hanipa Maidin berhubung golongan ateis hanya akan memburukkan imej parti Ternakan DAPigs itu, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul mengulas pandangan Hanipa yang mengatakan hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama, maka barulah penyebaran fahaman itu dikalangan umat Islam boleh dikawal.
"Pada hemat saya konar baring terbaru Hanipa Maidin ini walaupun mungkin dimaksudkan untuk memperbaiki imej beliau dan imej PAN yang tercalar di mata umat Islam, sebenarnya akan menjunamkan lagi imej beliau dan parti itu.
“Ini kerana, bila ateisme diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk dianuti dan mengamalkan ateisme tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.
Semalam, Hanipa Maidin dilapor berkata hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama maka penyebarannya terhadap penganut Islam boleh dikawal atau disekat selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Hanipa yang juga merupakan seorang anggota parlimen Sepang yang mewakili PAN tidak mengemukakan bukti bagi menyokong tafsiran bahawa ateisme adalah agama.

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tindakan yang dicadangkan oleh Hanipa itu hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah sekiranya aties diiktiraf sebagai agama.
“Lebih parah lagi,bila diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk "menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang" tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan,” tegas Kamarul Zaman.
Selain itu Kamarul berkata penyebaran ateisme terhadap penganut Islam sebenarnya boleh disekat melalui Perkara 11 (4) perlembagaan Persekutuan walaupun ateisme tidak diiktiraf sebagai agama.

Sebagai rekod, fahaman Ateis ini merupakan satu ajaran songsang yang jelas bertentangan dengan Islam diamalkan dan disebarkan oleh penduduk - penduduk di Negara Barat. Malah mereka juga turut tidak mengiktiraf kewujudan tuhan serta hari akhirat!!!

Rabu, Disember 27, 2017

Pihak yang menyebarkan fitnah kononnya lebih ramai ADUN PAS akan 'melompat' kepada parti lain termasuk PKR kini sebagai semakin 'meracau'.

Selepas ini mungkin mereka akan dakwa pula ahli dan pemimpin PAS akan melompat kepada DAP. Mereka yang menyebarkan berita pembohongan itu diminta bertaubat,

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr. Halimah Ali berkata, oleh kerana 'demam PRU14' semakin memuncak, ramai akan meracau bila suhu melangit.
"Virus PRU14 memang virulen dan poten. Jika terjangkit, akan hilang kewarasan. Yang betul dikata salah. Yang salah dikata betul. Yang dulu lawan, dianggap kawan. Yang dulu kawan dilawan habis-habisan," katanya dipetik daripada Harakahdaily.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang berkata, mereka kukuh berprinsip dilabelkan gila jawatan sementara yang melompat tak tahan kepanasan.
"Mereka cuba bertubi-tubi membina satu persepsi negatif mengenai YB PAS Selangor. Mereka lontar sebelum ini ada beberapa YB akan keluar PAS, dulu keluar PAS masuk parti serpihan PAS.
Terbaru dikatakan pula 10 Adun PAS akan keluar PAS. Kali ini dikatakan masuk PKR," ujarnya lagi. Menurut Dr. Halimah, tujuan mereka ialah untuk menunjukkan bahawa ADUN berkenaan telah hilang keyakinan kepada PAS.

Sementara itu  Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man  semalam mengi­ngatkan semua ahli dan pimpinan parti itu untuk bersedia menghadapi gelombang fitnah yang dipercayai lebih dahsyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Dalam erti kata mudahnya, PAS menganggap PKR sebagai sebuah parti yang hanya pandai menyebarkan fitnah bagi mengelirukan rakyat demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri untuk menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!!
Susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PKR baru - baru ini membuatkan pemimpin PAS menganggap ianya sebagai satu Penghinaan terbuka terhadap parti tersebut.


Naib Presiden PAS Pusat merangkap Exco Rejim Pakatan Selangor, Iskandar Samad hari ini sekali lagi menyelar pihak yang membuat fitnah kononnya ada ADUN PAS yang mahu menyertai PKR.

Kata Iskandar, lebih memburukkan keadaan apabila ada pihak yang mempercayai akan fitnah berkenaan sedangkan katanya, ADUN yang didakwa itu berdiri teguh di belakang Presiden PAS.
"Sayang, ramai yang lupa apa yang telah terjadi ketika berlaku Kajang Move. ADUN-ADUN inilah yang berdiri teguh di belakang presiden.
"ADUN-ADUN inilah yang menyokong penuh keputusan presiden untuk mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim (yang ketika itu menjadi menteri besar Selangor).
"Walaupun tekanan dan pujukan diterima amat hebat sehingga 2 ADUN kecundang, tetapi 13 ADUN ini tidak berganjak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sabtu lalu, tersebar khabar angin bahawa terdapat 10 dari 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak berpuas hati dengan hala tuju parti yang enggan bekerjasama dengan Pakatan dalam PRU ke 14.

Antara faktor yang mendorong ADUN terbabit 'melompat kapal' itu ialah bagi memastikan mereka kekal dicalonkan dan berpotensi untuk menang lebih besar dalam PRU yang akan datang.

Namun perkara itu dinafikan oleh Iskandar. Sebaliknya dia mendakwa, perkara itu adalah khabar angin yang 'sengaja dicipta' untuk mengganggu persiapan PAS Selangor menghadapi pilihan raya.

Kata Iskandar, jika faktor jawatan itu didakwa menjadi punca, krisis ketika Kajang Move itu lebih tinggi berbanding sekarang. Ketika itu, katanya, 13 ADUN PAS kekal istiqamah walaupun ada kemungkinan parti terbabit akan terkeluar daripada Rejim Pakatan Selangor.

Selasa, Disember 26, 2017

Ketua Pemuda PPBM hanya ibarat seperti katak di bawah tempurung apabila mempersoalkan kegagalan Kerajaan menyediakan rumah mampu milik untuk golongan belia di negara ini.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, Syed Saddiq sepatutnya membuat kajian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan itu kerana isu perumahan golongan belia sudah lama diperjuangkan oleh Pemuda Umno.

Beliau berkata, setiap tahun Pemuda Umno membangkitkan isu tersebut termasuk membahaskannya di Perhimpunan Agung parti bagi memberikan pandangan akar umbi mengenai keperluan perumahan di kalangan generasi muda.

Menurut Jamawi, banyak skim perumahan disediakan kerajaan untuk golongan belia antaranya Skim Perumahan Belia BSN, yang menyediakan bantuan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM200 bagi dua tahun pertama.
“Kerajaan juga menyediakan program Perumahan Transit Belia Kuala Lumpur, untuk bantu golongan muda B40 yang bekerja di Kuala Lumpur memiliki rumah sendiri.
“Manakala, harga sewa rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru RM124 sebulan,” katanya.
Beliau berkata demikian membidas kenyataan Syed Saddiq bahawa kegagalan kerajaan pusat menyediakan rumah mampu milik untuk belia akan menyebabkan mereka dihukum pada PRU14.

Jamawi berkata, usaha Kerajaan membantu golongan belia memiliki rumah sendiri tidak terhenti setakat itu sahaja kerana bagi kawasan luar bandar, Kerajaan turut menyediakan Skim Rumah Bina Negara melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
“Program perumahan ini disediakan khusus kepada golongan belia generasi kedua peserta di tanah-tanah rancangan agensi di bawah kementerian seperti Felcra dan Risda.
“Harga yang ditawarkan bagi Rumah Bina Negara Risda adalah RM65,000. Kerajaan memberi subsidi sebanyak RM20,000. Ini bermakna pemohon hanya perlu membayar RM45,000 sahaja,” katanya.
Pada masa sama, Jamawi turut mempersoalkan kesungguhan parti pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang yang juga gagal menyediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya.
Nampak gayanya, kemelut isu berkaitan dengan pencalonan bakal Perdana Menteri dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi menemui jalan buntu dan tidak dapat diselesaikan.

Kemelut itu bertambah meruncing apabila Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) mahu Presiden PKR, Wan Azizah layak dilantik sebagai Perdana Menteri ataupun Ketua Menteri.

Pengerusinya, Chong Eng berkata, ia kerana tiada undang-undang yang memperuntukkan bahawa wanita tidak boleh menjawat mana-mana jawatan di peringkat tertinggi pentadbiran kerajaan.
“Kita nak beri kesedaran bahawa persepsi ini harus diubah kerana zaman sekarang sudah tidak sama. Kita perlu beri kesedaran bahawa wanita sekarang sudah boleh pergi ke sekolah dan mampu bekerja.
“Kita harus beri peluang yang sama kepada wanita untuk bekerja dan jangan beri tanggungjawab hanya mengikut jantina. Misalnya mungkin dulu wanita tidak dapat buat, tapi sekarang mereka boleh laksanakannya dan mungkin lebih baik,” katanya.
Menurutnya, banyak lagi jawatan yang belum pernah diisi oleh golongan wanita terutama di peringkat pembuat keputusan yang penting di jawatan-jawatan tinggi.
“Wanita sekarang boleh buat kerja misalnya tugas perdana menteri, ketua menteri dan menteri-menteri yang penting. Banyak negara yang melantik wanita menjadi menteri luar dan menteri pertahanan, tapi Malaysia belum ada lagi buat masa ini,” katanya.
Jelasnya, keraguan terhadap kebolehan pemimpin wanita itu timbul kerana masyarakat tidak pernah melihat seorang wanita menjawat jawatan terpenting dalam peringkat tertinggi.

Jika sebelum ini, Pakatan Haprak itu telah bersetuju untuk memilih Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara manakala mereka mencalonkan Wan Azizah selaku Timbalannya.

Namun malangnya, keputusan mesyuarat tertutup yang diadakan dikalangan pemimpin tertinggi gabungan parti pembangkang itu sebelum ini tidak dipersetujui oleh beberapa pihak.

Terutama sekali dikalangan pemimpin Pakatan sendiri yang masih lagi mempunyai pandangan yang skeptikal dan curiga terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri itu secara terbuka.

Malah katanya, keputusan yang dibuat sebelum ini juga turut mendapat bantahan daripada Si Ketua Penipu itu yang tampil sekali lagi mengingatkan kepimpinan parti supaya mereka berhati - hati dengan agenda Politik Peribadi Tun Mahathir!!!
Pulak dah!!! Kenapa Si Azmin Ali tu tak nak bertanding di Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang? Hari tu bukan main bongkak lagi dia buat kenyataan terbuka.

Kata Si Azmin, dia yakin sekiranya bertanding di Parlimen YAB Perdana Menteri itu, Pakatan Haprak akan mendapat kemenangan yang cukup besar dalam PRU yang akan datang.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, tindakan itu merupakan satu langkah yang 'Paling Strategik' bagi parti pimpinan Wan Azizah untuk mencalonkan dirinya di Parlimen Pekan.

Tapi dalam satu laporan yang disiarkan semalam, Si Ezam Kotak tu pulak menyatakan hasrat untuk bertanding di Parlimen yang sama bagi mewakili NGO yang Pro Pakatan Haprak tu.

Menurut laporan yang disiarkan, NGO terbabit, Hisbah Centre for Reform atau lebih dikenali sebagai Hisbah itu mendesak agar bekas pengikut PKR itu kembali ke Malaysia serta merta.
“Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beberapa universiti di Yogyakarta dan Surakarta serta merta dan kembali menumpukan usaha sepenuhnya di Malaysia mulai Januari 2018,” jelas laporan tersebut.
Sebagai rekod, Ezam sebelum ini pernah menyertai PKR dan menjadi Hulubalang kepada Si Ketua Penipu tu sebelum dia keluar dari parti kerana tidak mendapat sebarang kedudukan istimewa.

Ezam juga pernah mendakwa kononnya dia mempunyai berkotak - kotak bukti terhadap penyelewengan yang mempunyai kaitan dengan Si Ketua Penipu tu sewaktu dia masih bersama PKR.

Namun Ezam pernah dilabelkan sebagai 'Pelacur Politik' oleh Si Ketua Penipu itu hanya semata - mata kerana dia mengambil tindakan keluar dari parti yang penuh dengan amalan kronisme itu.

Kemudian Ezam menyertai UMNO dan dilantik menjadi Senator Dewan Negara. Namun malangnya, sehingga ke hari ini, bukti berkotak - kotak yang didakwa oleh Ezam tidak juga didedahkan.

Malahan, Ezam bertindak keluar dari UMNO dan menyertai Gerakan Selamatkan Malaysia yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir serta dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tertinggi PPBM.

Tidak lama selepas itu Ezam sekali lagi mengambil keputusan untuk keluar parti dan menubuhkan parti baru bersama Khairuddin Botoks tetapi kemudian dia meninggalkan parti itu dengan alasan kononnya tidak mendapat kelulusan daripada pihak ROS.
Nampak gayanya kepincangan kepimpinan diantara PAS dan PKR semakin meruncing di Selangor walaupun cuba dinafikan. Keadaan itu sudah pasti akan merencatkan Politik di negeri berkenaan.

Jika sebelum ini, PAS Selangor tampil membuat penafian terhadap khabar angin yang mendakwa kononnya ada pemimpin serta ahlinya akan keluar dari parti dan menyertai PKR.

Namun penafian yang dibuat kepimpinan PAS itu seolah - olah disindir oleh pemimpin PKR yang mendakwa jika perkara itu berlaku, ianya akan mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor berkata, parti itu tidak ada halangan untuk menerima 10 orang ADUN PAS sekiranya mereka bersedia untuk menyertai PKR seperti yang dikhabarkan.

Terdahulu, khabar angin berlegar mengatakan akan terdapat 10 orang ADUN Pas bakal menyertai PKR. Bagaimanapun, Naib Presiden PAS menafikan khabar angin tersebut.
“Memang semalam (kelmarin) Naib Presiden PAS, Iskandar memberitahu dakwaan itu sebagai khabar angin dan hanya perang siber. Itu pendapat beliau saja, terserah. Namun jika ada yang berminat, kita tiada halangan dan menyambutnya dengan berlapang dada,” ujar Daroyah lagi.
Dari satu sudut, kenyataan pemimpin PKR Selangor itu seolah - olah memperlekehkan penafian serta pendirian yang telah dibuat PAS sejak parti itu keluar dari Pakatan sebelum ini.

Malah, pemimpin PKR itu juga memberikan gambaran bahawa PKR bersedia untuk menerima dan mengalu - alukan ahli serta pemimpin PAS yang keluar dari parti hanya semata - mata untuk menjaga kepentingan agenda Politik Peribadi mereka sendiri!!!

Isnin, Disember 25, 2017

Pihak yang terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksit diminta mengadakan perbincangan dengan wakil penduduk dalam usaha mencari penyelesaian terbaik berhubung isu perlombongan bahan mineral itu.

Pengerusi Gabungan Badan Bertindak Menentang Bauksit Kuantan (Geram), Ali Akbar Othman berkata, suara wakil penduduk perlu  diambil perhatian memandangkan mereka antara golongan yang terkesan akibat aktiviti berkenaan.

Menurutnya, penarikan semula sitaan 10 juta tan stok Bauksit yang diputuskan oleh pihak sebelum ini SPRM boleh memberi kesan buruk jika tiada langkah kawalan berkesan dilakukan.
"Sepanjang tempoh moratorium, kehidupan penduduk amat selesa selepas melalui tempoh penuh kesengsaraan akibat sikap tamak peniaga bauksit. Tiada persekitaran yang kotor, berdebu dan gangguan jalan raya yang menakutkan.
"Suasana ini bakal berubah sekiranya kerajaan tidak bersungguh-sungguh menyediakan mekanisme berkesan bagi mengawal kegiatan perlombongan dan pengangkutan jika aktiviti bauksit diteruskan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau  turut  mencadangkan agar  satu perbincangan terbuka antara kerajaan negeri, agensi penguatkuasaan terlibat, wakil penduduk dan pengusaha bauksit diadakan untuk mencari penyelesaian ‘menang-menang' bagi semua pihak.

Jelasnya, perbincangan terbuka adalah salah satu platform yang terbaik bagi mengatasi semua kelemahan yang berlaku pada perlombongan bahan mineral tersebut suatu masa dahulu.

Selain itu, Ali Akbar menyarankan agar semua aktiviti berkaitan bauksit tidak diteruskan selagi tiada penambahbaikan atau garis panduan prosedur operasi standard (SOP) baharu diperkenalkan.

Sebelum ini, isu perlombongan bahan mineral itu mendapat bantahan secara terbuka dari penduduk di sekitar kawasan Kuantan akibat berlakunya pencemaran yang tidak terkawal.

Pelbagai pihak juga pernah tampil membuat desakan terhadap Kerajaan dan wakil rakyat tempatan agar perlombongan bauksit itu diharamkan terus seperti yang pernah dilakukan di Indonesia.

Sebagai rekod, perlombongan bauksit di Kuantan dihentikan setelah moratorium dikuatkuasakan selepas pihak pengusaha, terutama pengusaha persendirian yang enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan.
Kalau baca kenyataan yang dibuat oleh bekas Ketua Srikandi PPBM yang dibuang dari parti itu baru - baru ini, dia seolah - olah mengakui bahawa DAPigs memegang tampuk kuasa Pakatan.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila mangsa Politik Toksik Pakatan Haprak tu mendakwa Malaysia bakal tergadai kepada 'Penjajah' sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang.

Antara lain, status didalam Facebook tu turut mengingatkan bahawa sejarah negara ada pahit manis dan semua rakyat Malaysia perlu menghargai apa yang telah dimiliki sehingga ke hari ini.
"Peliharalah apa yang kita peluk hari ini, jangan guris hati anak bangsa hingga ianya hancur dan dikutip orang lain.
"Jika Tanah Melayu dijajah lebih 400 tahun dan memiliki semula tanah ini selepas semua hasil mahsumnya dikaut penjajah, namun hari ini orang Melayu akan hilang kuasa ke atas tanah ini selamanya jika bangsanya hilang kuasa politik.
"Hilangnya tidak akan kembali. Ada negara luar yang pernah berajakan Melayu kini hilang jejak kuasa bangsa secara total.
"Biar dimaki hari ini tetapi saya tidak akan membiarkan anak cucu bangsa saya hilang identiti negara bangsa dimasa depan. Biar bercerai nyawa dari badan, saya pertahankan negara bangsa saya walau apa juga halangan dan cabaran yang bakal saya tempuhi," jelasnya melalui laman Facebook Empirical Malaysia.
Dari satu sudut, kenyataan itu seolah - olah memberikan gambaran bahawa agenda disebalik parti PPBM yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir itu juga ingin memberi kuasa kepada DAPigs.

Malah perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila DAPigs dianggap sebagai sebuah parti paling dominan dalam Pakatan manakala parti lain hanya sekadar Barua dan Balaci Suruhan parti yang mengamalkan dasar Ultra Chauvanist itu secara terbuka!!!
Adakah ini masa depan Malaysia? Kemungkinan besar keadaan seperti ini akan dibenarkan berlaku di Malaysia sekiranya rakyat dikalangan umat Islam membenarkan Pakatan Haprak tu berkuasa.

Kerana perkara itu cukup jelas melalui dasar perjuangan mereka yang mahu semua benda dilakukan secara bebas. Malah, bukan sahaja LGBT dibenarkan secara terbuka. Zina pun dihalalkan.

Selepas berjaya di Indonesia apabila mahkamah perlembagaan membenarkan amalan zina di negara paling ramai Muslim di dunia itu, kini giliran Tunisia menghancurkan akhlak remajanya.

Media antarabangsa semalam melaporkan negara Islam di rantau Afrika Utara itu berjaya melancarkan stesen radio khas untuk komuniti LGBT yang pertama di rantau Arab baru-baru ini.

Namun ia bersiaran hanya atas talian dan ditubuhkan hasil inisiatif kumpulan hak asasi LGBT tempatan dengan alasan mahu menangani permusuhan rakyat terhadap golongan itu di negara tersebut.

Untuk rekod, amalan terkutuk seperti yang diamalkan oleh golongan LGBT itu telah diharamkan oleh kerajaan Tunisia sejak 1913 dan pengamalnya boleh dihukum penjara selama tiga tahun.

Dikenali sebagai Shams Radio, stesen disokong Kedutaan Belanda di sini beroperasi setiap hari dari pagi sehingga tengah malam dengan menyiarkan berita mengenai isu politik, ekonomi dan sosial yang fokus komuniti LGBT.

Ekoran pelancaran stesen amalan dilaknat Allah ini, ia turut mengundang pelbagai reaksi negatif dan kecaman netizen menerusi media sosial, malah Bouhdid menerima lebih 4,000 ancaman atas talian termasuk ugutan bunuh.

Antara penyampai stesen ialah aktivis LGBT ternama iaitu Amina Sboui atau lebih dikenali sebagai Amina Tyler, 23, yang pernah muncul sebagai wanita Tunisia pertama berbogel menerusi Facebook pada 2013.
Demikian betapa retoriknya puak Pakatan Haprak di Malaysia ni. Cakap diorang ni semuanya tak serupa bikin persis seperti seorang Munafik. Dan begitulah juga sikap puak DAPigs.

Jika sebelum ini, parti itu mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M sebagai 'Gula - Gula Politik' yang dilaksanakan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat.

Walaupun diatas pentas Politik mereka mengecam tindakan tersebut, tapi hakikatnya, puak Pakatan Haprak tu dalam diam meniru pemberian bantuan tersebut secara terang - terangan.

Malah mereka juga turut mendakwa Kerajaan Barisan Nasional pimpinan YAB Perdana Menteri hanya berpura - pura menjadi Pembela Rakyat dengan pemberian bantuan tersebut.

“(Najib) berlagak seolah-olah menjadi pembela rakyat dengan memberi BR1M. Pada hemat saya, pemberian ini adalah satu program ‘Bantuan Rasuah 1Malaysia’ untuk memancing undi bagi PRU13," kata pemimpin DAP Perak dalam satu kenyataan media.
Jelas, apa yang didakwa sebelum ini, dihadapan pengikut - pengikut mereka hanya sekadar Pembohongan yang dilakukan secara terbuka. Habis semua pengikut - pengikut DAPigs tu kena kencing.

Hari ini, DAPigs sendiri mengakui bahawa puak Pakatan Haprak tu akan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) itu sekiranya mereka dapat menguasai Kerajaan Pusat kelak.

Dari satu sudut, kenyataan pemimpin DAPigs itu secara terbuka menyanggah pendirian Tun Mahathir yang sebelum ini membuat dakwaan kononnya BR1M itu sebagai satu bentuk rasuah terbuka.

Apa yang pasti, tindakan DAPigs dan puak Pakatan Haprak tu memperlekehkan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dianggap sebagai satu bentuk rasuah itu hanya sekadar mainan Politik Longkang mereka semata - mata untuk memperbodohkan rakyat!!!

Ahad, Disember 24, 2017

Pengasas Invoke yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dinasihatkan supaya tidak menyibuk dalam hal dalaman parti lain, sebaliknya memfokus kepada isu dalaman PKR.

Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, pendedahan Rafizi berkaitan kajian Invoke terbaharu, hanyalah perang psikologi bertujuan mengalih fokus pengundi Melayu daripada memilih PAS pada PRU14.

Menurutnya, pemimpin PKR tidak perlu berasa bimbang mengenai kekuatan PAS kerana parti itu masih lagi diangggap sebagai sebuah parti politik berpengaruh di negara ini, selain UMNO.
“Saya nasihatkan Rafizi lebih giat lakukan kajian berkaitan kedudukan dan pengaruh PKR atau Pakatan Harapan, berbanding menyibuk dalam hal dalaman parti lain.
“Mungkin Invoke terlupa fakta, parti politik Melayu yang berpengaruh di Malaysia hanya Pas atau Umno. Eloklah mereka buat kajian khususnya dalam kalangan pengundi wanita luar bandar daripada membuang masa mengkaji kekuatan parti politik seteru mereka,” katanya.
Ahmad Fakhruddin turut menyifatkan kemerosotan sokongan terhadap PAS yang didakwa melibatkan 5,000 pengundi berdaftar secara rawak oleh sistem komputer, sebagai tidak realistik.
“Kajian yang dibuat seolah tidak berpijak di bumi nyata, Pas telah lama memberi komitmen politik kepada rakyat sejak sebelum merdeka dan konsisten memperjuangkan hak rakyat berpaksikan syariat Islam,” katanya.
Menurutnya, biarpun dimomok dengan hasil kajian seumpama yang tidak memihak kepada parti itu, PAS tetap istiqamah dan tidak terpengaruh dengan pendedahan yang cuba dimainkan pihak lawan.

Ahmad Fakhruddin juga berkata, PAS langsung tidak terkesan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Invoke kerana parti itu tetap bersandarkan kepada maklumat kajian dalaman parti dan tidak bergantung kepada input dari PKR yang dianggap parti lawan.
Naib Presiden PAS Pusat tampil menafikan dan menyangkal dakwaan sebuah laman portal yang menyatakan kononnya ada dikalangan pemimpin parti itu bakal menyertai PKR di Selangor.

Ujarnya, laporan laman portal The Malaysian Insight (TMI) itu hanya sekadar satu khabar angin yang sengaja dicipta untuk mengganggu persiapan PAS di negeri itu dalam menghadapi PRU-14.
“Laporan media bahawa beberapa orang Ahli Dewan Negeri serta pimpinan Pas Selangor akan menyertai PKR adalah tidak benar. Ia juga adalah bertujuan untuk mewujudkan kegusaran dalam kalangan ahli-ahli agar mereka hilang tumpuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Portal TMI awal hari ini, melaporkan jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia untuk menerima gelombang kemasukan kedua dari kalangan pemimpin dan ahli PAS di negeri itu.

Malah laporan portal berkenaan juga turut mendakwa mereka yang akan mengambil tindakan sedemikian bakal bertanding atas tiket PKR dalam Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Gelombang berkenaan lapor laman portal Pro Pakatan itu mendakwa akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju kepimpinan PAS sekarang.

Malah jelas Iskandar, ramai penyokong parti itu terkejut dengan laporan berkenaan dan menolak kemungkinan berlakunya aktiviti seperti itu di Selangor pada ketika ini.
“Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja. Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya Pas lumpuh. Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli Pas curiga-mencurigai di antara satu sama lain,” katanya.
Sebagai rekod, PAS Selangor sehingga ke hari ini masih lagi mengekalkan hubungan kerjasama Politik dengan Rejim Pakatan yang dianggotai oleh PKR, DAPigs dan PAN walaupun PAS Pusat telah membuat keputusan meninggalkan Pakatan sebelum ini.
Walaupun maklumat dalaman dibocorkan berhubung cadangan untuk mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Pakatan namun Nurul Izzah Anwar ‘mengunci mulut’ mengenainya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR itu bagaimanapun tidak menafikan cadangan itu sebaliknya enggan mengulas sambil mendakwa rundingan itu dijalankan di belakang tabir.
“Sebab itu saya enggan ulas sekarang kerana saya suka mengadakan perbincangan dan rundingan di belakang tabir. Saya fikir kita telah cukup mendapat publisiti buruk, terima kasih kepada media BN (Barisan Nasional).
“Saya fikir keseluruhan perhimpunan agung UMNO adalah analisis terperinci mengenai kepimpinan Mahathir sebagai perdana menteri sebelum ini.
“Saya fikir, kita hanya akan tumpu agenda reformasi dan ikrar kita berdasarkan apa yang telah diluluskan dan akan dikeluarkan oleh sekretariat HARAPAN, jadi tunggu 7 Januari di mana kita akan mengadakan konvensyen,” beliau dipetik berkata hari ini.
Terdahulu, laporan media sebuah portal mendedahkan selepas pemukiman Pakatan sebelum ini membuat keputusan mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Sementara Pakatan.

Sementara itu nama Presiden PKR, Wan Azizah yang juga ibu kepada Nurul Izzah sebagai Timbalan sekiranya puak Pakatan Haprak tu menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Namun melalui laporan yang disiarkan sebelum ini, cadangan yang dikemukakan itu mendapat bantahan dari beberapa orang pemimpin kanan Pakatan, termasuk Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Bahkan, pencalonan Tun Mahathir itu juga katanya turut dibantah secara terbuka oleh Ketua Umum PKR dan kepimpinan DAPigs yang masih menganggap bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang pemimpin yang mempunyai agenda peribadinya yang tersendiri!!!

Jumaat, Disember 22, 2017

Agak menghairankan juga apabila Presiden parti Ternakan DAPigs yang selama ini dikenali sebagai seorang Pelawak Jalanan tiba - tiba boleh berubah menjadi terlalu emosional tak tentu arah.

Tapi yang peliknya, tidak pula dinyatakan kenapa Si Mat Sabu tu meroyan dan cuba memberikan peringatan secara terbuka kepada YAB Perdana Menteri dalam satu kenyataan baru - baru ini.

Namun, apa yang menarik ialah apabila 'peringatan' yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu seolah - olah memberi gambaran yang dia mengambil berat terhadap keadaan ekonomi di Malaysia.

Antara lain, Si Mat Sabu tu memberikan peringatan agar YAB Perdana Menteri tidak mengeluarkan kenyataan jelik yang boleh menghancurkan demokrasi yang diamalkan di Malaysia.
“Bagi Malaysia yang mengamalkan fahaman demokrasi dan raja berperlembagaan, siapa yang dapat majoriti lebih maka merekalah yang akan membentuk kerajaan.
“Umno sendiri pun tak pernah bentuk kerajaan bersendirian, sebaliknya mereka bersama gabungan dengan 12 parti lain,” katanya.
Ironiknya, sejak bila pulak Presiden parti Ternakan DAPigs tu sibuk mengambil berat terhadap perkembangan ekonomi dan pelaburan di Malaysia yang dipimpin oleh YAB Perdana Menteri?

Bukan ke selama ini puak - puak Pakatan Haprak tu sering kali membuat dakwaan kononnya ekonomi Negara pada ketika ini kian merundum dan Malaysia bakal bankrap dibawah YAB Perdana Menteri?

Jadi, kenapa pulak dia risau sekiranya kenyataan yang dibuat boleh menggugat keadaan ekonomi Negara sedangkan puak Pakatan tu selalu berkempen menjahanamkan ekonomi Negara?

Pokok pangkalnya, dakwaan yang sering kali dijadikan bahan jajaan Politik Longkang puak Pakatan Haprak tu yang membuatkan pelabur asing berwaspada untuk melabur di Malaysia dan menjahanamkan ekonomi Negara secara terbuka!!!
Rejim DAPigs Pulau Pinang mengganas lagi, kali ini giliran Restoran Wan Hashim Seafood pula menjadi mangsa apabila sekumpulan kakitangan daripada MPSP merobohkan restoran itu pagi semalam.

Restoran yang sebelum ini indah bercahaya menghidupkan suasana di taman tersebut pada kini sudah tiada lagi dan Amat dirindui masakan serta pelbagai menu menarik buat pelanggan.
Gambar sebelum restoran dirobohkan
“Pagi tadi pihak berkuasa MPSP telah meroboh binaan restoran ini kerana atas kesalahan menjalankan perniagaan di premis kediaman dan menambah binaan tanpa kebenaran pihak PBT.
“Moga pemiliknya tabah hadapi dugaan ini. Rezeki di muka bumi Allah ini luas boleh lagi diterokai,” lapor laman Facebook tersebut.
Sebagai rekod, sejak Rejim DAPigs pimpinan Lim Guan Eng memerintah, sudah banyak restoran dan gerai makan orang Melayu yang dipaksa tutup serta dirobohkan oleh pihak PBT.

Malah bukan setakat itu sahaja. Sebaliknya, kawasan perumahan dan perkampungan orang Melayu juga turut menjadi mangsa kezaliman serta kerakusan pemimpin Rejim DAPigs Pulau Pinang.

Tambah menarik lagi ialah apabila pihak penguasa Rejim DAPigs pimpinan Guan Eng sering kali tampil dengan pelbagai alasan Retorik bagi menutup kezaliman dan penindasan yang telah dilakukan terhadap rakyat Pulau Pinang selama mereka memerintah!!!

Khamis, Disember 21, 2017

Hahaha!!! Nampak sangat yang puak kartel Si Azmin Ali ni mula menggelupor tak tentu arah bila Diva AA, Azwan Ali tampil menyerahkan dokumen kepada SPRM yang dibuat hari ini.

Kata Azwan, penyerahan dokumen itu dibuat berdasarkan kepada tanggungjawab dia sebagai seorang rakyat sebagai bukti terhadap penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah berlaku.

Malah, selebiriti yang sering tampil dengan kontroversi itu juga mendakwa, dokumen yang mengandungi bukti itu turut melibatkan kemewahan terlampau yang dimiliki oleh individu tertentu.

Namun, biarpun dia didesak dan dipaksa untuk mendedahkan identiti individu terbabit, Azwan enggan menyatakannya secara terbuka dan menganggap pihak media tau siapa yang dimaksudkan.
“Saya tidak boleh beritahu siapa individunya ia sangat sulit kena tunggu dan lihat. Saya rasa media boleh membuat spekulasi atau mentafsirkan siapa yang saya maksudkan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di perkarangan Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberikan keterangan dan serahan dokumen berkenaan.
Tapi yang kelakarnya, walaupun Si Azwan tu tidak mendedahkan nama dan identiti pemimpin terbabit, puak kartel Si Azmin tu dah mula menggelupor serta meroyan tak tentu arah.

Antara lain, kartel Timbalan Presiden PKR itu membuat dakwaan kononnya tindakan Si Azwan Ali itu mungkin memerlukan "kos yang cukup besar" dan ianya sengaja dirancang oleh pihak tertentu.
“Saya tidak pasti bukti apakah yang diserahkan namun semua ini seperti dirancang dengan ada pihak yang menulis skrip dan tentu saja ada pihak jadi pengarahnya. Barangkali kos ‘job’ ini juga besar,” katanya dipetik portal FMT.
Dari satu sudut, nanpak sangat dakwaan yang dibuat oleh kartel Si Azmin Ali itu membuktikan yang diorang cukup terdesak dan seolah - olah takut pada bayang - bayang sendiri. Maka sebab itu diorang menggelupor tak tentu arah!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping