Isnin, Julai 31, 2017

Pelik betul dengan penyokong parti Bunga ni. Kenapa pulak diorang sibuk nak buat laporan Polis hanya semata-mata kerana TPM mendedahkannya secara umum? Atas sebab apa diorang buat laporan tersebut?

Kalau betul nama itu didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara, kenapa pulak diorang perlu buat laporan Polis? Adakah diorang malu dengan nama sebenar pemimpin pujaan mereka itu?

Sekiranya mereka ada bukti yang mengatakan dakwaan TPM itu salah, sepatutnya diorang failkan saman terhadap TPM dan JPN. Tapi diorang buat laporan Polis kerana TPM tayang gambar kad pengenalan Tun Mahathir secara terbuka. Adakah itu satu tindakan jenayah?

Hakikatnya, menjadi manusia ni kita kena pegang pada nama asal kita sebab nama tu diberikan oleh ibu bapa kita, ilham dari Allah S.W.T. Bahkan nama itu merupakan asal usul kita sendiri. Jadi, kenapa kita nak rasa malu?

Jika benar nama sebenar Tun Mahathir ialah Mahathir @ Iskandar Kutty, bermakna laporan Polis yang dibuat oleh penyokong Tun itu satu penghinaan bukan sahaja kepada ayah kepada Tun Mahathir, malah kepada ilham yang diberikan Allah S.W.T. juga. Wallahualam.

Tapi yang lagi pelik, kenapa isu nama itu dibangkitkan? Apa signifikannya ia dijadikan sebagai satu persoalan? Dah takde modal lain ke yang boleh dijadikan sebagai bahan Politik?

Adakah dengan membangkitkan soal nama asal Tun Mahathir itu akan menambah sokongan rakyat serta pengundi atas pagar kepada Barisan Nasional dalam PRU yang akan datang?

Pokok pangkalnya, sudah - sudah la pemimpin kita ni sibuk nak siram pokok tua. Biarkan saja pokok tua tu tumbang sendiri. Kalau dah hari - hari disiram, dah tumbuh pulak tunas baru. Bila pokok tu kembali segar esok, susah pulak dia nak tumbang!!!
Selepas puas puak PKR memujuk Tun Mahathir untuk turut serta menyertai gabungan Pakatan Haprak, kini Si Ketua Penipu tu pulak terpaksa tampil dengan 'Fatwa' baru untuk para pengikutnya.

Jika sebelum ini, sejak awal penubuhan PKR, Si Ketua Penipu tu serta kaum keluarganya telah mengeluarkan 'Fatwa' yang mendakwa Tun Mahathir sebagai 'Musuh Utama' yang perlu diperangi.

Perkara itu secara nyata dijelaskan kepada rakyat sehingga pengikut parti itu sendiri melabelkan Tun Mahathir sebagai Diktator yang bersifat 'Zalim' dan 'Kejam' terhadap rakyat.

Dakwaan itu diulang - ulang oleh PKR sehingga menyebabkan ahli parti itu membenci Tun Mahathir yang turut digelarkan sebagai 'Maha-Zalim' dan 'Maha-Firaun' pada suatu ketika dahulu.

Malah, rasa benci ahli PKR terhadap bekas Perdana Menteri yang telah memecat Si Ketua Penipu tu dari jawatan Timbalan Perdana Menteri masih kekal tersemat dijiwa mereka sehingga hari ini.

Ianya dapat dilihat dengan jelas apabila geng Otai PKR membuat desakan kepada Pakatan agar menubuhkan Suruhanjaya Kebebasan Keadilan bagi mengadili serta menghukum Tun Mahathir.

Desakan itu dibuat ekoran tindakan Pakatan yang menerima dengan tangan terbuka penyertaan Tun Mahathir yang diangkat menjadi Pengerusi Pakatan Haprak tu baru - baru ini.

Bahkan, sewaktu forum umum yang diadakan baru - baru ini juga, pengikut PKR serta Pakatan tetap menolak kepimpinan gabungan pembangkang itu diterajui oleh Tun Mahathir.

Dek kerana keadaan semasa semakin bertambah kronik membuatkan Si Ketua Penipu tu pun tak tahan bontot duduk dalam penjara dan terpaksa mengeluarkan 'Fatwa' baru buat pengikutnya.

Antara lain, Si Ketua Penipu tu memberikan alasan kononnya dia sudi menerima Tun Mahathir yang sanggup turun padang mengharungi perjuangan demi untuk kebebasan dirinya sendiri.
"Keperitan peribadi dan luka yang dialami adalah kecil berbanding dengan kepentingan rakyat dan masa depan negara. Tun kini terpaksa bergelut dalam wadah berbeda dan suasana yang tertekan; dan beliau pantas bertindak aktif dan berani," jelasnya dalam satu kenyataan.
Pokok pangkalnya, Si Ketua Penipu tu jelas sedang berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mengeluarkan 'Fatwa' sedemikian kepada para pengikutnya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Itu je yang lebih diutamakan oleh Si Ketua Penipu tu!!!
Jika semalam, kecoh dalam saluran media sosial orang bercerita pasal khabar angin kononnya ada 3 orang YB PAS dari Kedah nak ambik tindakan dan meninggalkan parti tersebut.

Antara nama yang menjadi sebutan adalah Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Si Mahfuz Bean yang selama ini memang cukup lantang mengutuk dan menghina PAS secara terang - terangan.


Soalnya, adakah Si Mahfuz Bean tu ada keberanian untuk meninggalkan parti? Dan jika benar dia nak keluar dari PAS, kenapa baru sekarang? Kenapa tidak sejak dari awal - awal dulu lagi?

Padahal, tindakan Si Mahfuz Bean yang mengutuk dan menghina PAS bukannya baru dibuat sejak dua tiga hari lepas. Tapi sejak dari mula PAS buat keputusan meninggalkan Pakatan.

Namun sehingga ke hari ini, Si Mahfuz Bean tu masih belum mempunyai sebarang keberanian untuk meninggalkan parti tersebut sepertimana yang telah dilakukan oleh rakan seperjuangannya.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean tu lebih rela menjadi Pengkhianat yang kekal didalam parti yang sering kali tampil mempersoalkan pendirian serta pendekatan PAS terhadap Pakatan Haprak tu.

Walaubagaimana pun, bagi PAS, sekiranya Si Mahfuz Bean tu nak keluar parti atau tidak, itu dia punya pasal. PAS pun tak heran sangat kalau Si Mahfuz Bean tu nak berambus keluar.

Perkara itu dinyatakan dengan jelas oleh Pesuruhjaya PAS Kedah yang menganggap setiap pemimpin parti perlu akur dengan ketetapan serta pendirian yang telah diputuskan secara berjemaah.
"Persoalan sama ada mereka ingin meninggalkan PAS atau sebaliknya, jawapan ada kepada mereka. Saya tiada jawapannya. 
"Sebagai ahli PAS, tak kira ADUN atau ahli Parlimen sewajarnya akur dengan keputusan yang dibuat oleh pimpinan; tidak hanya di Kedah sahaja tetapi semua YB PAS terikat dengan keputusan dan pendirian semasa PAS," katanya kepada Antarapos menerusi aplikasi WhatsApp.
Dalam erti kata mudahnya, kalau betul Si Mahfuz Bean tu nak keluar dari PAS, dia boleh buat pada bila - bila masa. Tinggal lagi, Si Mahfuz Bean tu sendiri yang 'Kecut Buah Kerandut' nak ambik tindakan sedemikian. Dia lebih rela menjadi Pengkhianat dalam parti sendiri!!!
Selepas PAS melancarkan jenteranya untuk merampas Permatang Pauh, PKR pula melancarkan jenteranya dan yakin akan mempertahankan kerusi parlimen itu dalam PRU ke - 14 nanti.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah ketika bercakap kepada media selepas melancarkan jentera PKR Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman, Penanti, semalam berkata, pihaknya yakin akan menang di situ.

Menurut Nurul Izzah, Parlimen Permatang Pauh mempunyai sifat sentimental yang tersendiri termasuklah pengundi yang telah memberikan mandat dan sokongan kepada bapanya.
"Dalam politik semua yang bertanding inginkan kemenangan dan menjadi wakil rakyat. Sehubungan itu kita tidak ingin zahirkan provokasi kepada mana-mana pihak ataupun golongan.
"Kemenangan adalah suatu amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul bagi memperjuangkan nasib rakyat," jelasnya lagi.
Nurul Izzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut berkata, kerendahan diri, ketinggian akal adalah suatu strategi yang amat penting dalam merencanakan setiap tindakan.

Justeru, tegasnya, PKR akan tetap mempertahankan kerusi-kerusi yang ada termasuklah kerusi yang dimenangi dalam Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang.
"Nasib rakyat menjadi keutamaan untuk diberi pembelaan. Perjuangan bagi menentang amalan korup dan penyelewengan yang begitu ketara dalam kepimpinan Umno dan BN adalah agenda utama yang kita akan terus perjuangkan sehinggalah berjaya menenangi pilihan raya yang akan datang," katanya.
Sebelum ini, PAS kawasan Permatang Pauh telah pun melancarkan jentera pilihan raya mereka dan berhasrat untuk bertanding bagi merebut kerusi Parlimen tersebut daripada PKR.

Malah, khabar angin sebelum ini juga turut melaporkan, Nurul Izzah bakal bertanding di Permatang Pauh bagi menggantikan Wan Azizah dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk memastikan PKR terus berkuasa dikubu kuat mereka itu.
"Macam jijik sangat!" Itu gambaran yang dapat diberikan apabila jentera media Pro Pakatan Haprak tu membayangkan tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin PAS ni.

Daripada posting yang dibuat, rata - rata pengikut Pakatan Haprak tu menzahirkan rasa pelik dan jijik tatkala seorang pemimpin PAS dilaporkan turut hadir dalam Perasmian UMNO.

Walaupun ianya memang menghairankan seperti mana yang dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri, tetapi tidak la sampai ianya menjijikkan. Bukannya haram pun pemimpin PAS tu pergi program UMNO.

Padahal, pemimpin PAS tu hadir atas kapasitinya sebagai seorang Imam yang menerima bantuan kewangan daripada YAB Perdana Menteri bagi tujuan membaik-pulih masjid di Kampung Tempoyang.

Kot kalau Tun Mahathir bersalam dengan Si Ketua Penipu tu, boleh pulak puak Pakatan Haprak tu terima. Takde pulak diorang berikan anggapan tindakan yang dilakukan itu menjijikkan.

Sebaliknya, diorang boleh pulak terima tindakan yang dilakukan oleh kedua - dua pemimpin tersebut dengan alasan kononnya Tun Mahathir dah 'Insaf' dari melakukan dosa sebelum ini.

Walhal, apa yang dilakukan oleh kedua - dua pemimpin itu membuktikan bahawa puak Pakatan Haprak tu terdiri dari golongan orang yang MUNAFIK kerana mempunyai pemimpin yang hanya mahu menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!

Ahad, Julai 30, 2017

Nampak gayanya, spekulasi mengenai hubungan diantara Si Ezam Kotak ni dengan PKR semakin ketara apabila dia dilihat 'Mesra' dengan Si Azmin Ali tu sewaktu berada di Pekan baru - baru ini.

Sebelum ini, terdengar khabar angin mengatakan bahawa Si Ezam Kotak tu menerima umpan dari pemimpin PKR agar kembali menyertai perjuangan parti yang telah ditinggalkannya.

Khabar angin itu timbul selepas Si Ezam Kotak tu mengambil tindakan keluar dari parti yang ditubuhkan bersama dengan Khairuddin Botoks, Parti Generasi Baru pada bulan Julai yang lalu.

Ezam yang pernah dilabelkan sebagai 'Pelacur Politik' oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini memberikan alasan kononnya tindakan dia keluar dari PGB adalah kerana kecewa dengan RoS.


Namun status bergambar yang dimuat-naikkan ke laman Facebook Si Ezam Kotak tu semalam seolah - olah mengiyakan khabar angin tersebut apabila dia dilaporkan 'Mesra' dengan Si Azmin.
“The Pekan talk (perbulalan mengenai Pekan)….Saya bersama MB DS (Menteri Besar Datuk Seri) Azmin sedang mendengar penerangan status Pekan daripada Datuk Rahman Ketua Bersatu Pekan sebentar tadi..,” tulis Ezam dalam status Facebooknya hari ini.
Ezam menyepi seketika apabila mengumumkan penguduran dirinya selaku Presiden PGB pada 5 Julai lalu mendakwa RoS tidak meluluskan pertukaran nama daripada parti itu menjadi Parti Bebas Rasuah.

Ia kali kelima untuk Ezam meninggalkan sesebuah parti politik sejak 1998. Ezam pernah menyertai PPBM sebelum bertindak keluar daripada parti pimpinan Tun Mahathir pada Disember tahun lalu.

Hubungan antara Ezam dan Azmin sebelum ini dilaporkan retak pada 2007 apabila ada dakwaan bahawa pihak ketiga dari dalam dan luar PKR yang tidak senang dengan hubungan mereka berdua dan bertindak melaga-lagakan mereka bagi kepentingan pihak tertentu.
Rejim DAPigs Pulau Pinang diberi tempoh seminggu untuk memulangkan semula dana awam yang disalahgunakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) untuk membeli pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA).

Presiden Gesakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sekiranya Rejim pimpinan Lim Guan Eng GAGAL, pihaknya akan membuat laporan polis dan SPRM.
“Dikhabarkan hampir RM40,000 telah digunakan untuk membeli sijil pengiktirafan tersebut.
“Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sendiri telah membuat pengesahan mengenai status palsu sijil itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, MBPP mengakui membayar yuran penyertaan sebanyak RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada tahun 2013 dan 2014.

Datuk Bandar MBPP itu berkata semua pembayaran dilakukan bagi melayakkan kedua - dua pihak berkuasa tempatan (PBT) tersebut dicalonkan dalam anugerah terbabit.

Mengulas lanjut, Zulkarnain juga mencadangkan DAPigs membuat kutipan derma dalam kalangan ahli parti itu untuk membayar semula wang rakyat yang telah disalahgunakan itu.
“Memandangkan pemimpin DAP sering meminta derma daripada ahli-ahli ahli apabila pimpinannya mempunyai masalah.
“Ini termasuk membayar RM1 juta wang jaminan Ketua Menteri Pulau Pinang itu membabitkan kes rasuah pembelian banglo murah,” katanya.
Katanya lagi, Rejim DAPigs Pulau Pinang itu perlu memohon maaf kepada seluruh rakyat negeri itu khususnya pembayar cukai di kedua-dua PBT terbabit berhubung kes yang memalukan itu.
Spekulasi beberapa wakil rakyat PAS bakal meninggalkan parti itu semakin kencang diperkatakan kebelakangan ini apabila mereka yang juga antara tonggak utama parti kini lebih mesra Pakatan.

Kelibat Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bersama dua ADUN PAS, Datuk Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustafa (Kubang Rotan) semakin menonjol apabila mula menghiasi pentas ceramah Pakatan Harapan.

Walaupun Mahfuz terlebih dahulu mengorak langkah dengan menerajui aktiviti Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) sejak 2016, namun beliau tetap mengisytiharkan diri sebagai ahli PAS.

Manakala Amiruddin dan Mohd Nasir dilihat seakan ‘mengacah’ secara perlahan merapatkan ukhuwah bersama pimpinan Pakatan Harapan. Telahan ini makin dikuatkan dengan ketidakhadiran mereka pada program anjuran PAS, yang turut disertai pimpinan Pusat, termasuk Presidennya.

Malah pada Muktamar Tahunan PAS lalu yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, ketiga-tiganya tidak hadir. Gelagat tiga sekawan ini sudah dihidu PAS Kedah, namun tiada tindakan dikenakan, sekadar diberikan surat mohon penjelasan. 

Pemerhati politik menyifatkan Mahfuz-Amiruddin-Mohd Nasir memiliki pengaruh yang besar di kawasan masing-masing.

Mahfuz menang di kerusi Parlimen Pokok Sena sejak 1999, sebelum tewas pada calon BN (2004), namun kembali merampas kerusi itu pada PRU 2008 dengan majoriti 5,371 undi, beliau satu-satunya calon parlimen PAS yang kekalkan kemenangan pada PRU 2013 lalu.

Walaupun pertaruhan awal Amiruddin di Parlimen Langkawi (1999) tidak menjadi, beliau sekali lagi diberi kepercayaan sebagai calon PRK Dun Anak Bukit, menggantikan tempat dikosongkan Presiden PAS, Datuk Fadzil Mohd Nor, yang meninggal dunia pada 23 Jun 2002.

Penyandang kerusi itu selama tiga penggal dan merupakan antara kubu kuat PAS di Kedah sejak zaman Allahyarham Fadzil.

Mohd Nasir pula pemimpin muda yang berjaya merobek kubu kuat BN yang sebelum ini diwakili bekas Menteri Besar, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain di Dun Kubang Rotan, namun pengaruh BN di kawasan itu beransur hilang dan Mohd Nasir memenangi kerusi itu pada PRU12 dan PRU13.

Adakah PAS bimbang sekiranya ketiga-tiga wakil rakyat itu menyatakan pendirian politiknya yang kurang senada, sekali gus membawa bersama pengundi tetap untuk memangkah mereka walaupun tidak lagi mewakili Pas.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi ketika diminta mengulas perkembangan ini menyifatkan PAS tidak ketandusan calon untuk bertanding PRU14, sekiranya terdapat wakil rakyat PAS ‘lompat parti’.
“Pas tidak pernah sepi dibarisi calon-calon berpotensi dan ada wibawa. Kemenangan Adun Pas adalah hasil muafakat ahlinya, bukan individu. Sama ada kerusi disandang Pas tergugat atau tidak, tunggu sahaja tiupan wisel PRU14 nanti,” katanya.
Sementara penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PAS bakal berkubur jika pemimpin utamanya berhijrah ke parti lain menjelang PRU14.
“Pas akan berkubur di Kedah kerana parti itu sudah tiada pemimpin yang hebat sekiranya pemimpin utamanya sertai Amanah atau Bersatu. Saya percaya Pas tidak sempat persiapkan pemimpin muda untuk ambil alih,” katanya.
Menurutnya, dalam situasi tempoh matang penggal ini akan berakhir (Jun 2018), calon gantian PAS tidak mungkin dapat dibentuk mengikut acuan dikehendaki untuk bersaing dengan penyandangnya jika mereka mewakili Pakatan Harapan.
Bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mendakwa Ahli Parlimen PKR Ampang menggunakan kedudukannya untuk melobi syarikat Yayasan Selangor bagi menangguhkan bayaran daripada sebuah firma milik anggota akar umbi parti.

Khalid, melalui mesej yang disampaikan kepada Malaysiakini menerusi pembantunya, Faekah Hussein, berkata Yayasan Selangor memberikan pertimbangan sewajarnya bagi isu itu diselesaikan.
“Yayasan Selangor telah memberi pertimbangan yang mencukupi untuk menyelesaikan isu-isu dan bayaran yang akan dibuat kepada Yayasan Selangor.
“YB Zuraida telah menggunakan kedudukannya untuk menangguhkan dan tidak cuba membuat pembayaran,” katanya.
Khalid berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Yayasan Selangor yang ditandatanganinya pada 17 September 2013. Dokumen itu dibocorkan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Inspirasi Melayu Gombak (Impak) pada 24 Julai lalu.

Zuraida dan seorang bekas ADUN PKR disebut dalam laporan itu. Ia juga menyebut bahawa firma berkenaan berhutang RM233,830 dalam bentuk sewa dan deposit kepada Yayasan Selangor.

Menurut laporan itu, berdasarkan perbincangan dengan Zuraida dan seorang lagi bekas ADUN berkenaan pada 22 Okt 2013, kedua-dua wakil rakyat itu akan menyelesaikan masalah hutang tersebut dan MB akan membantu.

Hutang itu sepatutnya dibayar pada 5 Sept 2013 tetapi Impak mendakwa bahawa tiada sebarang pembayaran dibuat. Catatan Khalid, bersebelahan tandatangannya berbunyi "Teruskan dengan tindakan undang-undang."

Menurut Impak, tiada sebarang tindakan undang - undang yang diambil terhadap firma itu. Manakala Khalid pula dipaksa berundur dari Pejabat Menteri Besar Selangor pada 22 Sept 2014 selepas perlaksanaan Agenda Langkah Kajang.

Sabtu, Julai 29, 2017

Setelah berbulan - bulan lamanya, arahan yang berkuat-kuasa serta merta diberikan kepada kepimpinan PKR di Kelantan, namun sehingga ke hari ini, masih belum ada yang mengambil tindakan.

Keadaan itu bukan sahaja menimbulkan kecurigaan, malah ianya dilihat sebagai satu Pengkhianatan terhadap arahn terbuka yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri.

Jika sebelum ini, PKR mengambil keputusan sejurus selepas mesyuarat Biro Politik mendesak agar semua pemimpin parti di Kelantan meletakkan jawatan mereka secara serta merta.

Keputusan Biro Politik PKR itu dibuat ekoran pendirian PAS yang memutuskan hubungan Tahaluf Siyasi Politik dengan PKR yang didakwa enggan bersama - sama PAS menentang DAPigs.

Malangnya, sehingga ke hari ini, pemimpin PKR Kelantan sering kali berdolak dalih dan memberikan alasan berhubung arahan serta merta yang telah dikeluarkan oleh Biro Politik parti itu.

Namun, di majlis “Dialog Perantau bersama Pakatan Harapan (PH) Kelantan” di Kota Bharu pada 27 Jun 2017 lalu, Ketua AMK Kelantan telah ditanya oleh seorang ahli PAN mengenai komitmen PKR Kelantan terhadap Pakatan.

Di antara lainnya, ahli PAN ini membuat dakwaan yang berbunyi “pimpinan PKR Negeri Kelantan ni tak jelas nak bersama kita (PAN) ataupun nak bersama parti lama kita (PAS)”, khususnya membabitkan lantikan politik PKR di Kelantan.

Jawapan yang diberikan oleh Ketua AMK, yang mewakili Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir, pada malam itu sangat berterus - terang tetapi penuh kecurigaan dikalangan pendengar.
“Kita nak jawabnya ialah mengenai dengan lantikan politik. Apabila Biro Politik ataupun Presiden membuat keputusan untuk semua lantikan politik di Kelantan letak jawatan serta merta, dalam lantikan politik Keadilan ini ada Penyelia-Penyelia DUN, ada Penghulu, ada Ahli Majlis dan jugak GLC.
"Saya nak bagitahu kepada hadirin hadirat semualah, yang pertamanya ialah, setiap Penyelia-Penyelia DUN ini dia ada peruntukan tahunan yang perlu diselesaikan, dari segi pentadbiran.
"Untuk Ahli-Ahli Majlis, yang mana hak gi angkat sumpah hari tu, lebih kepada keputusan peribadi. Setelah berlaku perbincangan, kerana masih ada lagi Penyelia kita yang terpaksa berhutang banyak, maka Presiden menetapkan bahawa 31 Julai ini macam mana pun semua letak jawatan. Saya kira jelas benda ni. Lebih pada tu kena tanya Biro Politik ataupun Presidenlah.” katanya.
Maka tarikh 31 Julai semakin menjelang. Sama - sama kita tunggu dan lihat apakah benar, seperti yang diperkatakan oleh Ketua AMK itu. Adakah benar 31 Julai nanti semua wakil PKR akan letak jawatan? ATAU, bakal ada alasan lain yang akan diberikan!!!
Demi mengatasi masalah kesukaran bakal pembeli dalam kalangan rakyat mendapatkan pinjaman bank bagi membeli rumah ekoran ‘disposable income’ bulanan tidak mencukupi untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan;

Kerajaan Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, membuat keputusan untuk mengguna-pakai kaedah ‘rent-to-buy’ atau sewa untuk beli bagi unit-unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahangnya.

Ini sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan katakan pada persidangan media sempena majlis tiga (3) dalam satu (1) - Penyerahan Kunci PR1MA Pahang, Penyampaian Notis 5A dan pemberian bantuan saguhati menunaikan haji petang Rabu, 26 Julai di sini.

Sambil menyatakan syukur atas kejayaan pembinaan rumah-rumah di bawah PR1MA Pahang setakat ini, katanya, “… sekali lagi masalahnya, mereka (bakal pembeli) sukar mendapatkan pinjaman bank.
“Tapi, baru-baru ini di (Pulau) Tioman, YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Kesjeahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar telahpun memulakan satu skim, ‘rent-to-buy’, sewa untuk beli.
“Kita akan cuba dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang baik: kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.
“Dan Menteri beritahu, mungkin ini boleh disebarkan ke seluruh negara. Saya berharap, ianya dapat disebarkan ke seluruh negara.
“Kalau tidak agak sukar, mereka yang tidak ada ‘disposable income’ yang cukup untuk nak bayar ‘instalment’ (ansuran pinjaman) rumah, dianya tidak dapat pinjaman bank; tidak dapat membeli rumah,” katanya lagi.
Mengenai PR1MA Pahang katanya, asal sasaran bagi membina 15,000 unit rumah berkenaan – rumah berkembar, RM150,000 seunit; dalam tempoh lima (5) tahun antara pertengahan tahun 2013 dan 2018, telahpun melampaui sasaran.

Menurut maklumat yang disediakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, daripada 106 projek serta kira-kira 35,000 unit rumah PR1MA Pahang sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut;

Lima (5) projek atau kira-kira 1,504 unit telahpun siap dengan memperolehi Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang termasuk 200 unit di PR1MA Pahang Bukit Lada ini, seterusnya berjaya diserahkan kunci kepada para pembeli.
Pakatan didakwa tidak mungkin dapat memenangi dua per tiga kerusi dalam PRU ke - 14 kelak jika gabungan itu terus bergantung harap sepenuhnya kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini kerana, Pengerusi Parti Pribumi Persatu Malaysia (PPBM) itu secara terang-terangan tidak disukai golongan Gen-Y yang melabelnya sebagai seorang diktator sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga tahun 2003.
Menurut Muhammad Harris, dia juga turut berasa terkilan apabila kepimpinan Pakatan menerima Tun Mahathir dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk meraih sokongan undi.

Malah dia juga turut mendakwa, Tun Mahathir adalah pemimpin diktator dari dahulu sampai sekarang dan wajarkah gabungan Pakatan pembangkan itu mempergunakan seorang otoriter?
“Adakah PH mahu menggunakan model Barisan Nasional (BN)? Dan perlu ada big brother yang akan kontrol semua perjalanan parti?
“Mustahil dalam PH tidak ada seorang pun yang berwibawa sehingga memerlukan diktator seperti Dr Mahathir,” katanya.
Kata Muhammad Harris, dia dan juga rakan - rakannya masih ingat kata-kata Hishamuddin Rais sebelum ini bahawa musuh paling ketat pembangkang ialah Mahathir tetapi kenapa sekarang aktivis itu menerimanya?
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar ditunjukkan 'pintu keluar' oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi agar menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Harapan (PH) jika tidak lagi sukakan PAS.

"Kalau mahu, elok Datuk Mahfuz keluar PAS dan masuklah mana-mana parti dalam PH. Saya rasa itu lagi senang..." kata Sallehen yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mahfuz yang masih memujuk PAS bergabung dengan Pakatan Harapan walaupun PAS telah menolak kerjasama politik  dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM. 

Mahfuz, bekasNaib Presiden PAS yang mendakwa dirinya masih 'sayangkan' parti asalnya kini cenderung menyokong Pakatan Harapan sambil berharap gabungan baru parti pembangkang itu dapat jatuhkan kerajaan BN pada PRU14 ini.

Kata Sallehen, PAS masih teguh bersama Gagasan Sejahtera yang diasaskan bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan tidak akan menyertai PH bagi menghadapi PRU14. 

Jika benar-benar cenderung dengan perjuangan gabungan berkenaan beliau menasihatkan Mahfuz menyertai mana-mana parti pembangkang itu. 

Sementara itu Sallehen turut menepis tanggapan bahawa PAS adalah 'parti serpihan' atau parti ketiga, sebaliknya mendakwa Pakatan Harapan adalah parti ketiga atasan  PH belum mampu mengatasi PAS di segi sokongan pengundi Melayu.

PAS bukan 'parti ketiga' atau 'serpihan' kerana ia masih menerima sokongan besar daripada pengundi teras, iaitu orang Melayu, katanya yang dipetik daripada Antarapos. 

Baru-baru ini penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat PAS tidak akan mampu menjadi penentu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 ini.

Sebaliknya, kata Azizuddin, PAS hanya akan menjejaskan undi kepada Pakatan Harapan dalam pertembungan tiga penjuru kelak. 

Sementara itu Sallehen berkata, gabungan empat parti yang membentuk PH bukanlah ukuran untuk meletakkan mereka sebagai 'parti kedua' dalam sistem dua parti. 

"Kalau dianggap sebagai gabungan tetapi tidak mempunyai sokongan yang padu, apatah lagi dalam suasana yang mereka sendiri tak boleh tunjukkan komitmen kesepaduan antara parti, bagi saya itu bukan  pengukur bahawa mereka mempunyai satu gabungan kuat sebagai parti kedua," kata Sallehen.

Jumaat, Julai 28, 2017

Mungkin mereka mampu memberikan seribu alasan bagi menjustifikasikan tindakan melantik Tun Mahathir sebagai Pengerusi. Namun ia tidak berjaya mempengaruhi kehendak pengikut Pakatan.

Walaupun ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu berbangga kerana mereka berjaya memujuk Tun Mahathir untuk menyertai mereka, namun tindakan itu masih belum mencukupi.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas sewaktu satu forum anjuran Kelab Bangsar Utama baru - baru ini di mana dua pihak tampil berbalah mengenai kewajaran menerima Tun sebagai pemimpin Pakatan.

Keadaan berbelah lagi itu juga jelas dapat dilihat daripada reaksi di kalangan 150 orang peserta yang hadir, mempersoalkan mengenai peranan Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan itu.

Daripada 10 soalan hadirin kepada ahli panel semasa sesi soal jawab, lapan daripadanya secara terbuka mengkritik jawatan Pengerusi yang diberikan kepada Tun Mahathir sebelum ini.

Antara pengkritik yang paling lantang ialah pemimpin PSM, S Arutchelvam, yang membidas hujah Hishamuddin Rais yang turut menyokong kehadiran Tun Mahathir dalam Pakatan Haprak tu.

Malah Hishammuddin juga turut menjadi sasaran seorang lagi ahli PSM, Muhamad Harris Nasril yang mempersoalkan perubahan sikap serta pendiriannya terhadap Tun Mahathir ketika ini.
"Anda (Hishamuddin) adalah orang yang mengajar kita bahawa Mahathir tidak boleh dipercayai, jadi mengapa kamu berkata sebaliknya sekarang?" kata Muhamad Harris.
Pokok pangkalnya, puak Pakatan Haprak tu mahu melihat Tun Mahathir dijatuhkan hukuman dan dipenjarakan atas kesalahan yang telah didakwa oleh penyokong Pakatan ke atas dirinya.

Dalam erti kata mudahnya, selagi Tun tidak dikenakan hukuman, maka selagi itulah penyokong Pakatan Haprak tu takkan puas hati. Itu hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pemimpin Pakatan Haprak tu sendiri!!!
Aik? Pelik juga dengan tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu sebelum ini yang merayu kepada rakyat supaya membantu menanggung hutang Fitnah yang telah dilakukannya terhadap NFCorp.


Yang menghairankan, kenapa Si Rafizi tu tak mintak tolong dari kepimpinan PKR sendiri? Takkan la setakat RM 300 ribu tu pemimpin PKR tak boleh nak tolong kot. Si Rafizi ni bukan orang lain.

Setidak - tidaknya, pemimpin PKR seperti Si Zuraidah Mak Lampir atau pun Azmin Ali yang menjadi Menteri Besar Selangor tu boleh je menanggung hutang Si Rafizi sebanyak RM 300 ribu tu.

Paling tidak, Si Zuraidah tu boleh juga mintak tolong dari Anak Ikan peliharaan dia untuk membantu Si Rafizi tu membayar hutangnya. Lagi pun, setakat RM 300 ribu tu, celah gigi diorang je.

Takkan Si Rafizi tu tak pergi mintak bantuan dari diorang sedangkan apa yang dilakukan oleh Si Rafizi tu sebelum ini turut dimanfaatkan oleh pemimpin PKR seperti Azmin dan juga Si Mak Lampir tu.

Diorang pun tumpang sekaki juga menjaja fitnah berhubung isu NFCorp tu sewaktu ianya didedahkan oleh Rafizi selaku Pakar Strategi PKR pada ketika itu. Jadi, diorang pun patut bertanggungjawab.

Tetapi kenapa sekarang, bila Si Rafizi tu menghadapi pertuduhan dan dijatuhkan hukuman serta perlu membuat bayaran sebanyak RM 300 juta, pemimpin PKR hanya melepaskan tangan?

Kenapa diorang membiarkan Si Rafizi tu menanggung hutang tersebut secara bersendirian? Adakah itu yang dikatakan sebagai 'Solidariti' menuntut keadilan dan kebenaran seperti yang diwar-warkan?

Mungkin pemimpin PKR seperti Si Azmin dan Si Mak Lampir tu tak nak terjebak dengan dosa Rafizi yang dah menabur fitnah tu kot. Pasal apa pulak diorang nak kena tanggung bayar hutang tu sedangkan Si Rafizi tu sendiri yang cari penyakit!!!
Kan dah cakap dah. Tu pasal la sebelum ini, Si Tipah Koyak tu sendiri tampil mempersoalkan apa yang dilakukan oleh badan kajian ciptaan Si Rafizi ni. Memang patut pun dia pertikai.

Si Rafizi tu sebelum ini didakwa mengutip duit orang ramai untuk bada kajian Invoke yang ditubuhkan. Tapi kata Si Tipah Koyak, duit kutipan dari rakyat tu hanya sekadar sia - sia belaka.

Contohnya memang sudah dapat dilihat apabila badan kajian yang dikendalikan oleh Si Rafizi tu GAGAL untuk mencipta logo Pakatan. Yang berjaya dihasilkan hanya ibarat sampah.

Maka tak hairan la sekiranya hasil kajian yang dijalankan oleh Invoke ciptaan Si Rafizi tu juga dianggap 'Cacat' serta meragukan. Sebaliknya, kajian itu sekadar nak menyedapkan diri sendiri.

Menurut kata seorang Penganalisis Politik, seorang pensyarah dari Universiti Utara Malaysia meluahkan keraguan terhadap penemuan terbaru kajian Invoke yang berkaitan dengan PKR.

Profesor Madya Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata kaedah kaji selidik yang dijalankan oleh badan kajian itu cacat kerana soalan yang dikemukakan dalam kaji selidik itu berat sebelah.
"Mereka berkata dapat 17,000 responden daripada 100,000 yang dihubungi. Ramai yang tidak menjawab.
"Saya tahu mengapa mereka tidak menjawab: Ini kerana soalan-soalan sangat berat sebelah terhadap Pakatan Harapan dan pada masa yang sama sangat kritikal terhadap BN," katanya dalam sebuah forum anjuran akhbar Sinar Harian di Shah Alam hari ini.
Atas sebab itu, Mohd Azizuddin berkata, dia tidak mempercayai hasil penemuan dari kaji selidik itu dan menganggap ianya gagal memberi gambaran sebenar mengenai pendapat orang ramai.

Kaji selidik, katanya sewajar mempunyai soalan-soalan positif dan negatif yang seimbang supaya maklumat lebih tepat tentang pemikiran orang ramai dapat diketahui, kata pensyarah itu.

Pada 20 Julai lalu, tinjauan yang dijalankan oleh badan kajian PKR itu mendapati sokongan terkini pengundi Melayu terhadap Barisan Nasional dan Pakatan Harapan kini hampir sama.

Dah nama pun badan kajian tu diketuai oleh Si Rafizi yang juga merupakan Tukang Fitnah PKR. Maka sudah pasti la hasil kajiannya juga akan menyebelahi Pakatan Haprak. Mana mungkin hasil kajian diorang akan kata Pakatan Haprak tu bakal kalah dalam PRU akan datang!!!
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail hari ini berada dalam dilema - di antara kehendak penyokong kuat Si Ketua Penipu itu atau bekas seteru suaminya itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun malangnya, ketika diitanya mengenai isu itu, Wan Azizah sebaliknya hanya memberikan alasan selamat dengan mendakwa kononnya semua pihak kena tunggu Pakatan menang PRU dulu.
"Biar kita menang pilihanraya dulu," katanya kepada media di parlimen hari ini.
Anggota parlimen Permatang Pauh itu ditanya mengenai pendiriannya berhubung tuntutan ahli serta aktivis reformasi yang tidak bersetuju dengan penyertaan Tun Mahathir dalam HARAPAN.

Mereka sebelum ini menuntut supaya kepimpinan Dr Mahathir ditolak di peringkat HARAPAN, malah kerajaan sekiranya gabungan pembangkang berjaya mengambil alih Putrajaya.

Mereka juga mahu Pakatan memasukan ikrar penubuhkan Suruhanjaya Keadilan bagi mengadiri segala tuduhan ke atas Dr Mahathir dalam manifesto pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Selain itu, kumpulan Otasi Reformis itu juga mengambil keputusan supaya mana-mana ahlinya yang mempunyai jawatan dalam Pakatan Harapan melepaskan jawatan yang disandang.

Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyatakan bahawa masa lalu Malaysia dipenuhi dengan "penipuan dan perpecahan dalam sistem demokratik yang dicacatkan".

Oleh itu, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai itu juga turut memberikan alasan bahawa penting bagi semua pihak untuk memahami bahawa proses penyembuhannya memerlukan masa yang panjang.
"Kami menghormati pandangan Otai Reformasi dan menghargai sokongan mereka kepada agenda reformasi yang turut mahukan pembebasan segera Anwar.
"Merangkumkan pelbagai pandangan berbeza adalah sebahagian daripada cara demokrasi diraikan," katanya kepada Malaysiakini.
Gerakan reformasi muncul sejurus selepas Si Ketua Penipu tu dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir pada September 1998 atas tuduhan salah-laku moral.

Kemudian, geng Otai PKR ini dibentuk memandangkan gerakan Reformasi yang diperjuangkan oleh keluarga Si Ketua Penipu itu semakin tersasar dari landasan asal mereka.

Sebaliknya, kepimpinan PKR hari ini dilihat lebih cenderung mengejar kuasa dan jawatan dari mahu menegakkan keadilan yang sepatutnya menjadi dasar perjuangan mereka sehingga sanggup bersekongkol dengan Tun Mahathir demi menjaga kepentingan Politik peribadi diri sendiri!!!

Khamis, Julai 27, 2017

Bahana kerana suka sangat menabur fitnah, sekarang Si Rafizi tu mula menggelupor biawak nak mintak agar rakyat sama - sama menanggung hutang yang sedang dihadapinya pada ketika ini.

Hutang tu pulak kalau untuk tujuan kebajikan takpe juga. Tapi sebaliknya, Si Rafizi tu mohon supaya rakyat sama - sama menanggung dosa dia menabur fitnah terhadap NFC sebelum ini.

Naib Presiden PKR itu memohon sumbangan orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis kerana tidak mampu membayar ganti rugi saman fitnah terhadap NFCorp.
"Beberapa minggu yang lalu, peguam saya menerima surat tuntutan meminta RM300,000 yang perlu dibayar. Jika tidak, mereka mengancam untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap saya.
“Sebenarnya kes ini sedang melalui rayuan di Mahkamah Rayuan yang telah ditetapkan dalam bulan Oktober 2017.
“Walau bagaimana pun, undang-undang menetapkan saya perlu membayar dahulu kalau pun saya mungkin menang di peringkat rayuan,” katanya dalam satu posting di Facebook semalam.
Saman itu difailkan selepas Rafizi mendakwa pengerusi NFC Datuk Seri Mohd Salleh Ismail membeli lapan hartanah di KL Eco-City dengan dana awam yang diperuntukkan kepada syarikat berkenaan.

Mahkamah Tinggi tahun lalu memutuskan beliau bersalah dan memerintahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada Salleh dan RM50,000 kepada NFC. Mereka juga dianugerahkan kos sebanyak RM100,000.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan, turut didakwa kerana tidak amanah mendedahkan dokumen penyata akaun pelanggan Public Bank yang menyebabkan dia dituduh pada tahun 2012.
“Skandal NFC telah lama berlalu dan telah dilupakan. Namun enam tahun kemudian, saya dan peguam saya masih turun naik ke mahkamah setiap bulan untuk berdepan dengan tindakan saman dan tangkapan terhadap saya ekoran pendedahan saya.
“Selain dari arahan membayar RM300,000 ini, saya juga dijangka akan dihukum akhir tahun ini atas tuduhan membocorkan maklumat perbankan NFC,” katanya.
Walau bagaimanapun, Rafizi mendakwa yang dia sedikit pun tidak menyesal menabur fitnah terhadap NFC walaupun menerima risiko menjadi muflis akibat saman - saman dan tangkapan yang dikenakan ke atas dirinya sendiri!!!
Mungkin ramai yang tak tau. Dan ada juga kemungkinan mereka dah lupa dengan dakwaan yang dibuat terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Tak kurang juga mereka yang cuba menyembunyikannya.

Dalam keghairahan puak Pakatan Haprak tu menjaja cerita pasal hutang 1MDB, mereka sengaja melupakan hasil kekayaan yang dimiliki oleh Si Ketua Penipu tu sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehingga ke hari ini, isu berkaitan dengan akaun misteri Si Ketua Penipu tu yang bernilai sebanyak RM 3 billion masih lagi belum dijawab dan dijelaskan kepada rakyat oleh puak Pakatan.

Pendedahan yang dilakukan pada tahun 2012 itu mendakwa Si Ketua Penipu itu mempunyai seorang 'Wanita Misteri' yang dikatakan memegang akaun luar biasa berjumlah RM 3 billion itu.

Pada ketika itu, Si Ketua Penipu tu didakwa sedang sibuk mencari wanita misteri tersebut bagi mengelakkan dirinya didakwa dimahkamah. Namun sehingga ke hari ini, wanita itu masih kekal misteri.

Selain Ummi Hafilda, dakwaan mengenai akaun misteri RM 3 billion Si Ketua Penipu tu juga turut dibangkitkan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Pendedahan mengenai kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Si Ketua Penipu tu mendapat liputan meluas sehingga menyebabkan beberapa NGO turut tampil membuat laporan Polis berkaitan dengannya.

Persoalannya, adakah benar akaun tersebut wujud? Dari sumber mana Si Ketua Penipu tu boleh memperolehi duit sebanyak itu dan kenapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada umum?

Dan yang penting, apa tindakan yang telah diambil terhadap mereka yang membuat pendedahan tersebut? Adakah Si Ketua Penipu tu sudah mengambil tindakan terhadap mereka sekiranya dakwaan ini hanya fitnah? Atau ianya dibiarkan senyap begitu sahaja???

Rabu, Julai 26, 2017

Masuk hari ini, dah dua hari geng Otai PKR buat keputusan untuk menolak penyertaan Tun Mahathir sebagai 'Kepala Pakatan' kerana kurang keyakinan terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Terdahulu, gerakan Pro PKR itu telah membuat kenyataan secara terbuka menolak kepimpinan Tun Mahathir yang dinobatkan sebagai Pengerusi Pakatan Haprak tu sebelum ini.

Antara lain, gerakan yang dianggotai oleh pemimpin serta aktivis asal Gerakan Reformasi PKR 1998 mendesak agar mereka yang tidak menyokong kenyataan itu melepaskan jawatan.
Selain menafikan kepimpinan Tun Mahathir, geng Otai PKR itu juga turut membuat tuntutan agar Pakatan Haprak tu menubuhkan Suruhanjaya Keadilan bagi mengadili Tun Mahathir.

Sebagai rekod, geng Otai PKR ini merupakan diantara anggota ahli serta aktivis yang mula - mula bangkit menentang tindakan Tun Mahathir yang telah memecat Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Mereka terdiri daripada individu yang mendakwa telah dizalimi serta dikenakan tindakan sewaktu zaman kepimpinan Tun Mahathir, termasuk disumbat ke dalam penjara diatas Akta ISA.

Namun, sehingga artikel ini ditulis hari ini, masih tidak ada seorang pun wakil dari PKR bersuara mengenai tindakan terbaru yang dilakukan oleh juak - juak penyokong tegar mereka ini.

Sebaliknya, pemimpin parti itu hanya sekadar mendiamkan diri dari menyatakan pandangan masing - masing terhadap kenyataan yang dibuat oleh geng Otai PKR itu kelmarin.

Persoalannya, adakah pemimpin PKR itu menyokong kenyataan yang dibuat oleh geng Otai PKR ini? ATAU, adakah mereka menentang kenyataan tersebut dan menganggap ianya tidak wajar?

Dari satu sudut, tindakan mendiamkan diri itu membuktikan bahawa pemimpin PKR hari ini hanya sekadar pandai bermain wayang untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Padahal, geng Otai PKR tu pun bukan orang lain, penyokong tegar diorang sendiri jugak!!!

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping